SINOPSIS 131 TANDA KECIL KIAMAT
Kiamat. Kiamat adalah batas waktu yang telah Allah ﷻ tentukan untuk semua makhluk-Nya. Berbicara tentang hari kiamat memang sangat menyeramkan. Namun, sebagai seorang Muslim kita harus senantiasa mengimani tentang datangnya hari Kiamat. Firman Allah ﷻ dalam surah [ Al-A’raaf: 187 ]:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.
Datangnya Kiamat diawali dengan tanda-tandanya. Berdasarkan Al-Qur’an dan hadith, tanda-tanda hari Kiamat dibezakan menjadi dua petanda iaitu tanda kecil dan tanda besar.
Tanda-tanda kecil Kiamat ialah tanda-tanda sebelum berlakunya Kiamat dengan tempoh yang agak lama, ia mungkin berulang, sudah pun berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dalam masa terdekat. Tanda-tanda kecil Kiamat sangat banyak, malah tanda-tanda itu boleh dijumpai dalam kehidupan kita saat ini. Bahkan beberapa tanda-tanda tersebut sudah ada sejak zaman Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabatnya.
Buku ini menghimpunkan 131 petanda kecil akan berlakunya Kiamat.
Sebuah terbitan:
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM004-10-04062019)
1B-1-MG2, Taman D’Menara, Kg Bukit Changgang, 42700 Banting Selangor
E-MEL : [email protected] FB: UiTO.Malaysia
LAMAN WEB: uito.org NO. TEL: 0192831337/
Dengan kerjasama: Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.
KOD ISBN: 9789671822500
Cetakan Pertama: Julai 2020
HAKCIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan menerbit, mengulang cetak mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk can cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia
Data Pengkatalongan-dalam-penerbitan
Jumlah Mukasurat 290 termasuk kulit buku
Penulis: Tuan Hassan Tuan Lah
Penyunting: Hanan Halim/Roxana Aziz/Norsiah M
Penyemak: Syafiq Hadzir
Penilai: Daud Dalib
Grafik Kulit: Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.
Tipografi & Rekabentuk: Bushra Studio & Publication Sdn. Bhd.
Dicetak oleh:
Firdaus Press Sdn. Bhd. (986966-A)
No. 28, Jalan PBS 14/4
Taman Perindustrian Bukit Serdang
43000 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan
PENAFIAN:
Buku ini diterbitkan berdasarkan kepada nota-nota syarah kuliah yang diberikan oleh Penulis secara atas talian dalam bilik telegram dan diolah untuk menjadi bahan bacaan serta rujukan bersifat santai dan mudah difahami khusus kepada ahli bilik Universiti Islam Telegram Online (UiTO) dan ahli Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia serta masyarakat amnya. Ini adalah versi awal yang dikeluarkan atas permintaan ahli untuk memudahkan mereka membaca semula nota kuliah tersebut dalam bentuk buku. Segala cadangan pembetulan yang dilakukan terhadap buku ini adalah bersumberkan daripada kitab-kitab syarah hadith yang mu’tabar. Penulis dan penerbit akan menyemak isi kandungan buku ini secara berkala untuk penambahbaikan. Sebarang kesilapan dan kesalahan yang didapati di dalam buku ini juga akan diperbaiki lagi dari semasa ke semasa.
Untuk memberi dengan memiliki.
Salam Ukhuwah dan selamat membaca.
Allahu a’lam.
PROMOSI BUKU UITO
Harga Asal – RM30.00
Harga Promosi – RM20.00* (sehingga 31 Ogos 2020)
Harga Diskaun – RM25 (selepas 31 Ogos hingga stok habis)
*Pos Laju – RM7.00 (Semenanjung)
RM12.00 (Sabah&Sarawak)
Tarikh edaran: selepas 25 Julai 2020
Info lanjut:
http://www.wasap.my/60192831337/131TKK