Utama La Tahzan (Jangan Bersedih) SIRI LA TAHZAN: Bab 201 – Semua Orang Mencari Kebahagiaan, Tetapi… (كلٌّ...

SIRI LA TAHZAN: Bab 201 – Semua Orang Mencari Kebahagiaan, Tetapi… (كلٌّ يبحثُ عنِ السعادةِ ولكنْ)

195
0
Iklan

La Tahzan 201: Semua orang Mencari Kebahagiaan, tetapi…(كلٌّ يبحثُ عنِ السعادةِ ولكنْ)

للعالمِ الإسكافيِّ كتابٌ بعنوان ( لُطْفُ التدبيرِ ) وهو كتابٌ

جمُّ الفائدةِ ، أخَّاذٌ جذَّابٌ جلاَّبٌ ، مؤدَّى الكلامِ فيه البحثُ عن السيادةِ والسعادةِ والرِّيادةِ

(أبو عبد الله محمد بن عبد الله الأصبهاني يعرف بالخطيب الإسكافي (ت: 420 هـ – 1029م) )

Seorang ulama’ sosiologi dari Iskafi, Kota Isfahan Farsi atau nama penuhnya Abu Abdillah Muhammad bin Abdullah al Asfahani, wafat pada 420 Hijrah yang dikenali dengan nama al Khatib al Iskafi.

Kitabnya, iaitu Lutfu at Tadbir (Mengurus Dengan Teliti) membahaskan tentang isu jati diri, kebahagiaan dan kepimpinan.

Kitab Lutfu at-Tadbir karya Khatib al-Iskafi
Intipati pertama daripada Kitab Lutfu at Tadbir (لُطْفُ التدبيرِ)
الأولى : أنَّ منْ لم يجعلِ الله نصب عينيه ، عادتْ فوائدُه خسائِر وأفراحُه أتراحاً ، وخيراتُه نكباتٍ * سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لاَ يَعْلَمُونَ *

Pertama: Barang siapa yang tidak menjadikan Allah ‎ﷻ sebagai tujuan utama mereka, maka dia akan mengalami kerugian dan akan lenyap kebahagiaannya serta semua kebaikannya akan bertukar menjadi keburukan. Dalil:

وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ (182)

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.” [Al-A’raf: 182]

 

Intipati kedua daripada Kitab Lutfu at Tadbir (لُطْفُ التدبيرِ)
الثانيةِ : أنَّ الطرق الملتوية الصَّعْبة التي يسعى إليها كثيرٌ من الناسِ في غيرِ الشريعةِ ، لنيلِ السعادةِ ، يجدونها – بطُرُقٍ أسهَلَ وأقرَبَ – في طريق الشرعِ المحمديِّ ، * وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُواْ مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتاً * فينالون خَيْرَ الدنيا وخَيْرَ الآخرةِ .

Kedua: Dalam meraih kebahagiaan, kebanyakan manusia mencari jalan yang berliku dan sulit serta tidak mematuhi syariat; padahal terbentang jalan yang lebih mudah dan cepat iaitu jalan Muhammad ﷺ (mematuhi sunnah):

وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْ ۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا (66)

Dan sesungguhnya jika Kami mewajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya jika mereka mengamalkan nasihat pengajaran (meliputi suruhan dan tegahan) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).” [An-Nisa: 66]

 

Intipati ketiga daripada Kitab Lutfu at Tadbir (لُطْفُ التدبيرِ)
الثالثةِ : أنَّ أُناساً ذهبتْ عليهمْ دنياهم وأخراهم ، وهمْ يظُنُّون أنهم يُحسنون صُنعاً ، وينالون سعادةً ، فما ظفرُوا بهذه ولا بتلك ، والسببُ إعراضُهم عن الطريقِ الصحيحِ الذي بعث اللهُ به رُسُلَهُ ، وأنزل به كتبه ، وهي طلبُ الحقِّ ، وقولُ الصدْق

Ketiga: Kebanyakan manusia menyangka kehidupan mereka dalam keadaan yang baik dan merasakan mereka hidup dalam kebahagiaan. Hakikatnya, mereka tidak akan meraih kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Penyebabnya adalah, kehidupan mereka sebenarnya menyimpang daripada landasan yang ditetapkan di dalam Al-Qur’an dan sunnah, iaitu pencarian kebenaran yang hakiki dan perkataan yang benar. Firman Allah ‎ﷻ:

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا ۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (115)

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janji-Nya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun daripada kalimah-kalimah-Nya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.” [Al-An’am: 115]

 

Mari kita renungkan sejenak.
Banyakkan berdoa ketika senang bukan ketika susah (فليُكْثِرِ الدُّعاء في الرَّخاءِ)
فليُكْثِرِ الدُّعاء في الرَّخاءِ : أيْ في حالِ الرَّفاهيةِ والأمنِ والعافيةِ ؛ لأنَّ مِنْ سمةِ المؤمنِ الشاكرِ الحازمِ ، أنْ يرِيش الشهم قبل الرمْي ، ويلتجئ إلى اللهِ قبْل الاضطرارِ ، بخلافِ الكافرِ الشَّقيِّ والمؤمنِ الغبيِّ

Perbanyakkan doa ketika kita berada dalam keadaan lapang, aman dan sihat. Itu adalah petanda seorang mukmin yang selalu bersyukur dan kuat imannnya. Ibarat menyediakan payung sebelum hujan iaitu selalu memohon perlindungan kepada Allah ‎ﷻ sebelum datangnya kesusahan (ibarat mengambil vaksin sebelum terkena penyakit). Hal ini berbeza dengan orang kafir dan orang mukmin yang bodoh. Firman Allah ‎ﷻ menjelaskan tentang fenomena ini:

وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِّنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِن قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَندَادًا لِّيُضِلَّ عَن سَبِيلِهِ ۚ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ (8)

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripada-Nya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkan dia merayu kepada Allah sebelum itu, dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) daripada jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu untuk sementara, sesungguhnya engkau daripada penduduk neraka.” [Az-Zumar: 8]

 

Banyakkan berdoa dan berzikir ketika aman untuk hari yang susah
فتعيَّن على منْ يريدُ النجاةَ مِنْ ورطاتِ الشَّدائدِ والغُمومِ ، أنْ لا يفعل بقلبهِِ ولسانِه عنِ التَّوجُّهِ إلى حضرةِ الحقِّ – تقدّسَ – بالحمْدِ والابتهالِ إليه والثَّناء عليه ، إذ المراد بالدعاء في الرخاء – كما قاله الإمام الحليمي , ، ومنْ غفل عنْ ذلك ، ولم يُلاحظْه في زَمَنِ صِحَّتِهِ وفراغِه وأمْنِهِ ، فقدْ صدقَ عليه قولُه تعالى : * فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ *

Nasihat Imam al Hulaimi, (wafat pada 403H, kelahiran Bukhara, Samarkhand, seorang sufi, syafi’iyah), “Jika ingin selamat daripada bencana dan kesengsaraan, hati dan lisanya tidak boleh lalai daripada mengingati Allah ‎ﷻ, hendaklah berterusan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan menyanjung-Nya ketika kita dalam keadaan lapang. Barang siapa yang lupa berdoa ketika waktu sihat dan aman maka dia tergolong dalam firman Allah ‎ﷻ ini:

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ (65)

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian, setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya.” [Al-‘Ankabut: 65]

Komen dan Soalan