Koronavirus (Covid-19)
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) telah mula dikesan di negara China dengan kes pertama disahkan pada 7 Januari 2020 di Wuhan, Hubei, China. Dalam tempoh tiga (3) minggu seterusnya, kes-kes disahkan di Thailand, Nepal, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, Perancis, Vietnam, Malaysia, Australia, Canada, Cambodia, Sri Lanka dan Jerman.
COVID-19 adalah jangkitan pada saluran pernafasan dengan gejala demam, sakit tekak atau kesukaran bernafas dengan sejarah perjalanan ke negara China atau kontak rapat dengan kes. Kes pertama di Malaysia disahkan pada 25 Januari 2020. Sehingga hari ini, 28 Mac 2020, sebanyak 2,320 kes disahkan di Malaysia dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,973 sedang dirawat, 320 kes telah sembuh dan discaj dari hospital dan jumlah kematian adalah 27 kes. Secara global sebanyak 436,715 kes dengan kematian 27,677 kes dilaporkan. Peningkatan mendadak kes Covid-1 di Malaysia menyebabkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh Malaysia dan dilanjutkan hingga 14 April 2020.
Jangkitan coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa hingga radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Sehingga kini tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit. Biasanya gejala bagi penyakit ini adalah demam, batuk dan sukar bernafas. COVID-19 ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan seterusnya boleh menyebabkan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.
Justeru itu, sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar kita mengambil langkah-langkah berikut:
- Sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik.
- Amalkan kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau sanitizer.
- Sentiasa menutup mulut dan hidung menggunakan tisu ketika batuk dan bersin dan buang tisu yang tercemar dalam tong sampah.
- Tangguhkan lawatan ke negara-negara yang dijangkiti wabak.
Kepada individu yang bergejala perlulah:-
- Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin dan buang tisu ke dalam tong sampah.
- Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai. Jarakkan diri anda sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang yang sihat.
- Guna penutup mulut dan hidung (mask).
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau sanitizer.
- Elakkan bersalaman atau bersentuhan jika bergejala (demam, batuk/bersin dan sesak nafas). Letakkan tanda tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman atau bersentuhan.
- Dapatkan rawatan awal apabila mempunyai gejala demam, batuk dan sukar bernafas.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini situasi jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa. Orang ramai diminta mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa terutamanya KKM dan tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu bagi mengelakkan keresahan dan kerisauan masyarakat.
Langkah – Langkah Kesiapsiagaan dan Respon KKM:
Dapatkan Maklumat 2019 –nCoV Yang Sahih Daripada CPRC Kebangsaan KKM:
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelines
https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov
Soalan:
Benarkah Covid19 tidak dapat bertahan lama pada suhu dan cuaca panas sebagaimana yang disebarkan (viral)?
Jawapan:
Sila ikut berita yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jangan mendengar kata-kata yang disebarkan oleh orang lain, adalah penting untuk mengikuti nasihat daripada KKM untuk membendung penularan virus ini yang kelihatannya agak sukar disebabkan oleh faktor manusia sendiri.
Soalan:
Persoalan mengenai seorang kawan yang telah sedia memakai topeng muka dengan sempurna namun kerana terlalu paranoid, dia menggunakan alkohol ‘hand rub’ untuk membasahkan ‘face mask’ sebelum memakainya dengan alasan kuman-kuman yang berada diudara akan terperangkap pada ‘face mask’ dan mati kerana kesan alkohol tersebut. Adakah kesan sampingan dengan cara penggunaan topeng muka tersebut?
Jawapan:
Tiada kesan sampingan tetapi bauan alkohol boleh mendatangkan ketidak-selesaan kepada si pemakai.
Soalan:
Adakah makanan yang disediakan akan tercemar jika disediakan oleh penghidap koronavirus?
Jawapan:
Makanan akan tercemar tetapi jangkitan tidak boleh berlaku melalui makanan kerana apabila kita makan virus tersebut akan mati disebabkan oleh enzim dalam perut, tetapi jika virus berjaya memasuki salur pernafasan ia akan menyebabkan berlaku jangkitan di paru-paru.
Soalan:
Berapa lamakah pemakaian topeng muka boleh digunakan? Memandangkan topeng muka sukar diperolehi sekarang ini, adakah boleh menggunakan kain sahaja untuk menutup hidung dan mulut?
Jawapan:
Topeng muka perlu dibuang selepas dibuka, tetapi seandainya tiada pilihan kerana kesukaran untuk memperolehinya, mungkin boleh pakai sampai koyak.
Penggunaan kain untuk menutup muka memadai dengan melipat beberapa lapis sahaja.
Soalan:
Adakah berkumur-kumur dengan air garam boleh mematikan kuman dalam kerongkong?
Jawapan:
Air garam pekat boleh mematikan bakteria tetapi tiada kepastian garam boleh mematikan virus.
Soalan:
Benarkah topeng kain tidak dapat melindungi kita daripada virus?
Jawapan:
Penggunaan topeng kain perlu diletakkan ‘filter’ untuk melindungi daripada virus masuk ke dalam mulut dan hidung.
Soalan:
- Bagaimana untuk mengetahui jika telah dijangkiti?
- Apakah tanda-tanda awal penyakit Covid-19 selain daripada demam, sakit tekak dan batuk?
Jawapan:
- Pesakit hanya disyaki ada jangkitan Covid-19 jika ada sejarah kontak rapat. Demam selsema dan batuk tanpa sejarah kontak rapat akan dianggap sebagai penyakit biasa.
- Berikut adalah tanda-tanda jika ada jangkitan Covid-19 sebagai panduan dan saringan online dari laman KKM.
https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test
Soalan:
Memandangkan ramai yang menggunakan sarung tangan semasa musim Covid-19 ini, apakah perbezaan penggunaan sarung tangan getah dan kain?
Jawapan:
Penggunaan sarung tangan adalah untuk mengelakkan daripada terkena ‘droplets’. Penggunaaan sarung tangan kain akan menembusi dan mengenai tangan, manakala penggunaan sarung tangan getah berupaya mengelakkan daripada terkena ‘droplets’.
Soalan:
Merujuk kepada gambar, bolehkah menggunakan ‘hand sanitizer’ tersebut seperti yang disyorkan oleh farmasi?
Jawapan:
Tidak digalakkan untuk ‘hand sanitizer’ kerana ia tidak boleh kering dengan sendiri. Penggunaan ‘saline’ digunakan untuk rawatan pembersihan luka.
Adakah covid19 boleh merebak melalui luka di permukaan kulit
Boleh masuk ke bilik telegram online spt link di bawah:
https://t.me/joinchat/AAAAADww51FGqTy7lnSPgg
tuan, berapa lamakah tempoh untuk penggunaan surgical face mask 3 ply?