La Tahzan 199: Tulislah sejarah anda sendiri (dengan kebaikan) (اكتبْ تأريخك بَنفْسِك)
كنتُ جالساً في الحرَمِ في شدَّةِ الحرّ ، قبل صلاةِ الظهرِ بساعةٍ ، فقام رجلٌ شيخٌ كبيرٌ ، وأخذ يُباشِرُ على الناسِ بالماءِ الباردِ ، فيأخذُ بيدهِ اليُمنى كوباً ، وفي اليُسرى كوباً ، ويسقيهمُ منْ ماءِ زمزم ، فكلَّما شرب شاربٌ ، عاد فأسقى جارهُ ، حتى أسقى فِئاماً من الناسِ ، وعَرَقُه يتصبَّبُ ، والناسُ جلوسٌ كلٌّ ينتظرُ دوره ليشرب منْ يدِ هذه الشيخِ الكبيرِ ، فعجبتُ منْ جلدِهِ ومنْ صبرِهِ ومنْ حبِّه للخيرِ ، ومن إعطائِه هذا الماءَ للناسِ وهو يتبسَّمُ ، وعلمتُ أنَّ الخير يسيرٌ على منْ يسرَّه اللهُ عليه ، وأنَّ فِعْلَ الجميِل سَهْلٌ على منْ سهَّلهُ اللهُ عليه ، وأنَّ للهِ ادِّخاراتٍ من الإحسانِ ، يمنحُها منْ يشاءُ منْ عبادهِ ، وأنَّ اللهُ يُجري الفضائل ولو كانتْ قليلةً على يدِ أناسٍ خيرِّين ، يحبُّون الخيْر لعبادِ اللهِ ، ويكرهون الشَّرَّ لهم
Ketika berada dalam Masjidil Haram sebelum Zuhur ketika musim panas, aku kagum dengan seorang tua yang sibuk mengagihkan air zam-zam kepada orang ramai. Aku kagum dengan kesabaran dan kecintaannya untuk berbuat kebaikan kepada manusia lain. Berbuat baik adalah mudah bagi orang yang Allah ﷻ permudahkan; berbuat sesuatu nan indah adalah mudah bagi orang yang dimudahkan Allah ﷻ. Allah ﷻ mempunyai simpanan kebaikan yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; Allah ﷻ melimpahkan pelbagai keutamaan sekecil mana pun ke tangan orang yang baik-baik, yang menyukai kebaikan bagi hamba-hamba Allah ﷻ dan tidak suka keburukan menimpa mereka.
أبو بكر يعرِّضُ نفسه للخطرِ في الهجرةِ ، حمايةً للرسولِ – صلى الله عليه وسلم – .
وحاتمُ ينامُ جائعاً ، ليشبع ضيوفه .
وأبو عبيدة يسهرُ على راحةِ جيشِ المسلمين .
وعمرُ يطوفُ المدينة والناسُ نيامٌ .
ويتلوى من الجوعِ عام الرَّمادة ، ليُطعم الناس .
وأبو طلحة يتلقى السهام في أُحُدٍ ، ليقي رسول اللهِ – صلى الله عليه وسلم – .
وابنُ المباركِ يُباشِرُ على الناسِ بالطعامِ وهو صائمٌ
Antara kebaikan-kebaikan yang epik sepanjang zaman:
Abu Bakar as Siddiq mempertaruhkan nyawanya ketika menemani Rasulullah ﷺ berhijrah
Hatim rela berlapar agar tetamunya kenyang
Abu Ubaidah bersengkang mata berjaga malam untuk memastikan tentera cukup rehat
Umar رضي الله عنه turun padang untuk memastikan keadaan rakyatnya ketika mereka lena tidur
Umar رضي الله عنه mengikat perut ketika musim kemarau (Madinah) untuk memastikan rakyat cukup makanan
Abu Talhah رضي الله عنه rela menjadi perisai manusia melindungi Rasulullah ﷺ ketika Perang Uhud
Ibn Mubarak mengagihkan makanan kepada orang ramai walhal beliau sedang berpuasa.
Firman Allah ﷻ :
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا (8)
” Mereka memberi makanan yang disukai kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan perang. ” [Al-Insan: 8]