Utama Siri Tahqiq al-Mathurat Syaikh Hassan Al-Banna Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 14 – Wirid Pagi Dan...

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 14 – Wirid Pagi Dan Petang

1767
0
Iklan

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 7/18

سبحان الله وبحمده، عدد خلقه ورضا نفسه، وزنة عرشه، ومداد كلماته (ثلاثاً).

Maha suci Allah dan dengan memuji-Nya sejumlah makhluk-Nya, serela diri-Nya, seberat ‘Arsy-Nya dan sebanyak tinta (bagi) kalimah-Nya. ” (Dibaca 3 kali)

Status:

Zikir ini sahih. Terdapat di dalam sahih Muslim juga Hisnul Muslim no: 87.

Fadilatnya:

عن جويرية أم المؤمنين رضي الله عنها، أن النبي صلى الله عليه وسلم خرج من عندها بكرة، حين صلى الصبح، وهي في مسجدها ثم رجع بعد أن أضحى وهي جالسة فقال: “مازلت اليوم على الحال التي فارقتك عليها؟” قالت: نعم. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: لقد قلت بعدك أربع كلمات ثلاث مرات لو وزنت بما قلت منذ اليوم لوزنتهن: سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته” رواه مسلم

Daripada Juwairiyyah (ummul Mu’minin) r.a. bahawa Nabi ﷺ pernah keluar daripada sisinya pada pagi hari setelah salat Subuh, sedangkan Juwairiyyah berada di tempat salatnya. Setelah itu baginda pulang setelah tiba waktu Dhuha sedangkan Juwairiyyah masih dalam keadaan duduk. Lalu baginda bertanya, “ Apakah engkau tetap dalam keadaan ketika aku tinggalkan? ” Beliau menjawab, “ Ya. ” Nabi ﷺ bersabda, “ Sungguh aku telah mengucapkan setelah mu empat kalimat sebanyak tiga kali yang jika ditimbang dengan yang engkau ucapkan sejak tadi tentu akan menyamai timbangannya iaitu “سُبْحانَ الله عَدَدَ خَلْقِهِ ، سُبْحَانَ الله رِضَا نَفْسِهِ ، سُبْحَانَ اللهِ زِنَةَ عَرْشِهِ ، سُبْحَانَ الله مِدَادَ كَلِمَاتِهِ ( ertinya: Maha suci Allah. Aku memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, sejauh kerelaan-Nya, seberat timbangan ‘Arsy-Nya dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya ) ” [HR. Muslim: 2726]

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 8/18

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات

Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya tidak akan membahayakan sesuatu pun yang ada di bumi dan di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ” (Dibaca 3 kali)

عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من عبد يقول في كل صباح كل يوم ومساء كل ليلة بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ثلاث مرات فلن يضره شيء”، رواه أبو داود والترمذي وقال:حديث حسن صحيح

Daripada Utsman bin ‘Affan رحمه الله, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: ” Tidaklah seorang hamba membaca pada pagi setiap pagi dan petang setiap malam: Dengan nama Allah yang bersama nama-Nya sesuatu apa pun tidak akan celaka baik di bumi dan di langit. Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui “ (dibaca 3 kali) nescaya tidak ada sesuatu pun yang mencelakakannya.

Tahqiq:
(HR At Tirmdizi, No. 3448. Katanya: Hasan sahih, Abu Daud ,No. 5088; Ibnu Majah, No. 3869, Al Hakim di dalam Al Mustadrak ‘Alash Shahihain, No. 1895. Katanya: Isnadnya sahih tetapi Bukhari dan Muslim tidak mengeluarkannya dan Ibnu Hibban di dalam Shahihnya, Kitab Ar-Raqaiq Bab Al-Adzkar, No. 852, 862. Al- Albani mensahihkannya. (Sahih wa Dhaif Sunan At Tirmidzi No. 3888, Sahih wa Dhaif Sunan Abu Daud No. 5088, Sahih wa Dhaif Sunan Ibni Majah No. 3869, Sahihul Jami’ No. 5745)

Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan di dalam Nataij Al-Afkar tentang hadith ini: Hasan shahih. (Raudhatul Muhadditsin No. 5373). Al-Hafizh Al- ‘Iraqi juga menyatakan kesahihannya. (Takhrij hadith Al Ihya’ No. 1172) Disahihkan oleh Dr Said Ali Wahaf al- Qahthani, zikir no 85, Hisnul Muslim.

 

Zikir 14: Wirid pagi dan petang 9/18

اللهم إنا نعوذ بك من أن نشرك بك شيئاً نعلمه، ونستغفرك لما لا نعلمه (ثلاثاً).

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampunan-Mu daripada apa-apa yang tidak kami ketahui ” (Dibaca 3 kali)

Fadilatnya:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ نُمَيْرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ يَعْنِي ابْنَ أَبِي سُلَيْمَانَ الْعرْزَمِيَّ، عَنْ أَبِي عَلِيٍّ رَجُلٍ مِنْ بَنِي كَاهِلٍ قَالَ: خَطَبَنَا أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا هَذَا الشِّرْكَ ؛ فَإِنَّهُ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ . فَقَامَ إِلَيْهِ عَبْدُ اللهِ بْنُ حَزْنٍ، وَقَيْسُ بْنُ المُضَارِبِ فَقَالَا: وَاللهِ لَتَخْرُجَنَّ مِمَّا قُلْتَ أَوْ لَنَأْتِيَنَّ عُمَرَ مَأْذُونٌ لَنَا أَوْ غَيْرُ مَأْذُونٍ . قَالَ: بَلْ أَخْرُجُ مِمَّا قُلْتُ، خَطَبَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَقَالَ: ” أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا هَذَا الشِّرْكَ ؛ فَإِنَّهُ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ ” . فَقَالَ لَهُ: مَنْ شَاءَ اللهُ أَنْ يَقُولَ وَكَيْفَ نَتَّقِيهِ، وَهُوَ أَخْفَى مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ يَا رَسُولَ اللهِ ؟ قَالَ: قُولُوا: اللهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُه

Bercerita kepada kami Abdullah bin Numair, bercerita kepada kami Abdul Malik yakni Sulaiman Al ‘Arzami, daripada Abu Ali, seorang laki-laki daripada Bani Kahil, dia berkata: Abu Musa Al Asy’ari berkhutbah kepada kami: “ Wahai manusia takutlah kalian dengan syirik ini, sesungguhnya dia lebih tersembunyi dari semut yang merayap. ” Maka berdirilah di hadapannya Abdullah bin Huzn dan Qais bin Al Mudhar, mereka berdua berkata: “ Demi Allah, engkau telah menyampaikan kepada kami apa yang engkau katakan atau kami akan mendatangi Umar baik kau izinkan atau tidak diizinkan. ” Abu Musa berkata: “ Justeru saya menyampaikan apa yang saya katakan ini bahawa Rasulullah ﷺ telah berpidato kepada kami pada suatu hari lalu baginda bersabda: Wahai manusia, takutlah kalian dengan syirik ini kerana ia lebih samar daripada semut yang merayap.” Lalu ada orang yang bertanya kepadanya: “ Wahai Rasulullah, siapa yang di kehendaki Allah dia akan mengatakannya lalu bagaimana menghindarinya jika itu lebih samar daripada semut yang merayap? ” Beliau bersabda: ” Katakanlah: Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami memohon ampunan-Mu daripada apa-apa yang tidak kami ketahui.

Takhrij Hadith:

(HR Ahmad di dalam Musnadnya no.19606, Ath Thabarani, Al Mu’jam Al- Awsath No.3503, Ibnu Abi Syaibah, Al-Mushannaf, Juz 7, Bab 61, No. 1; Al-Bukhari dalam Tarikh Al-Kabir, Juz. 9, Hal. 58)

Hadith ini didhaifkan oleh Syeikh Syu’aib Al-Arnauth, lantaran kemajhulan Abu Ali Al Kahili.  Syeikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan:

إسناده ضعيف لجهالة أبي علي الكاهلي، فقد تفرد بالرواية عنه عبد الملك بن أبي سليمان العَرْزَمي، ولم يؤثر توثيقه عن غير ابن حبان، وباقي رجال الإسناد ثقات رجال الشيخين، غير عبد الملك بن أبي سليمان فمن رجال مسلم.

Isnadnya dhaif kerana jahalah (tidak dikenalnya) Abu Ali Al-Kahili. Dia telah menyendiri dalam meriwayatkannya daripada Abdul Malik bin Abi Sulaiman Al-‘Arzami dan tidak ada yang menthiqahkannya selain Ibnu Hibban dan perawi yang lain adalah thiqah termasuk perawinya Bukhari – Muslim kecuali Abdul Malik bin Abi Sulaiman, dia termasuk perawi yang dipakai Imam Muslim. (Lihat Musnad Ahmad No. 19606 dengan tahqiq: Syeikh Syu’aib Al-Arnauth)

Imam Al-Haitsami juga mengisyaratkan kedhaifan Abu Ali Al Kahili ini di mana beliau mengatakan:

رواه أحمد والطبراني في الكبير والاوسط ورجال أحمد رجال الصحيح غير أبى على ووثقه ابن حبان

Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Thabarani di dalam Al-Kabir dan Al-Awsath dan perawi Ahmad adalah perawi sahih kecuali Abu Ali dan Ibnu Hibban telah menthiqahkannya.” (Majma’ Az Zawaid, 10/224)

Dr Syeikh Sulaiman al-Ulwan, Multaqa

وسألته عن كفارة الشرك الأصغر (( اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك شيئاً وأنا أعلم وأستغفرك لما لا أعلم )) فضعفه ، وقال لكنه دعاء

Dhaif, akan tetapi boleh diamalkan kerana ianya doa.

Al-Albani; Hasan li Ghairihi
Syeikh Al-Albani telah menilai hadith Abu Musa ini sebagai hasan li ghairihi. (Sahih At Targhib wat Tarhib No.36) lantaran adanya penguat dari jalur Abu Bakar Ash Shiddiq رضى الله عنه

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Komen dan Soalan