Utama At-Tazkirah Qurthubi At- Tadzkirah Al- Qurtubi: Mati adanya Sakarat – Kisah Israeliyat, Hadith Palsu,...

At- Tadzkirah Al- Qurtubi: Mati adanya Sakarat – Kisah Israeliyat, Hadith Palsu, Khabar Tidak Sahih dan Diperselisihkan

336
0
Iklan

Kod 7.0 Bab bahawa Mati Adanya Sakarat, Setiap Anggota Badan Saling Mengucap Selamat Berpisah (باب ما جاء أن للموت سكرات و في تسليم الأعضاء بعضها على بعض و فيما يصير الإنسان إليه)

Bahagian 7: Kisah kisah Israeliyat Musa as

و روى أن موسى عليه السلام لما صار روحه إلى الله . قال له ربه : [ يا موسى كيف وجدت الموت ] ؟ قال : وجدت نفسي كالعصفور الحي حين يقلى على المقلى لا يموت فيستريح و لا ينجو فيطير . و روى عنه أنه قال : وجدت نفسي كشاة تسلخ بيد القصاب و هي حية

“Dan diriwayatkan bahawa Musa as ketika rohnya dibawa menuju Allah. Allah berfirman kepada ruh Musa, “Bagaimana engkau rasai kematian engkau?” Musa menjawab, “Aku seperti seekor burung kecil ketika dicampak ke dalam kuali minyak panas, ia tidak mati dan tidak pula dapat terbang.”

Dalam versi lain, Musa as berkata, “Aku merasakan diriku seperti seekor kambing yang dilapah kulitnya oleh tukang sembelih ketika mana kambing masih lagi hidup.”

Tahqiq:
Dikisahkan oleh al Muhasibi dalam al Ri’ayah ms 141.

Ia adalah Israeliyat. Dhaif.

Bahagian 7: Kisah kisah Israeliyat Isa as

و قال عيسى بن مريم عليه السلام :[ يا معشر الحواريين ادعوا الله أن يهون عليكم هذه السكرة ] يعني سكرات الموت .
و روي : أن الموت أشد من ضرب بالسيوف و نشر بالمناشير ، و قرض بالمقاريض .

“Dan berkata Isa putra Maryam AS, “Wahai para hawariyyin (murid setia Isa), mintalah doa kepada Allah untuk meringankan sakarat ini daripada mereka.”

Tahqiq:
al Muhasibi, al Ri’ayah 141
al Ghazali, Ihya’ Uloomiddin, 4:422

Israeliyat
juga diriwayatkan (oleh al Muhasisibi dengan sighah ini bermaksud dhaif, tanpa sanad dan perawi), “Mati lebih dahsyat daripada ditetak dengan pedang, atau digergaji atau digunting.”
al Muhasibi, al Ri’ayah ms 139. Dhaif.

Bahagian 8: Hadith abu Nuaim. Dhaif

و ذكر أبو نعيم الحافظ في كتاب الحلية من حديث مكحول ، عن وائلة ابن الأسقع عن النبي صلى الله عليه و سلم أنه قال : و الذي نفسي بيده لمعاينة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف

Abu Nuaiam al hafidz menyebut sebuah hadith dalam al Hilyah (5:186) dari sanad Makhul daripada Wa’ilah bin al Asqo’ daripada Nabi SAW, “Demi Allah SWT yang menggenggam nyawaku, memandang akan Malakul Maut itu lebih dahsyat daripada 1000 libasan pedang.”

Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah memasukkannya dalam Al-Maudhu’at dan mengatakan: “Hadith ini tidak sahih daripada Rasulullah SAW.” Al-Maudhu’at (3/518-519). Didha’ifkan pula Al-Albani dalam Adh-Dhaifah 3/654

Bahagian 9: Hadith yang Palsu

و في الخبر من حديث حميد الطويل ، عن أنس بن مالك ، عن النبي صلى الله عليه و سلم أن الملائكة تكتنف العبد ، و تحبسه ، و لولا ذلك لكان يعدو في الصحاري و البراري من شدة سكرات الموت

Dalam sebuah khabar yang panjang dari sanad Hamid daripada Anas bin Maalik daripada Nabi SAW, “Bahawa Malaikat akan menahan orang yang akan mati, jika tidak ditahan demikian pasti dia akan melarikan diri ke padang pasir atau hutan belantara kerana ngerinya akan sakaratul maut.”

👁‍🗨 Hadith Hamid ini TIDAK ujud sanadnya.

Bahagian 10: Khabar tidak sahih

جاءت الرواية بأن ملك الموت عليه السلام إذا تولى الله قبض نفسه بعد موت الخلائق يقول : [ و عزتك لو علمت من سكرة الموت ما أعلم ما قبضت نفس مؤمن ] . ذكره القاضي أبو بكر بن العربي

Dalam satu riwayat di mana Malakul maut berkata, “Jika Allah SWT mencabut nyawaku kelak selepas semua makhluk mati, Aduhai jika aku tahu betapa pedihnya sakaratul maut seperti yang aku rasakan sekarang, nescaya aku tidak akan mencabut nyawa seorang mukmin pun”. Disebut oleh al Qadhi Abu Bakar Ibn Arabi.

Tahqiq:
Dikeluarkan oleh al Qadhi Abu Bakar ibn Arabi al Maliki al Asbili Sepanyol, w. 543. Kitab Siraj al Maridin, kata muhaqqiq kitab at Tazkirah,Dr.Sadiq, palsu, sebab bercanggah dengan akal, mana mungkin malaikat menceritakan kematiannya.

Bahagian 11: Khabar tidak sahih

و عن شهر بن حوشب قال : سئل رسول الله صلى الله عليه و سلم عن الموت و شدته ؟ فقال : إن أهون الموت بمنزلة حسكة كانت في صوف . فهل تخرج الحسكة من الصوف إلا و معها الصوف ؟

“Daripada Syahr bin Hausyab (hamba kepada Asma’ binti Yazid al Anshariah, wafat 100H) berkata, Nabi SAW pernah ditanya akan sakaratul maut dan kesakitannya. Nabi SAW menjawab, “Sakarat yang paling ringan pun seperti ranting berduri yang ditusuk ke dalam fabrik wool, bayangkan macam mana ranting berduri itu ditarik keluar tanpa merobek wool tersebut.”

Tahqiq: Dhaif
HR Imam al Ghazali dalam Ihya, 4:423, Juga Ibn Abu Dunya dalam az Dzikir al Maut, tahqiq al Iraqi, al Mughni, no 4381, dhaif. Dinilai dhaif oleh al Albani, Dhaif al Jaami’, no 1842.

Bahagian 12: Khabar yang masih diperselisihkan

قال شهر : و لما حضرت عمرو بن العاص الوفاة قال له ابنه يا أبتاه ؟ إنك لتقول لنا : ليتني كنت ألقى رجلاً عاقلاً لبيباً عند نزول الموت حتى يصف لي ما يجد . و أنت ذلك الرجل فصف لي الموت فقال : يا بني و الله كأن جنبي في تخت . و كأني أتنفس من سم إبرة . و كأن غصن شوك يجذب من قدمي إلى هامتي . ثم أنشأ يقول :
ليتني كنت قبل ما قد بدا لي في تلال الجبال أرعى الوعولا

Masih lagi khabar daripada Syahr bin Hausyab (wafat 100H), menceritakan kisah Amru bin al Ash. “Ketika Amru di ambang kematiannya, anak beliau bertanya kepadanya, “Wahai ayah, sungguh engkau pernah berkata kepada kami: “Seandainya aku bersua orang yang masih berakal waras di saat kematiannya, dia masih sempat menceritakan apa yang dirasakan saat sakarat. Engkaulah orang dimaksudkan itu ya ayahku, maka ceritakan kepada kami akan sakaratul maut itu”. Maka Amru al Asy menjawab, “Wahai anakku, demi Allah SWT, ia seakan akan perutku terhimpit dalam almari, aku bernafas laksana dari lubang jarum, ada seolah-olah cemeti berduri yang dicakar dari kakiku sampai ke kepalaku.” Kemudian Amr bersyair: “Jika aku tahu akan hal ini (sakaratul maut) yang sudah nyata aku hadapi, alangkah lebih baik aku bersama sekawan kambing di celah gunung.”

Kisah ini dikeluarkan oleh Ibn Tulun, tahrir al Murassakh, 177; az Zahabi dalam Siyar, bab biografi Amru al Ash.

Bahagian 13: Khabar yang Tiada Asal (dari Maisarah)

و عن أبي ميسرة رفعه قال : [ لو أن ألم شعرة من الميت وضع على أهل السماء و الأرض لماتوا جميعاً ]

Khabar daripada Maisarah (Amru bin Syurahbil, abu Maisarah, tabi’in Kufah) beliau menyatakan bersambung sampai kepada Nabi SAW: “Jika sekiranya kesakitan dari seurat rambut diambil dari orang mati dan diagihkan kepada semua penduduk langit dan bumi, nescaya matilah kesemuanya”.

HR Ibn Abi Dunya dalam al Maut,
Juga dalam Ihya’ Ulumiddin (2:1210), Komen al Iraqi, muhaqqiq al Ihya, al Mughni, Tiada asalnya.

Bahagian 14: Atsar Umar Abd Aziz ra, Dhaif

و روى عن عمر بن عبد العزيز أنه كتب إلى أناس من أصحابه يوصيهم فكان فيما أوصاهم به أن كتب إليهم :
[ أما بعد : فإني أوصيكم بتقوى الله العظيم ، و المراقبة له ، و اتخذوا التقوى و الورع زاداً . فإنكم في دار عما قريب تنقلب بأهلها ، و الله في عرضات القيامة و أهوالها . يسألكم عن الفتيل و النقير . فالله الله عباد الله . اذكروا الموت الذي لا بد منه ، و اسمعوا قول الله تعالى : كل نفس ذائقة الموت . و قوله عز و جل : كل من عليها فان . و قوله عز و جل : فكيف إذا توفتهم الملائكة يضربون وجوههم و أدبارهم

Diriwayatkan daripada Umar bin Abdul Aziz ra, pernah mengutus surat kepada sahabat-sahabatnya dengan pesanan berikut:
“Amma ba’du, sesungguhnya aku berwasiat agar bertaqwa kepada Allah Yang Maha Agung, sentiasa muraqabah, jadikan taqwa dan wara’ sebagai bekalan. Kamu sekarang di bumi yang penghuninya silih berganti, sedangkan Allah SWT berada di hadapan kiamat dan kengeriannya, bertanyakan apa yang kamu kerjakan (di dunia); maka ingatlah kepada Allah SWT duhai hamba-hamba Allah SWT. Ingatlah kematian yang pasti datang. Dengarlah firman Allah SWT: ( كل نفس ذائقة الموت ) “Setiap yang berjiwa pasti mati” [ 3: 185 ]; (كل من عليها فان ) “Semua yang ada di bumi pasti binasa” [ 55: 26 ]; (فكيف إذا توفتهم الملائكة يضربون وجوههم و أدبارهم ) “Maka bagaimana nasib mereka apabila Malaikat maut mencabut nyawa, memukul wajah dan punggung mereka nanti” [ 47: 27 ].

Tahqiq Dr Sadiq, muhaqqiq al tazkirah, tidak ditemui sanad akan wasiat Umar ra ini.

Komen dan Soalan