Zikir 11: Berwirid dengan surah Al-Kafirun
بِـــــســْمِ اللهِ الرَّحْــــمنِ الرَّحِـــيْمِ, قُــــــلْ يَــــا أَيُّــــــهَا الْــــكَافِـــــرُونَ, لا أَعْـــــــــبُدُ مَا تَعْبُدُونَ, وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْـــــبُدُ, وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ, وَلا أَنــتـــُمْ عَـــابِدُونَ مَا أَعْبُدُ, لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
“ Dengan menyebut asma Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. “Katakanlah, ‘Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kalian sembah. Dan kalian bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak akan menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untuk kalian agama kalian dan untukku agamaku. ” [Al-Kafirun: 1-6]
في حديث ابن عباس رضي الله عنهما: “قل يأيها الكافرون تعدل ربع القرآن” رواه الترمذي والحاكم وقال: صحيح الإسناد.
Fadhilatnya pada hadith siri No 10 daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما,
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا زُلْزِلَتْ تَعْدِلُ نِصْفَ الْقُرْآنِ وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ تَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ تَعْدِلُ رُبُعَ الْقُرْآنِ
Daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, katanya: bersabda Rasulullah ﷺ:
“ Idza Zulzilat setara dengan setengah Al-Qur’an, dan Qul Huwallahu Ahad setara dengan sepertiga Al-Qur’an, dan Qul yaa ayyuhal kaafirun setara dengan seperempat Al-Qur’an.” (HR. At Tirmidzi No. 2894, Al Hakim dalam Al Mustadrak No. 2078, katanya: sanadnya sahih)
Syaikh Al Albani رحمه الله menyatakan ini adalah hadith munkar. (As Silsilah Adh Dhaifah No. 1342), kerana hadith ini bertentangan dengan riwayat lain yang lebih tsiqah. Sedangkan Imam At Tirmidzi رحمه الله sendiri mengisyaratkan kedhaifan hadith ini, katanya: “Hadith gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadith Yaman bin Al Mughirah.” (Sunan At Tirmidzi No. 2894)
Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)