Utama Siri Tahqiq al-Mathurat Syaikh Hassan Al-Banna Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 10 – Wirid surah Az-Zalzalah...

Siri Tahqiq Al-Mathurat Syeikh Hassan Al-Banna: Zikir 10 – Wirid surah Az-Zalzalah ayat 1-8

490
0
Iklan

Zikir 10 – Wirid surah Az-Zalzalah ayat 1-8

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ , إِذَا زُلْزِلَتِ الأَرْضُ زِلْزَالَهَا, وَأَخْرَجَتِ الأَرْضُ أَثْقَالَهَا , وَقَالَ الإِنسَانُ مَا لَهَا, يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا, بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا, يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ, فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ, وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Dengan menyebut asma Allah ﷻ yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. “Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kapadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya ia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, nescaya dia melihat (balasan)nya pula.” [Al-Zalzalah: 1–8]

Fadhilat berwirid dengan surah ini:

في حديث ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعاً: “إذا زلزلت تعدل نصف القرآن” رواه الترمذي والحاكم من حديث يمان بن المغيرة.

📝 Tahqiq hadith:
Sanad: daripada Ali bin Hujr, daripada Yazid bin Harun, daripada Yaman bin Al-Mughirah Al-‘Anzi, daripada ‘Atha daripada Ibnu Abbas, katanya: bersabda Rasulullah ﷺ: “ Idza Zulzilat setara dengan setengah Al-Qur’an, dan Qul Huwallahu Ahad setara dengan sepertiga Al-Qur’an, dan Qul yaa ayyuhal kaafirun setara dengan seperempat Al-Qur’an.
(At-Tirmizi No. 2894, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak No. 2078, katanya: sanadnya sahih).

Menurut Syaikh Al-Albani, hadith ini munkar. (As-Silsilah Adh-Dhaifah No. 1342).

Sedangkan Imam At-Tirmizi sendiri mengisyaratkan kedhaifan hadith ini, katanya: “Hadith gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadith Yaman bin Al-Mughirah.” (Sunan At-Tirmizi No. 2894).

Dari Imam Al-Munawi, katanya:

هَذَا حَدِيثٌ مُنْكَرٌ وَتَصْحِيحُ الْحَاكِمِ مَرْدُودٌ اِنْتَهَى

“ Hadith ini munkar dan pensahihan Al-Hakim adalah tertolak. ” (Tuhfah Al-Ahwadzi, 8/206)

 

Oleh: Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)

Komen dan Soalan