TBK 10.2 Turunnya Nabi Isa عليه السلام
(نزول عيسى بن مريم عليه السلام)
10.2.10 Aqidah umat Kristian terhadap turunnya Nabi Isa عليه السلام. (Kedatangan Nabi Isa kali kedua)
(عقيدة النصارى في نزول عيسى عليه السلام؟)
النصارى يعتقدون أن عيسى عليه السلام هو ابن الله -تعالى الله عن ذلك علوا اكبيرا- ويغتقدون أنه رفع إلى السماء بعد ثلاثة أيام من صلبه وجلس بجانب أبيه- الرب- وأنه سينزل في آخر الزمان وقد تقدم ذكر رفعه عليه السلام وأنه لم يقتل ولم يصلب ولكن شبه لهم.
Bahagian: 1
Umat Kristian beriman:
1. Bahawa Nabi Isa عليه السلام adalah putera Allah ﷻ (Maha Suci Allah dari aqidah sedemikian rupa).
2. Mereka juga beriman bahawa Nabi Isa عليه السلام telah dibunuh dengan disalib kemudian diangkat ke langit selepas 3 hari berada di tiang salib.
3. Nabi Isa عليه السلام berada di sisi ayahnya dan akan turun semula di akhir zaman.
Ulasan:
Al-Qur’an menjelaskan kepalsuan aqidah triniti (tiga dalam satu).
Firman Allah ﷻ:
“وَلَا تَقُولُوا۟ ثَلَٰثَةٌ ۚ ٱنتَهُوا۟ خَيْرًا لَّكُمْ ۚ إِنَّمَا ٱللَّهُ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ سُبْحَٰنَهُۥٓ أَن يَكُونَ لَهُۥ وَلَدٌ ۘ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًا”
“dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”, berhentilah (dari Ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan yang Maha Esa, Maha suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. cukuplah Allah menjadi Pemelihara”
[An-Nisa’: 171]
Isu yang membabitkan Dr Zakir Naik ialah apabila beliau mencabar aqidah umat Nasrani dengan menggunakan ayat berikut:
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putera Maryam””
[Al-Maidah: 72]
لَّقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ ثَالِثُ ثَلاَثَةٍ
“Sesungguhnya kafirlah orang-orang yang mengatakan: “Bahawasanya Allah salah satu dari yang tiga”
[Al-Maidah: 73]
Maka apabila kita membuat dakwah ofensif kepada umat Kristian sudah tentu tindak balas amat besar sekali kerana umat Kristian ini majoriti, 2.8 bilion penganut dan umat Kristian adalah menjadi kuasa terbesar buat masa ini. Dan gereja mendapat sokongan kerajaan terkaya dunia buat masa ini dan mereka menguasai semua media dan keadilan di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Maka cara Dr Zakir Naik amatlah tidak bagus untuk imej Islam sekarang di mana umat Islam sendiri lemah dan kucar kacir. Pendekatan asal hendaklah dikekalkan.
Firman Allah ﷻ:
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
[An-Nahl:125]
Maka Dr Zakir Naik sepatutnya bersyukur mendapat perlindungan di Malaysia dari buruan umat Kristian dan Hindu. Sebagai membalas syukur tersebut, beliau tidak boleh meneruskan cara yang sama untuk berdakwah kepada bukan Islam kerana waqe’ Malaysia tidak sama dengan negara lain.
Bahagian: 2
Aqidah umat Kristian terhadap adanya dua al Masih (Messiah)
(وأهل الكتاب متفقون على إثبات مسيحين)
وأهل الكتاب متفقون على إثبات مسيحين:
مسيح هدى من ولد داود عليه السلام وهو عيسى عليه السلام.
ومسيح ضلال ,يقول أهل الكتاب إنه من ولد يوسف عليه السلام (1). وهو المسيح الدجال.
Ahli kitab (Kristian dan Yahudi) sepakat akan ada dua al Masih (Messiah):
1. Al Masih yang membawa petunjuk, keturunan Nabi Daud (King David) yakni Nabi Isa عليه السلام.
2. Al Masih yang membawa kesesatan dari keturunan Nabi Yusuf عليه السلام.
Islam memang menyetujui akan kesahihan nasab Nabi Isa bin Maryam binti Imran, nasabnya bersambung kepada Nabi Sulaiman عليه السلام (King Solomon) dan kepada Nabi Daud عليه السلام (King David) .
Dalam Taurat (Torah), Imran adalah Imram, manakala dalam Bible, Imran adalah Yuhaqim.
Manakala di sisi Islam, nasab Dajjal al Masih tidak diketahui. Ulama’ sepakat Dajjal adalah manusia keturunan Nabi Adam عليه السلام dan dia bukan makhluk asing atau ET (Extra Terrestrial)
@tanda2kiamat