Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab: Sedekah

Soal Jawab: Sedekah

728
0
Iklan

🔴 Adakah benar di antara hutang dan sedekah perlu diutamakan hutang dahulu walaupun niat orang itu hendak bersedekah supaya dimurahkan lagi rezeki?

🔷 Ini dinamakan Fiqh Awlawiyat (Fiqh Keutamaan). Mana satu amal yang perlu diutamakan. Kata Stephen Covey (penulis buku), First Thing First (perkara yang utama dahulu: tajuk buku) antara hutang dan sedekah maka sudah tentu di dalam neraca fiqh keutamaan adalah hutang. Sebabnya mudah sahaja. Hutang wajib dibayar manakala sedekah pula adalah sunat. Hutang ada dua jenis iaitu hutang kuno atau hutang yang perlu dibayar bila tiba tarikh akhir dan hutang moden atau hutang melalui potongan gaji. Hutang yang dimaksudkan ialah hutang kuno iaitu hutang yang mencekik/ menganiaya manusia.


🔴 Benarkah Allah ﷻ tidak akan memandang kita di akhirat kelak jika kita bersedekah kepada orang lain sedangkan masih ada orang tua dan keluarga terdekat yang lebih memerlukan serta ada yang sedang hidup dalam kesusahan?

🔷 Bersedekah kepada famili sendiri atau bersedekah kepada orang luar daripada famili? Ini juga perlu apply (mengamalkan) fiqh awlawiyat kerana keluarga lebih utama daripada orang luar. Banyak dalil tentang perkara ini. Di antaranya:

اَلصَّدَقَةُ عَلَى الْمِسْكِيْنِ صَدَقَةٌ وَ هِيَ عَلَى ذِي الرَّحِمِ اثْنَتَانِ : صَدَقَةٌ وَ صِلَةٌ

Bersedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, dan kepada kerabat ada dua (kebaikan); sedekah dan silaturrahim. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim, Al Albani, Sahihul Jami’ no. 3858)

Maksudnya bersedekah kepada kaum kerabat mendapat satu kelebihan daripada bersedekah kepada orang luar. Iaitu sedekah dan silaturrahim.


🔴 Apakah tafsiran ayat 29 surah Al-Isra’?

🔷

وَلا تَجعَل يَدَكَ مَغلولَةً إِلىٰ عُنُقِكَ وَلا تَبسُطها كُلَّ البَسطِ فَتَقعُدَ مَلومًا مَحسورًا

Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. “ [Al Isra’: 29]

Tafsir Ibn Katsir: Sederhana dalam bersedekah iaitu jangan terlalu kedekut atau jangan menjadi pemurah sangat.


🔴 Sebenarnya saya tidak menyangka menjadi pemurah sangat pun tidak boleh berdasarkan maksud “..akan tercela atau menyesal..”. Bolehkah saya dapatkan huraian yang lebih jelas?

🔷 Contohnya setiap orang yang meminta sedekah pasti diberi sedangkan ramai yang meminta itu terlibat dalam sindiket (kumpulan orang yang bersatu menjalankan kegiatan-kegiatan haram) meminta sedekah. Itu yang dinamakan pemurah sangat.


🔴 Masjid di tempat tinggal saya ada membuat slot/ sesi memberi sedekah setiap kali waktu salat Juma’at. Ada seorang wanita akan menyediakan makanan dan menghantarnya ke masjid pada waktu tengahari. Semasa slot/ sesi sedekah itu jama’ah memberi duit kepada wanita tersebut. Apakah amalan bersedekah begini dibenarkan pada waktu salat Juma’at atau bid’ah? Setahu saya untuk urusan jual beli ada hadith yang tidak membenarkan berjual beli dan juga mengedarkan tabung kutipan masjid semasa khutbah.

🔷 Sedekah itu jangan dicollect (kutip) semasa khutbah.


🔴 Bolehkah kita memberi sedekah kepada sami yang berbaju oren? Kita tidak berniat untuk membantu kerja dakwah mereka tetapi kerana mereka juga manusia. Saya fikir jika sami meminta sedekah daripada orang Melayu, mungkin dia hendak makan. Mohon pencerahan.

🔷 Minta makanan atau cash (tunai)?


🔴 Sami yang membawa mangkuk dan meminta duit. Bolehkah kita berikan sedekah?

🔷 Tidak boleh kerana dia tiada harapan untuk dijinakkan memeluk islam. Boleh diberikan kepada yang ada harapan sahaja. Jika diberi juga bermaksud kita support (menyokong) sistem dia.


🔴 Berdosakah jika kita berikan juga? Perlukah bertaubat kerana telah memberi sedekah kepada mereka?

🔷 Baca dan fahamkan surah Al-Kafirun tiga kali dan Al-Ma’idah ayat 2.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا لا تُحِلّوا شَعائِرَ اللَّهِ وَلَا الشَّهرَ الحَرامَ وَلَا الهَديَ وَلَا القَلائِدَ وَلا آمّينَ البَيتَ الحَرامَ يَبتَغونَ فَضلًا مِن رَبِّهِم وَرِضوانًا ۚ وَإِذا حَلَلتُم فَاصطادوا ۚ وَلا يَجرِمَنَّكُم شَنَآنُ قَومٍ أَن صَدّوكُم عَنِ المَسجِدِ الحَرامِ أَن تَعتَدوا ۘ وَتَعاوَنوا عَلَى البِرِّ وَالتَّقوىٰ ۖ وَلا تَعاوَنوا عَلَى الإِثمِ وَالعُدوانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi’ar-syi’ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya (binatang yang telah ditanda akan disembelih semasa Haji), dan binatang-binatang qalaa-id (binatang yang telah dikalung untuk disembelih), dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan daripada Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya. ” [Al-Ma’idah: 2]

Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito

Komen dan Soalan