Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab: Sambutan Hari Jadi

Soal Jawab: Sambutan Hari Jadi

1195
0
Iklan

🔴 Ustaz, bolehkah kita membuat “birthday cake” (kek hari jadi)? Ada yang mengatakan ia bid’ah.

🔷 Bid’ah adalah jalan yang direka dalam agama bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah ﷻ melebihi kaum salafus soleh. Maka, adakah membuat kek “birthday” (hari jadi) itu suatu jalan agama untuk mendekatkan diri kepada Allah ﷻ ?


🔴 Jadi kesimpulannya berdosakah membuat kek “birthday” (hari jadi) tetapi tidak meniup lilin dan tiada niat untuk mengikut/ mencontohi yahudi?

🔷 Saya telah beri definisi bid’ah. Definisi itu yang perlu difahami supaya pada masa akan datang semua benda/ perkara kita telah tahu hukumnya sama ada sunnah atau bid’ah.

Sambutan “birthday” (hari jadi) ini universal (meliputi seluruh dunia). Misalnya cuti “birthday” (hari jadi) Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong atau cuti “birthday” (hari jadi) sultan bagi setiap negeri. Cuma “content” (pengisian/cara) sambutan itu yang perlu dijaga. Sambutan “birthday” (hari jadi) ini tiada kaitan dengan agama. Ia bukan upacara keagamaan.

Ayat Al-Quran ini menyatakan Isa putra Maryam bergembira dengan “birthday” (hari jadi) dia.

وَالسَّلامُ عَلَيَّ يَومَ وُلِدتُ وَيَومَ أَموتُ وَيَومَ أُبعَثُ حَيًّا

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat). ” [Maryam: 33]

 

🔷 Ini contoh: Memakai “business suit” (pakaian ahli perniagaan). Seluruh dunia memakainya dan telah di”recognize” (iktiraf) sebagai “standard business suit” (pakaian lazim untuk ahli perniagaan) seperti “coat” (kot) dan “tie” (tali leher). Jangan kita mengatakan sesiapa yang memakai pakaian ini telah melakukan bid’ah. Justeru itu, kita perlu kembali kepada takrifan bid’ah itu apa. Iaitu suatu jalan dalam agama untuk mendekatkan diri kepada Allah ﷻ dengan cara berlebihan. Soalannya adakah dengan memakai “suit” (pakaian) ini kita telah melakukan bid’ah dalam agama?

Berbalik kepada isu “birthday” (hari jadi). Perkara ini universal (meliputi seluruh dunia). Cuma apabila melibatkan api seperti lilin itu yang perlu kita jauhi kerana lilin adalah metode (kaedah) berdoa bagi agama lain. Boleh sahaja meraikan hari jadi dengan membuat kek, membuat pulut kuning dan rendang, kambing golek atau makan-makan di KFC (Kentucky Fried Chicken) atau McD (McDonald’s).

Di Malaysia, semua mereka sambut. Dengan sambutan “birthday” (hari jadi) ini, rakyat Malaysia mendapat banyak nikmat seperti nikmat cuti hari jadi Agong atau cuti “birthday” (hari jadi) sultan-sultan negeri iaitu cuti “free” (percuma). Tidak lupa juga cuti “birthday” (hari jadi) Nabi Muhammad ﷺ atau Maulid.

Saya menjelaskan kepada “family” (keluarga) saya bahawa saya tidak menyambut “birthday” (hari jadi). Saya berasa tidak selesa jika ada orang yang “wish” (mengucapkan) kepada saya “happy birthday” (selamat hari jadi ). Saya tidak “accept” (terima) budaya menyambut “birthday” (hari jadi).

Saya hendak cerita isu lilin. Lilin adalah metode (kaedah) berdoa bagi kaum pagan (kaum yang tidak percaya pada sebarang agama utama), Kristian dan kaum musyrikin. Bagi mereka asap dari lilin yang telah padam akan dibawa kepada dewata atau jika Kristian kepada Jesus Christ (Nabi Isa). Asap itu yang menjadi medium (perantara) membawa doa dari orang yang menyambut “birthday” (hari jadi). Asap itu kononnya akan dibawa oleh malaikat kepada “Lord Jesus Christ” (Tuhan Nabi Isa) atau di dalam Hinduism, asap itu akan dibawa oleh Hanuman (dewa) kepada “Lord” (Tuhan) Rama atau Krishna.

Dalam sambutan universal (meliputi seluruh dunia) “birthday celebration” (meraikan hari jadi) itu, diadakan unsur makan kek tetapi diselitkan juga ritual (tatacara dalam upacara keagamaan) sembahyang kepada tuhan mereka melalui upacara menghembus lilin oleh agama nasara (nasrani) dan pagan (orang yang tidak percaya pada sebarang agama utama).

Oleh sebab itu, ia termasuk di dalam fiqh tasyabbuh atau fiqh menyerupai peribadatan kaum musyrikin dan pagan (orang yang tidak percaya pada sebarang agama utama).

Perkara inilah anda sebagai ibu perlu jelaskan kepada anak tentang sebab mengapa meniup lilin pada kek hari jadi bukan ritual (tatacara dalam upacara keagamaan) dalam agama islam. Jika orang Islam hendak mengikuti adat dunia dalam sambutan “birthday” (hari jadi) mereka perlu berhati-hati tentang perkara halus sebegini, .

Sewaktu kita “celebrate birthday” (meraikan hari jadi) kita akan membuat/ membeli kek, kemudian kita hendak menghembus lilin. Sebagai seorang muslim kita perlu bertanya pada diri kita kenapa perlu ada lilin. Tidak mungkin satu dunia tiup lilin tanpa sebab. Pasti ada falsafah di belakangnya kerana kek dan lilin ini adalah budaya Barat. Kita perlu selongkar rahsia lilin di atas kek “birthday” (hari jadi) ini. Maka sebaiknya kita ikut setakat kek sahaja. Tidak perlu lilin.


🔴 Saya sekeluarga tidak sambut “birthday” (hari jadi) sebab kefahaman saya pada sambutan itu adalah tasyabbuh adat orang kafir. Apatah lagi apabila ada unsur keagamaan dari asal usul sambutan itu. Bolehkah saya berfahaman begitu syeikh? Namun budaya memberi hadiah saya teruskan cuma saya tidak mengucapkan apa-apa dan tidak beri pada tarikh harijadi. Saya beri hadiah tanpa sebab pada bila-bila masa sahaja.

🔷 Sudah dikira terbaiklah jika “family” (keluarga) boleh terima. Gunakan kaedah:

لَوْ كَانَ خَيرْاً لَسَبَقُوْنَا إِلَيْهِ

Seandainya amalan tersebut baik, tentu mereka (para sahabat) sudah mendahului kita untuk melakukannya.”
[Tafsir Ibn Katsir untuk Al-Ahqaf: 11]

Sebenarnya ini isu ‘uruf (adat/ budaya). Misalnya kehidupan di kampung saya di Kelantan, tiada sesiapa yang menyambut “birthday” (hari jadi). Maka saya membesar tanpa ada sambutan “birthday” (hari jadi). Sehinggalah saya menetap di KL (Kuala Lumpur) ini, barulah ada anak-anak saya yang hendak menyambut “birthday” (hari jadi) saya.

Saya katakan: “ Sejak kecil abah tidak pernah menyambut “birthday” (hari jadi), maka sambut untuk diri kamu sahaja. Abah ini sudah “old school” (ketinggalan zaman).”

Maksudnya saya tidak menghalang mereka untuk menyambut “birthday” (hari jadi) mereka tetapi untuk diri saya, saya tidak selesa menyambutnya berdasarkan kaedah daripada tafsir di atas. Hanya anak-anak saya yang meraikan hari jadi mereka. Mereka hidup membesar di kota raya. ‘Uruf orang kota sememangnya menyambut “birthday” (hari jadi). Lagipun ada “public holiday” (cuti umum) untuk “birthday” (hari jadi) Agong, sultan-sultan dan Maulidur Rasul.

Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito

Komen dan Soalan