Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah MENJAGA DAN MENDIDIK ANAK

MENJAGA DAN MENDIDIK ANAK

253
0
Iklan

1. Apakah cara yang betul untuk mendenda anak yang tidak salat?

Guna panduan dari hadith:

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr رضي الله عنه, ia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda:

مُرُوْا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِيْنَ ، وَاضْرِبُوْهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِيْنَ ، وَفَرِّقُوْا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

“Suruhlah anak kalian salat ketika berumur tujuh tahun! Dan pukullah mereka ketika berusia sepuluh tahun (jika mereka meninggalkan salat!) Dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan anak perempuan)”

[HR Abu Daud, disahihkan oleh Syaikh al-Albani, sahih Abu Daud no. 509]

2. Bagaimana cara pukul yang dinyatakan dalam hadith di atas?

Penjelasan Imam an-Nawawi رحمه الله‎ dalam al Majmu’, 3:11:
i. Pukulan dengan niat mendidik bukan mencederakan.
ii. Pukulan tidak melebihi 10 kali.
iii. Jangan dipukul mukanya.
iv. Pukulan untuk taadibi (pendidikan) bukan untuk taaqibi (mendera, menyeksa dan menghukum).

3. Adakah seorang ayah akan menanggung dosa anak gadisnya yang keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna?

Situasi:
Seorang gadis, berumur 21 tahun, keluar rumah dengan berpakaian singkat, berlengan pendek (t-shirt), berseluar panjang dan tidak bertudung.

Tidak.
Si ayah tidak akan menanggung dosa anak gadisnya. Dosa tidak menutup aurat sepenuhnya di tanggung oleh si anak. Si ayah dan ibu akan di hisab atas dosa kecuaian sekiranya tidak mendidik dan menasihati anak gadisnya. Sekiranya si ayah sudah mendidik dan menasihati, tetapi anak gadisnya memilih cara hidupnya sendiri dengan tidak mengikut ketetapan syara’, maka si ayah tidak akan berdosa.

Contoh :
Anak-anak Nabi Nuh AS, menolak dakwah ayahnya. Mereka enggan menaiki bahtera Nabi Nuh AS, maka Nabi Nuh AS tidak akan menanggung dosa syirik yang dilakukan anak-anaknya. Ini kerana Nabi Nuh AS sudah menegakkan hujah dan dakwah kepada mereka.

Ulasan:
Nota di atas adalah cara bagaimana isteri atau anak, sama ada anak perempuan atau lelaki mahu memahami isu ayah, suami atau wali menanggung dosa mereka.

4. Adakah sah salat berjama’ah bersama anak-anak yang belum umur mumayyiz?

Mengikut Mazhab Syafi’iy salat sah. Salat berjama’ah ini luas.

1. Jumhur:
Syarat makmum atau imam adalah baligh. Jumhur lebih syadid.

2. Mazhab Sayfi’iy paling longgar. Makmum sah jika berumur tujuh tahun. Salat berjama’ah juga sah jika dilakukan di rumah.

◾️Kaedah fiqh Syafi’iy:
1. Salat berjama’ah boleh dilakukan di rumah atau di masjid.
2. Boleh berjama’ah dengan anak kecil atau isteri.

◾️Fiqh sunnah:
1.Salat berjama’ah hendaklah dilakukan di masjid atau surau.
2.Makmum disyaratkan telah aqil baligh.

Ganjaran menjaga 3 orang anak perempuan

مَنْ كَانَ لَه ثلاَثُ بَنَاتٍ فَصَبَرَ عَلَيْهِنَّ وَأَطْعَمَهُنَّ وَسَقَاهُنَّ وَكَسَاهُنَّ مِنْ جِدَّتِهِ كُنّ لَهُ حِجَاباً مِنَ النَّار يوم القيامة

“Sesiapa yang mempunyai tiga anak perempuan, dia bersabar dengan (karenah) mereka. Dia memberikan untuknya makanan, minuman dan pakaian dengan hasil usahanya sendiri. Maka anak-anaknya itu kelak akan menjadi tabir yang melindunginya daripada api neraka.

مَن كانَ لَهُ ثلاثُ بَناتٍ فصبرَ عليهنَّ، وأطعمَهُنَّ، وسقاهنَّ، وَكَساهنَّ مِن جِدَتِهِ كنَّ لَهُ حجابًا منَ النَّارِ يومَ القيامَةِ

الراوي : عقبة بن عامر.
المحدث : الألباني.
المصدر : صحيح ابن ماجه.
الصفحة أو الرقم: 2974.
خلاصة حكم المحدث : صحيح.
التخريج: أخرجه ابن ماجه 3669 واللفظ له، وأحمد 17403

Status hadith:
[Sahih, Syaikh al-Albani, sahih Ibnu Majah no: 3669]

Berhati-hati dan bersabar
Firman Allah ﷻ,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَّكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya daripada isteri-isteri kalian dan anak-anak kalian adalah musuh bagi kalian, maka berhati-hatilah kalian dari mereka.”……
[Ath-Thaghabun: 14]

Tidak membiarkan anak kecil dalam kelaparan

Daripada Abu Umamah رضي الله عنه , Rasulullah ﷺ bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا…ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

Terjemahan:
“Tatkala aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawaku ke gunung yang terjal. Kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapan para perempuan yang payudara-payudara mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, ‘Kenapakah mereka itu?’ Dia menjawab, ‘Mereka adalah para perempuan yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.”
[ HR Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, al-Hakim ]

Di nukilkan oleh muhaddith:
1. Al-Hakim الله‎ رحمه
2.Imam Adz-Dzahabi الله‎ رحمه
3. Syaikh Al-Albani di dalam Silsilatu Al-Ahaadiitsi Ash-Sahihati X/188 no.3951, dan Sahih At-Targhiib wa At-Tarhiib II/305 no.2393.
4. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth di dalam tahqiqnya terhadap kitab Sahih Ibnu Khuzaimah XVI/536.
5. DR. Muhammad Mushthofa Al-A’zhomi di dalam tahqiqnya terhadap kitab Sahih Ibnu Khuzaimah III/237.

Fiqh hadith:
Wanita yang tidak mahu menyusui anak tanpa ada sebarang keuzuran.

Fatwa Arab Saudi, Ibnu Uthaimin الله‎ رحمه :
Ianya merujuk kepada wanita yang membiarkan anaknya kelaparan.

1. Adakah menjadi satu kewajiban mencari ibu susuan apabila ibu kandung mengalami keuzuran dan ketidakmampuan untuk menyusui anak selama 2 tahun?

Sekiranya dia mengupah wanita lain menyusu atau memberi susu formula, maka ianya tidak menjadi masalah.

Penggunaan tangkal, azimat dan mengikat benang kepada anak adalah syirik

Dalil hadith:

” إن الرقى والتمائم والتولة شرك ” ( صحيح ) صحٌحه الشٌيخ الألبانيٌ رحمهُ الله في صحيحِ ابن ماجة برقم 3530 و في ” غاية المرام في تخريج أحاديث الحلال والحرام ” وقال الشيخ رحمه الله في غاية المرام : أخرجه ابن حبان والحاكم وهو مخرج في سلسلة الصحيحة رقم 331

Terjemahan:
“Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal (tama`im) dan guna-guna, tiwalah adalah syirik”.
[HR Ibn Majah, no 3530 ]
Ibn Hibban an al-Haakim, Albani mensahihkannya, juga dalam Ghayatul Maram dan Silsilah al-Sahihah.

Ruqyah = jampi mentera, jampi yang haram ialah jampi meminta daripada jin.
Tamimah = tangkal azimat, termasuk ikat benang.
Tiwalah = guna-guna, minyak pengasih.

Menjaga kehormatan diri demi kesejahteraan anak

Dalil hadith,

قال : ” ولد الزنى شر الثلاثة ” يعني أكثر شرا من والديه وممن حسنه ابن القيم في المنار المنيف 133  والألباني في السلسلة الصحيحة  672

“Anak zina pencetus kejahatan kepada tiga orang”
[Dinilai hasan oleh Ibnu Qayyim, dalam al-Manar al-Munif, Syaikh Al-Albani رحمه الله‎ dalam Silsilah al-Sahihah]

Maksudnya,

(ما قاله سفيان الثوري : بأنه شرّ الثلاثة إذا عمل بعمل والديه)

Menurut Sufyan al-Thaury رحمه الله‎, kejahatan tiga orang itu (dua dua yang berzina dan anak zina) disebabkan amalan penzina tersebut. Jika dua orang yang berzina, dapat anak zina, maka ketiganya akan terjerumus ke lembah kejahatan.
Menurut Ibnu Qayyim رحمه الله‎, dalam kitab al-Manar al-Munif, ini berdasarkan kebiasaan atau adat. Walaupun si anak tidak berdosa dan bersalah, tetapi kesan atau impak dari perzinaan, maka anak zina akan terdedah kepada kebinasaan dan kejahatan.

Komen dan Soalan