Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 SnJ: Pinjaman riba, beli emas atas talian dan hukum makan hasil judi...

SnJ: Pinjaman riba, beli emas atas talian dan hukum makan hasil judi bukan muslim

719
0
Iklan

🔴 Adakah saya melakukan dosa besar iaitu riba jika terlibat dengan pinjaman AEON/ pinjaman peribadi? Adakah Allah ﷻ akan memberi keampunan kepada saya?

🔷 Riba ada tiga jenis:
1. Riba along/ ceti haram
2. Riba konvensional
3. Riba syariah banking (perbankan syariah)
Anda berada di tahap 2. Apabila tempoh pinjaman tamat maka perlu bertaubat. Dalilnya sila rujuk Al-Quran 2:173 (jika terpaksa makan ‘riba’ dengan terpaksa dan tidak melampaui maka tidak ada dosa)

إِنَّما حَرَّمَ عَلَيكُمُ المَيتَةَ وَالدَّمَ وَلَحمَ الخِنزيرِ وَما أُهِلَّ بِهِ لِغَيرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضطُرَّ غَيرَ باغٍ وَلا عادٍ فَلا إِثمَ عَلَيهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَحيمٌ

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ” [Al-Baqarah: 173]


🔴 Sistem syariah banking (perbankan syariah) pun ada riba juga? Ingatkan semua bersih. Menurut syariat islam apa hukumnya. Adakah tetap haram?

🔷 Ya. Cuma bunga riba masih ada. Ini kerana islamic bank (bank islamik) perlu mematuhi bank negara. Masih ada debu-debu riba.


🔴 Bermaksud ada haramnya?

🔷 Tidak haram kerana itu sahaja pilihan terbaik. Akhir zaman, memang semua orang terpaksa makan sisa riba. Cuma elakkan riba along dan riba konvensional. Jika terpaksa buat pinjaman untuk rumah dan kereta, gunakan perbankan syariah. Walaupun syariah namun tidak bebas daripada syarat-syarat bank negara yang masih ribawi.


🔴 Adakah baik jika seseorang itu sudah memiliki rumah tetapi dia mahu membeli rumah baru yang lebih besar dengan menggunakan pinjaman islamik? Memandangkan perbankan syariah juga tidak terlepas daripada debu-debu riba.

🔷 Hukum mengambil pakej pembiayaan patuh syariah memang harus. Ini kerana jika ada debu-debu riba itu merekalah yang menanggungnya kelak. Anda tidak perlu risau. Yang menjadi masalah, kalau anda menggunakan pinjaman along/ konvensional sahaja. Islamic financing (kewangan islamik) ini telah diputuskan halal oleh badan syariah. Ia dinamakan Ijtihad Kolektif.


🔴 Adakah sebarang priority (keutamaan) dalam pemilihan bank untuk membuat islamic loan (pembiayaan islamik) ?

🔷 Kita perlu bandingkan sendiri. Kebiasaannya, ejen hartanah yang akan memberi nasihat untuk memilih bank.

🔴 Apakah jalan terakhir jika gagal untuk menukar jenis pinjaman rumah daripada pinjaman konvensional ke pembiayaan islamik?

🔷 Jika sudah berusaha pelbagai cara termasuk “refinancing” (pinjaman semula) pun gagal maka teruskan sahaja.
Seperti yang telah dinyatakan bahawa riba ada tiga tahap:
1. Tahap paling teruk ialah membuat “loan” (pinjaman) daripada Along/ Ceti haram. Iaitu “interest” (faedah/ bunga) yang mencekik darah dan itulah hakikat riba yang sebenar.
2. Tahap riba pertengahan iaitu “loan” (pinjaman) daripada perbankan konvensional. Iaitu riba dari perbankan milik awam atau GLC (Government Linked Companies) seperti Maybank.
3. Perbankan syariah. Ia masih ada debu-debu riba kerana kekangan daripada pihak Bank Negara Malaysia.


🔴 Adakah dikira riba jika kawan saya mengenakan caj 10% daripada sebarang jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun dia kerana saya menggunakan nama syarikatnya yang berdaftar dengan MOF?

🔷 Bukan riba. Riba melibatkan pinjaman sedangkan anda tidak membuat pinjaman dengan dia. Syaratnya pihak anda sudah maklum akan dikenakan caj dengan syarikat dia 10%. Anda sudah tahu beserta rela/ reda.


🔴 Adakah simpanan ASB dan ASN adalah riba dan hukumnya haram? Saya perlukan penjelasan tuan kerana ada pelbagai pendapat ustaz yang mengatakan ya dan ada yang mengatakan tidak.

🔷 Hukumnya boleh. Kerana ijtihad tidak boleh membatalkan ijtihad. Maksudnya, majlis fatwa kebangsaan pada tahun 2008 telah mengharuskan pelaburan ASB dan ASN untuk kepentingan melayu Islam menguasai 30% kekayaan atau ekuiti pasaran modal nasional. Ia juga harus menurut Al-Qardhawi demi menjaga kepentingan pegangan ekuiti umat Islam di semua sektor strategik seperti perbankan dan hartanah. Maka pegangan PNB dalam Maybank dan SP Setia adalah penting. Bagi mereka yang arif/ mampu untuk menguruskan dananya, maka lebih baik dia uruskan sendiri. Manakala umat Islam yang jahil tentang pelaburan, maka lebih baik melabur di dalam ASB/ ASN. Jumlah pelaburan PNB ialah RM 270 bilion.

Nota:
MOF > Ministry Of Finance/ Kementerian Kewangan
ASB > Amanah Saham Bumiputra
ASN > Amanah Saham Nasional
PNB > Permodalan Nasional Berhad

🔴 Apakah hukum menggunakan duit deposit/ wang pendahuluan yang lesap dari penyewa yang melanggar peraturan sewaan yang telah dipersetujui dan ditandatangani di dalam perjanjian sewaan?

🔷

وَالمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ ; هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Orang Islam terikat dengan syarat-syarat perjanjian sesama mereka ” kata abu Isa. Hadith hasan sahih (Tarmizi: 1352)

Jika di dalam “agreement” (perjanjian) dinyatakan duit deposit/ wang pendahuluan akan lesap, maka tuan rumah memang berhak memakannya.

 

🔴 Masakini banyak kedai emas menjual emas melalui pos. Mereka menayangkan video jualan secara langsung dan akad belian secara atas talian. Bayaran juga dipindahkan atas talian. Kemudian barang yang dipesan dihantar melalui pos. Adakah dibenarkan cara urusniaga emas tersebut?

🔷 Boleh. Kerana ia urusniaga secara on the spot (secara langsung). Tetapi perlu ada sistem money back guarantee (jaminan pulangan wang) jika tidak berpuashati dengan emas tersebut.


🔴 Adakah tempoh penghantaran/ penerimaan emas tersebut menjejaskan urusan belian emas menurut syarak?

🔷 Tidak. Kerana urusniaga sudah selesai. Delivery (penghantaran) tidak ada kesan terhadap harga lima hari kemudian/ akan datang sebab anda telah beli dan bayar pada hari yang sama.


🔴 Saya ada terbaca mazhab Hanafi sahaja yang membenarkan pembelian emas dengan cara ini. Mazhab yang lain kena bayar dan dapatkan barang pada masa yang sama

🔷 Memang berpandukan mazhab Hanafi sebab mazhab ini advance (lebih terbuka). Sama dengan hukum zakat fitrah menggunakan matawang. Jumhur tidak membenarkan. Zakat fitrah mesti dibayar dengan beras atau gandum. Tetapi mazhab Hanafi membenarkan zakat fitrah dibayar dengan menggunakan wang. Jumhur membenarkan urusan jual beli emas di kedai emas sahaja. On the spot (pada masa yang sama). Jika membeli di lazada tidak boleh.


🔴 Bolehkah emas dibeli menggunakan kad kredit? Sebab pembeli akan membayar kepada bank secara hutang/ ansuran. Adakah ini dinamakan transaksi يَدً بِيَدٍ (tangan dengan tangan)?

🔷 Kad kredit islamik boleh.


🔴 Bolehkah menyertai cabutan bertuah yang dianjurkan oleh pihak majikan dan hadiah kemenangan adalah emas?

🔷 Boleh jika tidak perlu mengeluarkan apa-apa perbelanjaan.

 

🔴 Di tempat kerja saya ada seorang pekerja nepal menang loteri (permainan judi). Dia belanja kawan-kawan melayu makan. Adakah ini dikira haram?

🔷 Ya. Kawan pun kena pilih. Jangan kawan dengan kaki judi.


🔴 Nepal itu bukan muslim. Jika dia main loteri/ berjudi tidak mengapa bukan? Soalan saya duit yang digunakan untuk belanja makan dikira haram jugakah? Jika seorang muslim berjudi hukumnya haram. Duit menang itu hasil daripada duit haram tetapi dia bukan muslim. Adakah dikira haram juga? Itu yang saya confused (keliru).

🔷 Makan sahaja jika berhajat sangat.

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, iaitu seseorang tidak lagi peduli daripada mana dia mendapatkan harta, daripada jalan halal ataukah (yang) haram. “ [HR. Bukhari]

أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ ( يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّى بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ) وَقَالَ (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ) ». ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyyib (baik). Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan daripada yang thoyyib (baik). Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: ‘Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.’ Dan Allah juga berfirman: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.’” Kemudian Nabi ﷺ menceritakan tentang seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdoa: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Padahal, makanannya daripada barang yang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan diberi makan daripada yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya? ” [HR. Muslim no. 1014]

Judi hukumnya sama sahaja dalam semua agama. Haram. Cuma ia tidak dijadikan syariat dalam agama mereka. Jika bukan muslim berjudi dan muslim turut memakannya, maka ia tetap haram. Arak, pelacuran dan zina juga sama hukumnya, cuma mereka tidak menjadikan ia sebagai perundangan.

Jawapan daripada Syeikh THTL
@FiqhWanitaUito

Komen dan Soalan