Talbis Iblis: Konsep Wali Akidah Sufi
Begitulah akidah Sufi yang keliru dengan para wali. Memang konsep wali ada dalam Islam, tetapi mereka telah reka fahaman-fahaman yang melampau tentang wali ini. Ini adalah kerana telah diajar dan didoktrin oleh guru mereka untuk hormat terlebih kepada wali.
Sedangkan wali itu kita tidak tahu siapa mereka. Tidaklah ada majlis perlantikan wali. Kalau ada, bolehlah kita tahu memang seseorang itu wali. Namun yang menjadi pegangan mereka, ada orang-orang tertentu itu wali itu dan ini. Sedangkan tidak pasti pun. Siapa kita hendak menentukan siapa wali?
Mereka sampai mereka-reka aqidah ada penutup wali seperti juga penutup para Nabi.
Malah mereka meletakkan kehebatan yang terlalu berlebihan kepada para wali itu.
Sampaikan orang gila pun mereka boleh sangka wali. Mereka kata: “Eh jangan kutuk orang itu..entah-entah dia wali, mana kita tahu?”
Memang kita tidak tahu siapakah wali Allah ﷻ. Tidak ada majlis perlantikan, dan ia terus menjadi rahsia Allah ﷻ. Namun yang mereka selalu menggunakan sebagai tanda wali adalah mimpi. Memang golongan sufi itu suka pakai mimpi. Ada yang mimpi dilantik menjadi wali, ada yang mimpi si anu dan si ini menjadi wali.
Ada yang selamba mengaku sebagai wali pun ada. Salah seorang guru tarekat saya dahulu, mengaku sebagai Sultanul Aulia’ (Ketua Wali).
Kemudian apabila sudah ditentukan sebagai ‘wali’, mereka akan terus pakai sahaja kata-kata ‘wali’ itu tanpa usul periksa.