Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Zauk

Talbis Iblis: Zauk

340
0
Iklan

Talbis Iblis: Zauk

Golongan sufi banyak reka wirid dan zikir yang tidak ada dalam sunnah. Mereka tinggalkan zikir-zikir yang sunnah dan pakai zikir-zikir yang diberi oleh guru mereka. Masalahnya, zikir-zikir itu tidak ada dalam amalan Nabi ﷺ yang sahih. Maka ia adalah bid’ah dan tidak boleh diamalkan.

Syaitan memang akan membisikkan zikir-zikir rekaan. Apabila manusia mengamalkan zikir yang tidak sahih, maka mereka akan tinggalkan amalan zikir yang sahih. Jadi syaitan sudah menang.

Memang golongan tarekat sufi akan bersungguh-sungguh mengamalkan zikir-zikir daripada guru mereka. Berjam-jam setiap hari kerana ingin menghabiskan bilangan yang ditetapkan oleh guru mereka. Selalunya berjumlah beribu-ribu (bukan main-main). Kerana itulah mereka sanggup duduk berjam-jam. Ada yang empat jam setiap hari. Kalau “missed” (tertinggal), sudah kena qadha’ hari lain pula.

Pernah kawan saya berzikir 3 hari tiga malam kerana hendak menghabiskan zikir guru dia bagi. Emaknya selit makanan tepi pintu sahaja.

Apabila banyak zikir, maka tidak ada masa untuk belajar agama. Maka mereka terus dalam kejahilan. Bila dalam kejahilan, maka mereka tidak dapat hendak periksa adakah amalan yang guru mereka beri itu sahih ataupun tidak. Mereka tidak ada ilmu untuk membuat perbandingan. Seperti telah disebut sebelum ini, mereka taksub kepada guru mereka. Apa sahaja yang guru mereka sogokkan, maka itulah yang mereka terima sebagai agama.

Kenapa mereka mampu berzikir beribu-ribu setiap hari? Sedangkan kalau kita hendak membaca Al-Qur’an, atau salat, lima minit sudah bosan dan sudah rasa hendak berhenti?

Ini kerana syaitan tidak mengganggu mereka ketika membuat amalan salah itu. Buat apa syaitan hendak ganggu? Memang syaitan mahu mereka buat amalan salah pun. Maka syaitan biar sahaja dan membisikkan bagi semangat. Bila tidak diganggu, maka mereka boleh lancar sahaja beramal zikir-zikir rekaan itu.

Mereka akan sedap sahaja semasa berzikir itu. Memang perasaan lain macam sebenarnya. Rasa lega, rasa iman tinggi sahaja, rasa tenang. Seorang kawan saya jelaskan dengan lebih menarik: “Rasa macam jatuh cinta…” Ini mereka panggil zauk. Rasa sedap.

Oleh kerana rasa sedap itulah yang susah mereka hendak tinggalkan. Mereka rasa suka bila buat. Kerana itu bila kita tegur, mereka tidak faham. Kenapa hendak tinggalkan benda yang beri kepuasan kepada mereka? Maka mereka akan terus buat.

Sebenarnya zauk itu diberi oleh syaitan. Seperti yang disebut dalam [Fussilat:25]

وَقَيَّضنا لَهُم قُرَناءَ فَزَيَّنوا لَهُم ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم وَحَقَّ عَلَيهِمُ القَولُ في أُمَمٍ قَد خَلَت مِن قَبلِهِم مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ إِنَّهُم كانوا خاسِرينَ

Dan Kami tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jinn dan manusia, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi.

Tafsir: Syaitan bagi nampak cantik dan sedap amalan salah mereka itu.
Di hadapan: Syaitan janjikan pahala dan maqam yang tinggi bagi mereka.
Belakang: Syaitan puji mereka kerana mereka telah banyak beramal: “Maqam dah tinggi ni syeikh….”

Komen dan Soalan