Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Taksub dengan Guru

Talbis Iblis: Taksub dengan Guru

846
0
Iklan

Talbis Iblis: Taksub dengan Guru

Bukanlah kita kata semua sufi tarekat itu sesat. Tidak boleh kita pukul rata semua begitu kerana kita tidak tahu, mungkin ada ajaran sufi itu yang benar dan mereka beramal dengan amalan yang sunnah sahaja.

Tarekat pula bermaksud ‘jalan’ iaitu salah satu jalan daripada jalan-jalan yang banyak bagaimana untuk mencapai maqam ihsan.

Cuma, apabila tidak didasari dengan ilmu wahyu tetapi hanya dipandu oleh ilmu khayalan sahaja, maka sebab itulah kita lihat banyak pergerakan sufi dan tarekat yang tersasar daripada landasan. Oleh itu, kenalah belajar wahyu dahulu sebelum mempelajari perkara lain. Kena ada kemahiran asas supaya tidak mudah ditipu oleh manusia.

Kalau kita perhatikan tujuan golongan sufi itu, tujuan asalnya adalah baik. Maka kalau dipandu oleh wahyu, maka ia amat bagus sekali. Nanti kita akan sentuh manakah amalan dan falsafah mereka yang bagus.

Cuma yang kita takuti, apabila nama ‘sufi’ itu sendiri datangnya selepas zaman salaf, maka ajaran dalam sufi itu sendiri bukan datang daripada amalan dan ajaran golongan salaf. Ia tiada landasan daripada wahyu dan kerana itu ramai tersasar.

Syaitan mengambil kesempatan di atas orang yang hatinya lembut mahukan kebaikan, tetapi tiada ilmu. Oleh sebab itulah ilmu amat penting kerana hanya dengan ilmu wahyu yang dapat menepis bisikan-bisikan syaitan yang membisikkan ajaran dan fahaman yang sesat.

Tidaklah salah kalau hendak menggunakan nama ‘sufi’ itu kerana nama itu memang baru, tetapi boleh sahaja sudah ada pada zaman dahulu.

Sebagai contoh, ‘ilmu aqidah’, ‘tauhid tiga’, ‘ilmu feqah’ dan banyak lagi, tidak ada pun pada zaman Nabi ﷺ dan sahabat tetapi dipecahkan ilmu-ilmu itu untuk mudah belajar dan diberikan label supaya mudah untuk kenal. Maka begitulah juga dengan sufi ini.

Diajar dalam tarekat sufi itu supaya taksub (fanatik) dengan guru. Apa-apa sahaja yang disebut guru agama itu maka kena ikut, tidak boleh bantah, tidak boleh soal.

Mereka ibaratkan diri mereka dengan guru itu seperti mayat dengan pemandi mayat. Mayat tunggu sahaja apa yang akan dilakukan oleh pemandi mayat itu.

Ini salah kerana taat yang mutlak adalah kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Apabila meletakkan taat kepada selain Allah ‎ﷻ tentu ada masalah kerana guru itu manusia biasa, ada salah dan silap. Maka mereka juga perlu peringatan. Mereka juga tidak boleh rasa tinggi diri.

Bila anak murid pandang tinggi sangat, guru pun rasa lain macam. Guru rasa dia tidak salah sebab anak murid ikut sahaja apa yang dia cakap. Bila orang ikut, manusia ada perasaan lain macam, rasa diri benar. Jadi ada dua peringkat talbis di sini:

1. Pada anak murid: “Everyone is following him; therefore he must be right!”

2. Pada guru: “Everyone is following me; therefore I must be right!”

Jadi anak murid jangan pandang guru itu semua benar.

Dan guru jangan perasan dia semua benar.

Namun dalam sufi tarekat telah diajar untuk taat kepada guru tanpa berbelah bahagi lagi. Macam mayat yang sedang dimandikan. Ini adalah kerana mereka pakai hujah Kisah Khadr عليه السلام dan Nabi Musa عليه السلام. Waktu itu Nabi Khadr عليه السلام tidak membenarkan Nabi Musa عليه السلام tanya sedikit pun akan segala perbuatannya. Jadi golongan sufi faham: begitulah yang kena taat dengan guru, taat tanpa soal.

💬💬

Soal Jawab

Soalan:
Jadi di sini pengajarannya ialah tidak boleh taksub dengan mana-mana guru?

Kena ikut dalil yang betul daripad al-Qur’an dan sunnah bukan gurunya.

Jawapan:
Memang malang kalau taksub dengan mana-mana manusia.

Amat malang juga kalau ada guru yang ajar anak murid taksub dengan dia. Kalau anak murid belajar dengan orang lain, mula tidak senang hati. Sepatutnya guru suruh anak murid belajar juga dengan orang lain. Kalau dapat ilmu baru, boleh kongsi bersama-sama.

Ada perkara kita tahu tetapi ada perkara yang guru lain lebih berilmu. Anak murid akan lebih mantap kalau dia dapat ilmu daripada kedua-dua ustaz.

Komen dan Soalan