Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Insomnia

Soal Jawab Bersama Doktor: Insomnia

267
0
Iklan

Soalan:
Apakah Insomnia dan gejalanya?
Jawapan:
Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam, dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya.

Soalan:
Apakah yang menyebabkan Insomnia?
Jawapan:
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres. Apabila stres, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa. Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya berehat.

Soalan:
Apakah penyebab gangguan tidur / insomnia?
Jawapan:
Antara punca-punca yang menyebabkan anda sukar untuk tidur ialah:
 Faktor usia
 Hamil
 Menopause
 Jet lag
 Kafein
 Ubat-ubatan
 Dadah
 Alkohol
 Tekanan mental
 Terlebih berkerja
 Waktu tidur yang tidak teratur

Soalan:
Apakah jenis-jenis Insomnia?
Jawapan:
Terdapat tiga jenis insomnia berdasarkan kekerapan dan tempoh gangguan tidur dan gejala siang hari:
1) Insomnia Sementara– Berlangsung unutk beberapa hari
Insomnia sementara berlaku sekiranya terdapat perubahan jangka pendek kepada keadaan persekitaran dan/atau emosi seperti melancong, kemasukan ke hospital atau kegairahan. Biasanya, gelaja masalah tidur ini akan hilang selepas beberapa hari dan tidak sepatutnya menyebabkan masalah tidur yang serius.

2) Insomnia Jangka Pendek– Berlangsung daripada beberap hari sehingga 3 minggu
Insomnia jangka pendek biasanya menyusuli kejadian besar yang berlaku dalam kehidupan seseorang seperti kematian ahli keluarga/saudara yang dekat, dibuang kerja atau penceraian. Gejala masalah tidur mungkin akan berlanjutan lebih daripada beberapa hari, tetapi tidak sepatutnya berlanjutan lebih daripada 3 minggu.

3) Insomnia kronik – Berlangsung daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun
Insomnia kronik berlaku sekiranya insomnia jangka pendek tidak ditangani dengan baik. Insomnia kronik mungkin akan berlanjutan daripada beberapa bulan sehingga beberapa tahun. Gelaja masalah tidur mungkin akan menjadi lebih teruk disebabkan oleh keresahan, pengambilan ubat-ubatan, penyalahgunaan alkohol/ dadah dan masalah perubatan lain. Adalah amat penting untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang sekiranya masalah gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.

Komen dan Soalan