Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Ujub

Talbis Iblis: Ujub

208
0
Iklan

Talbis Iblis: Ujub

Kalau masalah Kibr itu kerana membandingkan kelebihan diri dengan orang lain, ujub pula adalah kesilapan dalam menilai diri sendiri.


Mereka yang ada masalah ujub itu lihat kelebihan yang ada pada diri mereka dan mereka sandarkan kelebihan itu atas diri mereka. Sepatutnya mereka sandarkan balik kepada Allah ‎ﷻ tetapi tidak.

Jadi Ujub ini rasa takjub atau ajaib dengan diri sendiri (“Wah hebatnya aku”). Dalam bahasa lain: SS (Syok Sendiri).

Contoh boleh lihat dalam [Qasas: 78] iaitu kisah Qarun:

قالَ إِنَّما أوتيتُهُ عَلىٰ عِلمٍ عِندي

Qarun berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku”.

Qarun rasa dia kaya kerana dia yang pandai kumpul harta. Dia lupa bahawa dia kaya kerana Allah ‎ﷻ yang beri dia kaya.


Soalan:
Kibr rasa hebat bila dibandingkan dengan orang lain. Ujub ini pula bila berseorangan pun rasa bagus dan hebat?

Jawapan:
Perasan bagus dan lupa hendak sedar yang dia bagus itu Allah ‎ﷻ yang bagi.

Tidak salah kalau tahu diri ada kelebihan. Tetapi kena lapik, kena sedar yang segala itu adalah pemberian dari Allah ‎ﷻ. Kita pandai, kita bijak, kita cantik, semuanya dari Allah ‎ﷻ.

Kita banyak khidmat kepada agama, mengajar kelas, jadi editor group, jadi pendakwah, pandai berhujah, pandai itu dan ini, semua itu kerana Allah ‎ﷻ bagi.


Soalan:
Sedar ada kelebihan, maka gunakan untuk kebaikan?

Jawapan:
Ya. Tahu ada kemampuan. Tahu boleh mengajar, orang minta mengajar, kenalah mengajar. Janganlah: “alahhh.. saya tak pandai, masih belajar lagi, masih banyak tak tahu”.

Kalau begitu, semua ulama’ rasa diri kurang. Tiada yang mengajar langsunglah. Maka kena tahu keupayaan diri, kemampuan dia, kelebihan yang ada pada diri.

Namun begitu, jangan pula anggap itu kelebihan diri kerana memang hebat sendiri. Kena sedar yang Allah ‎ﷻ yang beri semua kelebihan itu. Kena sandarkan kepada Allah ‎ﷻ.

Qarun merasakan dia yang pandai mencari harta, kerana itu dia kaya. Dia lupa yang kekayaan itu diberi oleh Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ sudah tentukan rezeki makhluk-Nya.

Ghurur zaman moden ini disentuh dalam [Dzariyat: 56 – 58]

وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.


ما أُريدُ مِنهُم مِن رِزقٍ وَما أُريدُ أَن يُطعِمونِ

Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan.


إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزّاقُ ذُو القُوَّةِ المَتينُ

Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.

Allah ‎ﷻ sudah janjikan rezeki kepada kita, tetapi ramai yang sibuk mencari rezeki sampai lupa bersedia untuk agama. Leka dengan cari kehidupan. Bila ditegur, mereka jawab: “Kalau tak kerja, nak makan macam mana?”

Allah ‎ﷻ yang menjadikan kita, maka rezeki kita sudah ada. Memang kena cari rezeki, namun kena ingat tujuan utama kita atas dunia bukan kerana untuk cari rezeki jadi kaya, tetapi menjadi hamba Dia. Allah ‎ﷻ ingatkan: “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

Sibuk sangat cari rezeki supaya kaya raya, sampai lupa agama, adalah Qarun moden.

Komen dan Soalan