Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TBK 10.1.12 al Masih al Dajjal

TBK 10.1.12 al Masih al Dajjal

472
0
Iklan


TBK 10.1 al Masih al Dajjal.

10.1.12 Petanda sebelum keluarnya Dajjal.

إرهاصات قبل خروج المسيح الدجال

Bila berlaku beberapa petanda (yang dinyatakan melalui hadith), maka tidak lama selepas itu keluarlah Dajjal.

Pertama:
Bangsa Arab menjadi sedikit.

(قلة العرب)
2945 أخبرتني أم شريك أنها سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول ليفرن الناس من الدجال في الجبال قالت أم شريك يا رسول الله فأين العرب يومئذ قال هم قليل

Dari Ummu Syarik, bahawa beliau mendengar Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya manusia melarikan diri dari Dajjal sehingga ke bukit-bukau. Tanya Ummu Syarik, “Di manakah orang Arab ketika itu?” Jawab baginda, “jumlah Arab adalah sedikit.”
(HR Muslim, no 2945)

Fiqh hadith:
Ada dua maksud menurut Dr al- Areefi, bilangan atau statistik umat Arab akan berkurangan kerana menjadi pelarian disebabkan banyaknya perang di Tanah Arab (contohnya kemusnahan negara Palestin, Syria dan Iraq),

Kedua:
Kemungkinan Bahasa Arab semakin dipinggirkan. 20 IPTA baru di Arab Saudi, misalnya menggunakan bahasa pengantar English untuk semua fakulti moden seperti kejuruteraan, perubatan, farmasi, teknologi internet, arkitek, dan sebagainya.

Dasar pemodenan negara Arab seperti Qatar, Abu Dhabi, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, menyebabkan kemasukan orang asing ke Tanah Arab.

Hadith 2:
Nasib tiga kota: al Quds, Madinah dan Istanbul.

حدثنا عباس العنبري: حدثنا هاشم بن القاسم: حدثنا عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان، عن أبيه، عن مكحول، عن جبير بن نفير، عن مالك بن يخامر، عن معاذ بن جبل، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((عمران بيت المقدس خراب يثرب، وخراب يثرب خروج الملحمة، وخروج الملحمة فتح القسطنطينية، وفتح قسطنطينية خروج الدجال) (رواه الإمام أحمد في المسند (22121) وأبو داود في السنن (4294) وابن أبي شيبة في المصنف (38473) والبغوي في شرح السنة (4252) والطحاوي في شرح مشكل الآثار (519)

Dari Mu’adz bin Jabal رضي الله عنه:
“Makmurnya Baitul Maqdis musnahnya Yathrib, dan musnahnya Yathrib berlakunya perang besar, dan berlakunya perang besar pembukaan Konstantinopal, dan pembukaan Konstantinopal keluarnya Dajjal. Kemudian baginda memukul dengan tangannya ke atas paha atau bahu orang yang berbicara dengannya kemudian berkata: Sesungguhnya perkara ini adalah benar, sepertimana engkau berada di sana, atau sepertimana engkau duduk. Orang yang dimaksudkan: Mu’adz bin Jabal.”
(HR Ahmaf, abu Daud, Ibn Abi Syaibah, al Baghawi dan atTohawi)

Status hadith:

فيه : عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان : مختلف فيه ، وقد ترجمه الحافظ الذهبي في الميزان (4/265) وأورد له هذا الحديث من جملة مناكيره .
ومن أجله ضعف إسناده الشيخ شعيب الأرناؤوط في تحقيقه لشرح مشكل الآثار (1/450-451) وتحقيقه للمسند (36/352) ، (36/432) .

Hadith ini di sisi Mutaqaddimin, adalah hadith dhaif. Az-Zahabi berkata sedemikian di dalam al Mizan. Ini kerana perawi dhaif, Abdul Rahman bin Thabit bin Tsauban. Hadith ini juga didhaifkan oleh Syeikh Syu’aib al Arnaout.

Manakala muhaddith mutaakhirin mensahihkannya:

ما الشيخ الألباني فإنه يُحسّن حديث عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان إذا لم يخالف ، ولذلك فقد حسنه في صحيح أبي داود (4294) وتحقيقه للمشكاة (5350) ، ومن قبله الحافظ ابن كثير في النهاية (1/59)
Antaranya ialah Syeikh al Albani, berstatus hadith hasan, sahih Abu Daud, no 4294 dan Ibn katsir, al Nihayah fil al fitan, 1:59

Jika kita menerima ia adalah hadith sahih. 

Fiqh hadith:
1. Makmurnya Baitul Maqdis.

Syarah:
Sememangnya Baitul Maqdis yang sekarang dikuasai Israel, makmur.

Makmur, maksudnya ramai penduduk dan sudah menjadi Ibu Negara Israel menggantikan Tel Aviv. Ramai rakyat Malaysia mengunjunginya buat masa ini dan masuk melalui pintu negara Jordan.

Umat Islam akan memasuki
Baitul Maqdis dua kali sebagaimana maksud ayat:

وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا

“…dan untuk memasuki Masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.”
(Al-Israa’: 7)

Menurut Dr Solah al Khalidi, (Haqaiq Quraniyah),
kali pertama umat Islam menawan Baitul Maqdis semasa era Khalifah Umar رضي الله عنه dan akan memasukinya kali kedua pada akhir zaman nanti sebagaimana hadith:

لا تقومُ الساعةُ حتى يقاتلَ المسلمون اليهودَ فيقتلُهم المسلمونَ حتى يختبئَ اليهودُ من وراءِ الحجرِ والشجرِ فيقولُ الحجرُ أو الشجرُ يا مسلمُ ! يا عبدَ اللهِ ! هذا يهوديٌّ خلفي فتعالَ فاقتلْه إلا الغرْقَدُ فإنه من شجرِ اليهودِ

“Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan membunuh mereka sehingga bersembunyi Yahudi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok akan bersuara: ‘Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Di belakangku ini ada Yahudi, marilah ke sini untuk membunuhnya’, kecuali pokok Gharqad, kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi.”
(HR Muslim no 2922)

2. Hancurnya kota Madinah juga ada banyak kemungkinan. Secara zahir, akhir zaman Madinah akan diserang dengan serangan berkala besar dan dengan maksud yang lain ialah nilai-nilai murni kota Madinah telah musnah dengan pembangunan yang amat pesat dan adat dan sikap orang Madinah yang asal telah hilang.

3. Syeikh Syed Sabiq menjelaskan, didalam al Aqaid.

Maksud pembukaan Konstantinopal juga dua kali. Pembukaan kali pertama di zaman Ottoman, dan pembukaan kedua di zaman Dajjal.


Hadith 3:
Penaklukan Mega.

كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غزوة . قال فأتى النبي صلى الله عليه وسلم قوم من قبل المغرب . عليهم ثياب الصوف . فوافقوه عند أكمة . فإنهم لقيام ورسول الله صلى الله عليه وسلم قاعد . قال فقالت لي نفسي : ائتهم فقم بينهم وبينه . لا يغتالونه . قال : ثم قلت : لعله نجي معهم . فأتيتهم فقمت بينهم وبينه . قال فحفظت منه أربع كلمات . أعدهن في يدي . قال ” تغزون جزيرة العرب ، فيفتحها الله . ثم فارس ، فيفتحها الله . ثم تغزون الروم ، فيفتحها الله . ثم تغزون الدجال ، فيفتحه الله ” . قال فقال نافع : يا جابر ! لا نرى الدجال يخرج حتى تفتح الروم .
الراوي: نافع بن عتبة بن أبي وقاص – خلاصة الدرجة: صحيح – المحدث: مسلم – المصدر: المسند الصحيح – الرقم: 2900

Terjemahan:
Dari (Nafi’ bin Utbah berkata: Kami bersama Rasulullah ﷺ dalam suatu peperangan. Ia berkata: Suatu kaum mendatangi Nabi ﷺ dari Maghrib, mereka mengenakan baju bulu, mereka menemui baginda di dekat suatu bukit. Mereka berdiri sementara Rasulullah ﷺ duduk. Ia (Nafi’) berkata: Hatiku berkata: Datangilah mereka dan berdirilah di antara mereka dan Rasulullah agar mereka tidak menyerang baginda lalu aku berkata: Mungkin baginda berbicara lirih dengan mereka. Aku mendatangi mereka lalu aku berdiri di antara mereka dan baginda. Aku menghafal empat kalimat dari baginda, aku menghitungnya dengan tanganku. Baginda bersabda: “Kalian akan memerangi jazirah Arab lalu Allah memberi kemenangan, setelah itu Persia lalu Allah memberi kemenangannya, kemudian kalian memerangi Romawi lalu Allah memberi kemenangan, selanjutnya kalian memerangi Dajjal lalu Allah memberi kemenangan.” Kemudian Nafi’ berkata: Hai Jabir, kami tidak berpendapat Dajjal muncul hingga Romawi ditaklukkan.
(HR Muslim no 2900, kitab al fitan)

Fiqh hadith:

(قال الشوكاني في (إرشاد الثقات) تعليقا عن هذا الحديث: وقعت الثلاث كلمات الأول، وستقع الرابعة إن شاء الله)

Syaukani, di dalam Irsyaad al thiqaat, maksudnya tiga sudah berlalu, penaklukan Arab, Parsi, serta Rom dan yang akan datang ialah yang ke-empat, iaitu penaklukan Dajjal (Israel dan sekutunya).

Kebanyakan ahli tafsir salaf, menyatakan demikian, penaklukan Arab, Parsi dan Rom timur telah berlalu, dan yang belum berlaku ialah perang terakhir dengan Dajjal.

Manakala penulis moden seperti Isa Dawud dan Amin Muhammad Jamaludin, mentafsirkan 4 peperangan ini akan berulang kembali, di mana tentera Mahdi dan Isa عليه السلام akan memerangi semula Tanah Arab kerana kebanyakan Tanah Arab adalah kerajaan boneka Barat, kemudian kerajaan Iran sekarang dan tentera Barat atau Nato atau Eropah atau EC dan akhir sekali dengan Dajjal atau Israel sekarang.

Hadith 4:
Terhentinya hujan dan tanaman.

(انحباس القطر والنبات)
ستكون قبل خروج المسيح الدجال ثلاث سنوات عجاف
فعن أبي إمامة الباهلي رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«إن قبل خروج الدجال ثلاث سنوات شداد يصيب الناس فيها جوع شديد :يأمر الله تعالى السماء في السنة الأولى أن تحبس ثلث مطرها ويأمر الأرض أن تحبس ثلث نباتها ,ثم يأمر السماء في السنة الثانية فتحبس ثلثي مطرها ويأمر الأرض أن تحبس ثلثي نباتها ,ثم يأمر السماء في السنة الثالثة فتحبس مطرها كله فلا تقطر قطرة ويأمر الأرض فتحبس نباتها كله فلا تنبت خضراء فلا يبقى ذات ظلف(7) إلا هلكت إلا ما شاء الله >

Menurut Dr al Areefi, sebelum kemunculan Dajjal, akan berlaku kemarau selama 3 tahun (kemungkinan di Tanah Arab, Syria, Iraq, Jordan).

Hadith Abu Umamah,
Pendapat al Areefi mengenai hadith ini.
(رواه ابن ماجة وفي سنده مقال وله شاهد من حديث أسماء بنت يزيد الأنصارية عند أحمد وأبي داود)

Riwayat Ibnu Majah di dalam sanadnya diperkatakan, akan tetapi ada syahid, penguat dari hadith Asma bte Yazid di sisi Ahmad dan Abu Daud.

Hadith Abu Umamah:

Takhrij:
sunan Ibn Majah:

وَإِنَّ قَبْلَ خُرُوجِ الدَّجَّالِ ثَلَاثَ سَنَوَاتٍ شِدَادٍ يُصِيبُ النَّاسَ فِيهَا جُوعٌ شَدِيدٌ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الْأُولَى أَنْ تَحْبِسَ ثُلُثَ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ السَّمَاءَ فِي الثَّانِيَةِ فَتَحْبِسُ ثُلُثَيْ مَطَرِهَا وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ ثُلُثَيْ نَبَاتِهَا ثُمَّ يَأْمُرُ اللَّهُ السَّمَاءَ فِي السَّنَةِ الثَّالِثَةِ فَتَحْبِسُ مَطَرَهَا كُلَّهُ فَلَا تُقْطِرُ قَطْرَةً وَيَأْمُرُ الْأَرْضَ فَتَحْبِسُ نَبَاتَهَا كُلَّهُ فَلَا تُنْبِتُ خَضْرَاءَ فَلَا تَبْقَى ذَاتُ ظِلْفٍ إِلَّا هَلَكَتْ إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ قِيلَ فَمَا يُعِيشُ النَّاسُ فِي ذَلِكَ الزَّمَانِ قَالَ التَّهْلِيلُ وَالتَّكْبِيرُ وَالتَّسْبِيحُ وَالتَّحْمِيدُ وَيُجْرَى ذَلِكَ عَلَيْهِمْ مُجْرَى الطَّعَامِ

Terjemahan:
Sesungguhnya 3 tahun sebelum munculnya Dajjal, adalah waktu yang sangat sulit, di mana manusia akan ditimpa oleh kelaparan yang sangat, Allah akan memerintahkan kepada langit pada tahun pertama untuk menahan sepertiga daripada hujannya, dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan sepertiga daripada tanaman-tanamannya. Dan pada tahun kedua Allah akan memerintahkan kepada langit untuk menahan dua pertiga daripada hujannya dan memerintahkan kepada bumi untuk menahan dua pertiga dari tumbuh-tumbuhannya. Kemudian di tahun yang ketiga, Allah memerintahkan kepada langit untuk menahan semua air hujannya, maka ia tidak menitiskan setitis air pun dan Allah memerintahkan kepada bumi untuk menahan semua tanam-tanamannya, maka setelah itu tidak dijumpai satu tanaman hijau yang tumbuh dan semua binatang yang berkuku akan mati, kecuali yang tidak dikehendaki oleh Allah.” Kemudian para sahabat bertanya, “Dengan apakah manusia akan hidup pada saat itu?” Baginda menjawab: “Tahlil, takbir dan tahmid akan sama ertinya bagi mereka dengan makanan.”
(HR Ibn Majah 4607)

Tahqiq:
sahih, Albani (الراوي: أبو أمامة الباهلي المحدث: الألباني – المصدر: صحيح الجامع – الصفحة أو الرقم: 7875
خلاصة الدرجة: صحيح)

Hadith ini di sisi Syeikh al-Albani, sahih dengan jalan syawahid atau penguat dari hadith-hadith lain.

Di sisi Mutaqaddimin, dhaif , ada dua perawi dha’if:
Abd Rahman bin Muhammad al-Muharibi,
dan Ismail bin Rafi’ al-Madani, dhaif menurut Ibn Ma’in dan an-Nasai’iy, dan Ibn Abi Hatim. (multaqa ahli hadith, MAH)

Hadith 5:

Meluasnya Fitnah.

Meluasnya Fitnah ( fitnah al ahlas atau peperangan, sarra’ atau kemewahan yang melimpah ruah, ad duhaima’ atau pemimpin yang jahat dan diskriminasi manusia (كثرة الفتن( الأحلاس,السراء,الدهيماء) وتمايز الناس)

ن عبد الله بن عمر رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال في حديث طويل:«…..ثم فتنة السراء: دخانها من تحت قدم رجل من أهل بيتي يزعم أنه مني وليس مني وإنما أوليائي المتقون ثم يصطلح الناس على رجل كورك على ضلع (صححه الألباني في صحيح أبي داوود والسلسلة الصحيحة وأحمد شاكر في مسند الإمام أحمد رحمهم الله جميعا وغيرهم كثير, ورواه الحاكم وصححه وأقره الذهبي)
Terjemahan:
“Kemudian Fitnah Sarra’, kotoran atau asapnya berasal dari bawah kaki seseorang dari Ahlul baitku, ia mengaku bahagian dariku, padahal bukan dariku, kerana sesungguhnya waliku hanyalah orang-orang yang bertaqwa. Kemudian manusia bersepakat pada seseorang seperti bertemunya pinggul di tulang rusuk, “

Tahqiq hadith:
HR abu Daud, Ahmad dan al Haakim
لراوي: عبدالله بن عمر – خلاصة الدرجة: إسناده صحيح – المحدث: الألباني – المصدر: السلسلة الصحيحة – الصفحة أو الرقم: 974
dinilai sahih oleh Syeikh al-Albani, Ahmad Syakir dan al Haakim.

Fiqh hadith:
Fitnah sarra’ ialah fitnah orang yang mendakwa pengikut ahlul bait atau habib atau syiah.
Berjaya meraih kekuasaan, harta dan kemasyhuran. Kemudian fitnah al duhaima’.

قال صلى الله عليه وسلم :«ثم فتنة الدهيماء(يعني العظيمة الكبيرة): لا تدع أحدا من هذه الأمة إلا لطمته لطمة فإذا قيل انقضت تمادت وزادت يصبح الرجل فيها مؤمنا ويمسي كافرا حتى يصير الناس إلى قسطاطين .فسطاط إيمان لا نفاق فيه وفسطاط نفاق لا إيمان فيه فإذا كان ذاكم فانتظروا الدجال من يومه أو من غده

Terjemahan:
“Kemudian Fitnah Duhaima’ yang tidak membiarkan ada seseorang dari umat ini kecuali dihentamnya. Jika dikatakan: ‘Ia telah selesai’, maka ia justeru berlanjutan, di dalamnya seorang pemuda pada pagi hari beriman, tetapi pada petang hari men­jadi kafir, sehingga manusia terbahagi menjadi dua khemah, khemah keimanan yang tidak mengandungi kemunafikan dan khemah kemunafikan yang tidak mengandungi keimanan.

Jika itu sudah terjadi, maka tunggulah kedatangan Dajjal pada hari itu atau esoknya.

Takhrij seperti diatas.

Fiqh hadith:
Fitnah duhaima; ialah era umat Islam dipimpin oleh kegelapan, pemimpin yang teruk dan keadaan umat yang terbahagi dua, mukmin sejati (yang jumlahnya amat sedikit) dan kebanyakannya menjadi munafik. Fitnah duhaima’ atau kelam yang hitam ini amat lama dan perit dirasai oleh umat Islam.

Hadith 6:
Munculnya 30 Dajjal.

عن سمرة بن جندب رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«وإنه والله لاتقوم الساعة حتى يخرج ثلاثون كذابا آخرهم الأعور الدجال ممسوح العين اليسرى ( رواه أحمد وابن حيان وابن خزيمة والحاكم وصححه وقد تقدمت هذه العلامة برفم(11)من العلامات الصغرى)
Terjemahan:
“Dan sungguh demi Allah, tidak akan bangkit hari kiamat sehingga muncul 30 pendusta, dan yang terakhir dari mereka adalah yang buta sebelah, Ad-Dajjal.”
HR Ahmad, Ibn Hibban, Ibn Khuzaimah, al Haakim, disahihkan olehnya.

Sila lihat TKK no 11 👆🏿
imam Ibn Hajar, al Fath, Jld 6, ms 617..”

“30 dajjal itu adalah yang berskala mega, besar, memiliki kekuatan dan syubhah yang dibawanya paling besar.”

Komen dan Soalan