Utama Fikih Asma'ul Husna Asma’ul Husna: Tauhid

Asma’ul Husna: Tauhid

407
0
Iklan

Tauhid yang merupakan tujuan utama diciptakannya manusia terbahagi menjadi dua:

Tauhid Ma’rifah (kenal) dan Ithbat (penetapan); ini mencakupi iman kepada rububiyah, nama, dan sifat-Nya.

Tauhid Iradah (kehendak) dan Thalab (tuntutan); ini adalah Tauhid ibadat.

[Ini adalah pembahagian ilmu Tauhid kepada dua (berlainan sedikit dengan tauhid 3). Akan tetapi ia tetap sama sahaja kerana Tauhid Rububiyah dan Asma wa Sifat dimasukkan sekali dalam Tauhid Ma’rifah.

Tauhid Iradah dan Thalab itu kalau dalam Tauhid 3 dipanggil Tauhid Uluhiyyah.

Jadi ilmu tentang Asma’ul Husna ini memang berkait dengan ilmu Tauhid. Maka ia amat penting sekali. Kalau belajar Tauhid 3, Tauhid ke 3 itu adalah Asma’ wa Sifat. Tauhid ini memang berkenaan Asma’ul Husna. Jadi ilmu Tauhid tidak lengkap kalau tidak ada ilmu Asma’ul Husna ini]

Adapun dalil yang pertama [Tauhid Ma’rifah & Ithbat] adalah Firman Allah ‎ﷻ:

اللَّهُ الَّذي خَلَقَ سَبعَ سَمٰوٰتٍ وَمِنَ الأَرضِ مِثلَهُنَّ يَتَنَزَّلُ الأَمرُ بَينَهُنَّ لِتَعلَموا أَنَّ اللَّهَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَد أَحاطَ بِكُلِّ شَيءٍ عِلمًا

“Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan sebagaimana itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu. ” At-Thalaq:12

[Allah ‎ﷻ yang mencipta alam ini. Maka Dialah Al-Khaaliq. Kita kena kenal Dia dan tetapkan Dia sebagai Pencipta kita dan alam ini]

Dan dalil yang kedua [Tauhid Iradah dan Thalab] adalah Firman Allah ‎ﷻ,

وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. ” Dzariyat: 56.

Yang pertama, Allah ‎ﷻ menciptakan agar kalian mengenal (Allah ‎ﷻ) dan yang kedua, Allah ‎ﷻ menciptakan agar kalian beribadah (kepada-Nya). Oleh kerana itu, Tauhid adalah ilmu dan amal. Banyak sekali ayat Al-Qur’an yang menyebutkan tentang perintah untuk mempelajari ilmu yang mulia ini dan untuk memperhatikan pokok yang agung ini.

[Maka kita kenal belajar Asma’ul Husna untuk kenal Allah ‎ﷻ. Selepas kenal, kenalah buat amal kerana apabila kita sudah kenal Dia, maka kita hendak mengagungkan Dia. Macam kita kenal ayah kita, takkan setakat kenal sahaja. Kenalah kita hormat dia, tolong dia, mengaku menjadi anak dia, bukan? Maka dengan Allah ‎ﷻ pun, ada hak Dia.

Bila kita rasa takjub dengan Allah ‎ﷻ, tentu kita ingin melakukan ibadat kepada-Nya. Kita hendak berkomunikasi dengan Dia, hendak minta tolong kepada-Nya, dan macam-macam lagi. Namun hendaklah dimulai dengan kenal terlebih dahulu. Ini kerana: Tidak kenal maka tidak cinta, bukan?]

Komen dan Soalan