Utama At-Tazkirah Qurthubi At-Tazkirah Qurthubi: Islam Merawat Gejala Bunuh Diri

At-Tazkirah Qurthubi: Islam Merawat Gejala Bunuh Diri

168
0
Iklan

At-Tazkirah Qurthubi (W.671H)
Kod TQ 1:9

Islam Merawat Gejala Bunuh Diri (suicide)

و روى عن سهل بن عبد الله التستري أنه قال : لا يتمنى أحدكم الموت إلا ثلاثة : رجل جاهد بما بعد الموت أو رجل يفر من أقدار الله تعالى عليه . أو مشتاق محب للقاء الله عز و جل .

Atsar Riwayat Sahl bin Abdullah al Tusturi (ahlu sufi, wafat 283H, Khazakhstan) berkata: “Janganlah salah seorang kamu mengharapkan untuk mati kecuali tiga golongan berikut:
1. Lelaki dungu yang tidak mengerti apa selepas maut
2. Seseorang yang lari daripada taqdir Allah ke atasnya
3. Seseorang yang terlalu rindu dan menyintai pertemuan dengan Allah AWJ.
(Komentar daripada Sadiq Muhammad, Muhaqqiq al tazkirah, tidak ditemui sumber atsar ini)

Kod TQ 1:10

Kisah Israeliyat

و روي أن ملك الموت عليه السلام جاء إلى إبراهيم عليه السلام خليل الرحمن عز و جل ليقبض روحه . فقال إبراهيم : يا ملك الموت هل رأيت خليلاً يقبض روح خليله ؟ فعرج ملك الموت عليه السلام إلى ربه فقال قل له : هل رأيت خليلاً يكره لقاء خليله ؟ فرجع فقال اقبض روحي الساعة


“Diriwayatkan (indikasi dhaif) ketika Malakul Maut a.s mendatangi Nabi Ibrahim a.s Khalil ar Rahman untuk mencabut rohnya. Maka Ibrahim berkata kepada malaikat, “Wahai malakul maut, pernahkah engkau nampak seorang kekasih akan mencabut nyawa kekasihnya?” Maka malakul maut naik menemui dan melaporkan hal itu kepada Allah SWT. Lalu Allah SWT berfirman, “Katakan kepadanya (Ibrahim), “Apakah seorang kekasih tidak suka bertemu kekasihnya?” Lantas Malakul maut turun semula dan mengkhabarkan firman Allah SWT tersebut, lantas Ibrahim berkata, “Cabutlah roh aku sekarang juga.”

HR Abu Nu’aim dalam al Hilyah (9:10) dengan sanad yang maqtu’ (terputus), al Zamakhsyari, Rabi’ al Abrar, 4:191 tanpa sanad. Kata muhaqqiq, Dr Sadiq Muhammad, kisah Israeliyaat.

Komen dan Soalan