Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Kopi, Khasiat atau Mudarat?

Soal Jawab Bersama Doktor: Kopi, Khasiat atau Mudarat?

173
0
Iklan

Kopi merupakan sumber utama untuk kafein, namun jumlah kafein sebenarnya berbeza dalam kopi yang anda minum; bermula dari hampir kosong sehingga lebih dari 500mg. Secara purata, secawan kopi mempunyai antara 95 – 180mg kafein.

Soalan:
Adakah dengan minum kopi akan menghilangkan rasa mengantuk?

Jawapan:
Kafein dikenali juga sebagai sejenis bahan yang menggalakkan kewaspadaan, dalam ertikata lain ia diambil dan bertindak sebagai perangsang (stimulant). Oleh itu ia selalu diambil oleh kebanyakan orang selepas bangun dari tidur untuk tujuan fokus pada siang hari. Selain daripada kopi, nescafe dan koko juga mengandungi kafein.
Di dalam tubuh kita ada bahan yang akan menggalakkan dan memberi kita rasa mengantuk iaitu Adenosin. Di sini, kafein berfungsi menghalang reseptor adenosin untuk mengelakkan kita dari mengantuk.

Soalan:
Apakah kesan sampingan kopi?

Jawapan:
Dalam dos yang sederhana, kafein boleh meningkatkan kuasa fokus, tetapi dalam masa yang sama, terutama jika ia terlalu kerap diambil dalam kuantiti yang berlebihan, ia menjadi punca kepada punca sakit kepala, gugup dan pening, kebimbangan, denyutan jantung cepat, kencing berlebihan dan gangguan tidur.

Soalan:
Adakah kopi tidak boleh diminum jika seseorang itu menghidap penyakit-penyakit lain?

Jawapan:
Minuman kopi atau berkafein perlu dielakkan bagi mereka yang menghidap penyakit berikut:

• Gastrik atau pedih ulu hati
• Masalah jantung – denyutan jantung menjadi semakin laju selepas minum kopi
• Gangguan mental – mudah merasa cemas
• Gangguan pada pencernaan
• Cirit-birit – kopi membawa kesan sebagai laksatif ataupun minuman yang merangsang       pembuangan air besar
• Insomnia – sukar tidur dan menjejaskan pola tidur
• Darah tinggi
• Sakit gigi – kandungan gula yang tinggi dalam kopi
• Kencing manis – kandungan gula yang tinggi
• Migrain dan sakit kepala
• Osteoporosis
• Wanita hamil

Allah menjadikan sistem badan manusia sangat sempurna, andai kita cuba mengubahnya akan berlaku gangguan dalam badan kita. Apabila adenosin berterusan disekat dari menjalankan kerjanya, tubuh akan menghasilkan lebih banyak reseptor adenosin. Jika ini berlaku, badan akan memerlukan lebih banyak kafein untuk menghalangnya. Ini akan menjadikan tabiat minum kopi semakin menjadi-jadi dan menyebabkan anda memerlukan lebih banyak kafein untuk berjaga sehingga menjadi suatu ketagihan.
Apabila seseorang itu cuba berhenti minum kopi atau sekiranya beliau tertinggal minum kopi dalam menu seharian, beliau mungkin akan mengalami tindakbalas seperti merasa lebih letih berbanding jika beliau minum kopi pada hari tersebut. Lebih membahayakan kerana kafein bukan sekadar menghalang adenosina, tetapi juga boleh meningkatkan tahap adrenalin dan merangsang mood. Ini hampir menyamai kesan pengambilan kokain tetapi pada tahap yang lebih rendah.

Komen dan Soalan