Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah FIQH HAK PEMBAYAR DAN PENERIMA ZAKAT FITRAH

FIQH HAK PEMBAYAR DAN PENERIMA ZAKAT FITRAH

379
0
Iklan

Pengenalan
Pembayaran Zakat fitrah mengikut 4 mazhab
1. Di sisi mazhab Hanafi, zakat fitrah boleh dibayar dengan wang tunai.
*Apakah yang dimaksudkan dengan fiqh andaian ‘Iftiradi’?*
Fiqh ini dipelopori oleh mazhab Hanafi.

Contoh:
Zakat fitrah dibolehkan dalam bentuk tunai duit kertas kerana mazhab tersebut andaikan masa hadapan memang akan wujud matawang seperti “kertas”.

2. Di sisi mazhab Hanbali dan Syafi’iy tidak sah melainkan dengan beras, gandum atau kurma.

Apakah hukum tidak membayar zakat fitrah kerana terlupa?

Hendaklah bertaubat jika sengaja melewatkan zakat fitrah tanpa uzur, dan beristighfar di atas kecuaian tersebut. Ini kerana kewajipan setiap Muslim ialah mengeluarkan zakat sebelum salat hari raya sebagaimana dalam hadith sahih.
Zakat yang tidak dikeluarkan pada waktunya wajib diqadha’ kerana ia dikira hutang dengan Allah ﷻ, dan hutang dengan Allah ﷻ paling berhak untuk ditunaikan.
Tidak ada fidyah atau kafarah lain, selain qadha’ zakat tersebut.
Rujukan:
1. Muhalla, Ibnu Hazm 6/143.
2. Fatawa Lajnah Daimah no:14359.
3. Ahkam Sadaqah al-Fitr.
    Mahmud al-Khuza’ie m/s 59
   (Ihsan web AAN)

HAK BAGI PEMBAYAR ZAKAT
1. Sampai bilakah seorang bapa wajib membayar zakat fitrah buat anaknya?

Seorang bapa wajib membayar zakat tanggungannya, yakni siapa yang dia tanggung, maksudnya menjaga nafkah kerana belum ada pendapatan sendiri.

Ini termasuk isteri, anak-anak, kedua ibubapa, nenek dan datuknya. Kalau zaman dahulu ialah hamba yang dia miliki. Anak-anak pula sehingga mereka mampu memiliki pendapatan sendiri.
[ Ibn Qudamah, al Mughni, 7:169 ]

2. Wajibkah seorang anak lelaki yang baligh berniat dalam hati untuk membayar zakat apabila zakat fitrah itu dibayar oleh bapanya? Adakah zakatnya tidak sah jika dia tidak berniat atau tidak ambil peduli jika bapanya dia bayar zakat?

Yang berniat adalah ayah tersebut kerana dia yang mengeluarkan zakat untuk tanggungannya dan niat itu sudah memadai. Anak tersebut tidak perlu berniat kerana ibadat zakat itu dilakukan oleh orang yang menanggungnya. Anak yang di bawah tanggungan ayah yang mengeluarkan zakat tersebut kecuali anak itu mampu menjana pendapatan sendiri.

3. Bolehkah zakat diberi daripada seorang ayah atau ibu kepada anak-anak yang telah dewasa sekiranya mereka sudah bekerja tetapi pendapatan tidak mencukupi termasuk yang sudah berkahwin?

i) Pertama: agihan zakat ni urusan penguasa, yakni sultan bukan diagihkan individu
ii) Kedua: anak dan ayah tidak boleh beri zakat, sebab hubungan anak dan ayah ialah nafkah bukan zakat.
● Zakat = obligasi sosial, kepada masyarakat luar.
● Nafkah = menanggung bebanan ahli keluarga terdekat.

4. Adakah golongan fakir miskin juga perlu mengeluarkan zakat?

✅ Ya.
Ini kerana zakat fitrah untuk membersihkan diri dan keluarganya pada 1 Syawal. Jika dia benar-benar fakir, langsung tidak ada makanan atau wang, maka gugurlah kewajipan.
Ditanya kepada Imam Ahmad الله‎ رحمه

إِذَا كَانَ عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ فَمَا فَضُلَ عَنْهُ لِيُؤَدِّي

“Jika dia memiliki bahan makanan yang cukup untuk satu hari maka sisanya ditunaikan untuk zakat.”
Beliau ditanya lagi, “Jika dia tidak memiliki apa pun?”
Imam Ahmad الله‎ رحمه menjawab, “Beliau tidak wajib membayar zakat apa pun.”
[Al-Masail Imam Ahmad, Abu Daud no.1:124]
Maka, walaupun si fulan menerima zakat fitrah, tetapi jika ada berbaki sebelum 1 Syawal, maka dia hendaklah mengeluarkan zakat juga.

5. Adakah orang yang berkerja di luar negara selama sebulan semasa Ramadhan perlu membayar zakat fitrah di negara tersebut?

✅ Ya, bayar.
Amaun zakat sangat kecil. Nisbah amaun di Malaysia cuma Rm 7.00 sahaja, maka perlu lakukan semakan dengan pejabat agama di tempat berkerja di negara tersebut.

6. Adakah kanak-kanak yang mempunyai pendapatan wajib dikenakan zakat?

✅ Ya, wajib.
Ini kerana kewajipan zakat tidak mensyaratkan berakal dan akil baligh. Maka jika kanak-kakak mempunyai harta yang banyak yang diwarisi daripada ibu bapanya, maka penjaganya wajib keluarkan zakat untuknya juga.

7. Adakah koleksi seperti pakaian, kasut dan beg tangan yang berjenama dan mahal yang melebihi harga barangan kemas, perlu dikeluarkan zakat?
Contoh:
Koleksi pakaian, kasut dan beg tangan berjenama dan mahal harganya tidak dipakai dan tersimpan di dalam almari .

Apa sahaja yang didiamkan syariat, maka tiadalah hukumnya.
Firman Allah ﷻ ,

َٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَسْـَٔلُوا۟ عَنْ أَشْيَآءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْـَٔلُوا۟ عَنْهَا حِينَ

يُنَزَّلُ ٱلْقُرْءَانُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا ٱللَّهُ عَنْهَا ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.”
[ Al Maidah: 101 ]

8. Suami tiada pendapatan kerja ( malas bekerja, tubuh badan sihat, makan tidur sahaja) bolehkah isteri yang bekerja membayarkan zakat fitrah?

Ia isu khilaf, menurut Dr Abdul Karim Zaidan, [ al-Mufassal, 1:455 ], jika suami tidak ada pendapatan dan isteri ada pendapatan, hukum asal, suami hanya bayar untuk dirinya sahaja. Suami dan anak-anak gugur. Tetapi jika isteri hendak bayar untuk suami dan anak-anak juga maka sah.

9. Apakah hukum membayar zakat melalui transaksi bank kepada penerima zakat tanpa penerima dimaklumkan?
Contoh:
Pembayaran zakat ke sekolah tahfiz atau maahad.

Jika mengikut hukum asal, kita tidak boleh agihkan sendiri zakat dengan amaun yang besar.

i) Ada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) seperti negeri Kelantan yang membenarkan agihan sendiri sebahagian daripada zakat harta. Sila buat semakan dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di mana anda menetap dahulu. Ini kerana urusan zakat harta adalah urusan Pusat Pungutan Zakat Negeri (PPZN).

ii) Jika diagihkan sendiri zakat tersebut, tiada masalah penerima tidak tahu ia adalah wang zakat. Cuma jika ia institusi, lebih baik anda maklumkan kepada pengurusan maahad. Jika agihan pada individu, maka boleh sahaja anda rahsiakan

10. Apakah hukum memindahkan zakat fitrah ke negara lain?

i) Memindahkan zakat dari negeri orang yang mengeluarkannya ke negeri lain jika keadaan itu membawa maslahat hukumnya boleh.

ii) Jika orang yang mengeluarkan zakat itu mempunyai saudara mara yang berhak menerima zakat di negeri lain dan zakat itu dikirim kepadanya, maka hukumnya boleh.

iii) Begitu juga jika sara hidup di negeri itu tinggi, lalu dia mengirimnya ke suatu negeri yang lebih miskin, hal itu juga boleh.

iv) Sekiranya tidak ada kemaslahatan dalam memindah zakat dari negeri satu ke negeri lain, maka sebaiknya tidak perlu dipindahkan.
● Sumber:
Tuntunan Tanya Jawab Aqidah, Salat, Zakat, Puasa dan Haji.
Fatawa Arkanul Islam.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Darul Falah, 2007.

11. Seorang pelajar wanita yang baru bertolak untuk belajar di Mesir, tidak sempat mengqadha’kan puasanya hingga terlepas Ramadhan berikutnya:
i. Adakah fidyah yang dibayarnya perlu mengikut makanan asasi diMesir, bagi setiap hari yang tidak sempat qadha’ itu?
ii. Adakah zakat fitrahnya juga perlu dibayar di Mesir mengikut makanan asasi di sana?

Semua bayar di Mesir. Lagipun Mesir sekarang memang miskin.

12. Hukum membayar zakat fitrah di tempat lain mengikut mazhab syafi’iy

حاشية إعانة الطالبين الجزء 2 صحيفة : 212 مكتبة دار الفكر                                                 (إِعْلَمْ) رَحِمَكَ اللهُ إِنَّ مَسْأَلَةَ نَقْلِ الزَّكَاةِ فِيْهَا اخْتِلاَفٌ كَثِيْرٌ بَيْنَ الْعُلَمَاءِ، وَالْمَشْهُوْرُ فِيْ مَذْهَبِ الشَّافِعِيِّ امْتِنَاعُ نَقْلِهَا إِذَا وُجِدَ الْمُسْتَحِقُّوْنَ لَهَا فِيْ بَلَدِهَا

“Sesungguhnya masalah memindah zakat terdapat khilafiyah di antara ulama’ .
Menurut pendapat yang masyhur dalam mazhab syafi’iy adalah melarang memindah zakat pada daerah lain, apabila pada daerah tersebut ditemukan orang-orang yang berhak menerima zakat.
[ Hasyiah I’anah at-Tolibin, 2:212 ]

HAK BAGI PENERIMA ZAKAT

1. Adakah orang yang berhutang boleh memohon bantuan zakat berdasarkan dalil al-Qur’an di bawah ini?
Firman Allah ﷻ:

۞ إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلْفُقَرَآءِ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْعَٰمِلِينَ عَلَيْهَا وَٱلْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِى ٱلرِّقَابِ وَٱلْغَٰرِمِينَ وَفِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
[ At-Taubah: 60 ]

✅ Ya, boleh.
Pejabat Pembahagian Zakat akan mengkaji permohonan anda.

2. Adakah alternatif lain jika mahu keluarkan zakat tetapi tidak ditemui langsung golongan fakir atau gelandangan?

Kumpulan yang menerima zakat fitrah:

● Mazhab Asy- Syafi’iy:
8 asnaf semua boleh diberikan zakat fitrah, tidak ada beza.
● Cuma yang khusus untuk fakir miskin ialah mazhab Maliki. Jika ingin memegang pendapat mazhab Maliki, mesti ketahui takrifan fakir dan miskin terlebih dahulu.
Fakir = orang yang tidak ada sebarang pekerjaan dan pendapatan. Fakir lebih teruk keadaannya.
Miskin = orang yang mempunyai pekerjaan ada pendapatan tetapi tidak mencukupi.
Rumusan:
Sekiranya tidak mampu hendak mencari golongan fakir dan miskin, maka jalan terbaik serahkan zakat fitrah kepada amil.

3. Apakah keturunan ‘Syed’ haram menerima zakat?

Fuqaha’ Hanafi iaitu Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusof membolehkan keluarga Bani Hashim menerima zakat. Huraian mereka adalah seperti berikut:

Di zaman Nabi ﷺ keluarga Nabi ﷺ “Zawil Qurba, “menerima agihan al-Fa’iy serta ghanimah. Maka, mereka tidak menerima zakat itu adalah kerana mereka sudah menerima harta al-Fa’iy.
Apabila tiba zaman Abu Bakar dan Umar رضي الله عنهما agihan harta al-fa’iy ini dihentikan kerana negara memerlukan belanjawan yang besar. Maka, apabila bantuan kewangan yang biasa diberikan kepada mereka dihentikan, mereka berhak menerima zakat sebagaimana orang lain.
Inilah juga pendapat:
1. Imam at-Tabari [Imam at-Tohawi, Syarh Ma’aani al-Athar: no. 2/10-11].
2. Fathul Bari no .3/276; Nailul Awthar Syarh Muntaqa al-Akbar:4/172-173.
3. Dr Shalabi, Ta’lil al-Ahkam, Dar an-Nahdah, Beirut, 1981, muka surat 370.
Manakala jumhur ulama’ keturunan ‘Syed’ tidak boleh menerima zakat.

4. Apakah hukum seorang suami memberi nafkah kepada isteri pertama sahaja dan tiada nafkah untuk isteri kedua atas alasan isteri kedua mendapat bantuan zakat setiap bulan?

Syarat utama berpoligami ialah berkemampuan atau kaya. Di akhirat nanti akan berjalan dalam keadaan senget.
Dalil hadith:
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ امْرَأَتَانِ فَمَالَ إِلَى إِحْدَاهُمَا جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ

“Siapa saja orang yang memiliki dua isteri dan lebih cenderung kepada salah satunya, maka pada hari kiamat kelak ia akan datang dalam keadaan sebahagian tubuhnya senget”
[ Silsilah al-Sahihah no. 2017 ]

Komen dan Soalan