Utama Talbis Iblis Talbis Iblis: Sambungan Cara Iblis Menipu Manusia

Talbis Iblis: Sambungan Cara Iblis Menipu Manusia

480
0
Iklan

Sambungan Bagaimana Cara Iblis Menipu Manusia.

Syaitan akan membisikkan manusia untuk mengambil, makan, melakukan perkara yang haram.

Haram pula terbahagi kepada dua:

1. Dzatiyah – Asalnya sudah haram contoh makan babi.

2. Ibtisabi – Asalnya tidak haram namun oleh kerana salah cara menggunakannya, maka ia menjadi haram. Contohnya ambil riba. Berniaga tidak salah tetapi riba salah; makan ayam tidak salah, tetapi beli ayam dengan duit yang haram itu salah.

Dari segi haram dzatiyah, orang Islam jarang buat. Kecuali orang yang teruk benar lah melanggarnya tanpa rasa bersalah macam makan babi (ada juga orang Islam makan babi), minum arak, berzina etc.

Yang ini syaitan susah hendak tipu. Kerja susah sangat sebab orang kita memang dari kecil sudah tahu babi haram, arak haram.

Tetapi bab ibtisabi itu yang syaitan banyak berjaya kerana haramnya tidak nampak dengan jelas.

Bagi rasuah contohnya: “alaaa aku bagi sikit sikit”.

Riba: “kalau tidak pakai riba, macam mana nak beli rumah?”

Beli makanan dan pakaian dengan duit haram: “sikit jer aku ambik…”

Ada persoalan dan kekeliruan dalam masyarakat:

Kalau seseorang itu membuat dosa tanpa diketahui bahawa perbuatan itu berdosa? Adakah dia berdosa ataupun tidak?

Dia tetap berdosa sebab jahil dalam agama tidak boleh dijadikan alasan. Kalaulah jahil itu merupakan satu alasan yang boleh diterima, lebih baik kita semua menjadi jahil belaka. Nanti di hadapan Allah ‎ﷻ , jawab sahaja: Tidak tahu.

Dalilnya adalah [Nisa:17]

إِنَّمَا التَّوبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذينَ يَعمَلونَ السّوءَ بِجَهالَةٍ ثُمَّ يَتوبونَ مِن قَريبٍ

Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera

Diterima taubat daripada orang yang jahil, membuat dosa kerana tidak tahu.

Tetapi kita baca: Mereka sudah membuat salah, kemudian ‘bertaubat’ kerana mereka jahil dahulu.

Kalau mereka tidak salah kerana ‘tidak tahu’, habis kenapa kena ‘bertaubat’? Boleh nampak hujahnya?

Maka, ini penting kerana Iblis tidak suka manusia belajar agama. Iblis suka kalau manusia jahil supaya senang mereka ditipu. Maka salah satu penipuan yang hebat adalah: “Takpa, kalau kau tak tahu, tak berdosa”.

 

 

Komen dan Soalan