Utama Bilik Motivasi Presuposisi 7: Anything Can Be Accomplished If We Break It Down Into...

Presuposisi 7: Anything Can Be Accomplished If We Break It Down Into Small Enough Pieces

239
0
Iklan

Siri Pengenalan NLP Oleh Azlizan Nueq


7. Anything can be accomplished if we break it down into small enough pieces.

Apa sahaja boleh dicapai kalau kita pecahkan menjadi bahagian yang kecil”.

Selalunya kita ada harapan yang tinggi untuk mencapai sesuatu. Tetapi apabila kita lihat harapan itu terlalu besar buat kita, maka selalunya kita melupakannya sahaja.

Nothing is particularly hard if you divide it into small jobs.”

― Henry Ford

 

Saya selalu tanya orang: “Bagaimana nak makan gajah?”
Jawapannya: “Makan sikit-sikit sebab kalau makan banyak sekaligus, tentu tidak mampu.”

 

Maksudnya, jangan kita lihat keseluruhan tugas yang berat kerana kita akan rasa tidak mampu untuk melakukannya. Tetapi kalau kita pecahkan tugas yang besar itu menjadi beberapa bahagian yang kecil, maka kita boleh buat bahagian yang kecil itu terlebih dahulu.

Yang penting, mulakannya. Kerana kalau tidak dimulakan, sampai bila pun tidak akan terjadi. Dan orang yang tidak mulakan itu kerana mereka lihat kerja itu terlalu besar sampai mereka merasakan yang mereka tidak mampu. Maka cara untuk memulakan sesuatu adalah pecahkan mengikut saiz yang kita mampu buat terlebih dahulu.

Pepatah Cina ada mengatakan:
千里之行,始於足下
“Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah”.

-Lao Tzu

 

Maka ambillah langkah itu, buat sahaja apa yang kita boleh buat. Mulakan dahulu apa yang kita boleh lakukan.

Pernah juga orang tanya saya bagaimana saya boleh menulis dengan banyak serta mengajar banyak kelas. Dia rasa kalau dia yang buat, tentu dia tidak mampu kerana banyak sangat.

Saya selalu jawab: Saya terus buat sahaja. Saya tidak fikir banyak sangat kerana kalau fikir-fikirkan, akhirnya otak akan berikan alasan-alasan kenapa tidak patut buat. Padahal kalau buat terus sahaja, otak akan cari cara untuk menjadikan misi itu berjaya.

Maknanya saya tidak fikirkan betapa besarnya tugas itu, apakah kesannya nanti secara jangka panjang. Saya terus buat sahaja kerana kalau saya fikirkan semua perkara itu, maka tentu saya tidak jadi buat. Tentu saya ingin ‘kaji’ dahulu, ingin ‘fikirkan’ dahulu dan berbagai-bagai lagi alasan saya. Pada saya, kita tidak perlu hendak “overthink” (terlalu fikirkan) sesuatu perkara itu.

Plunge boldly into the thick of life, and seize it where you will, it is always interesting.”

-Johann Wolfgang von Goethe.

 

Saya beri satu analogi yang mungkin semua orang boleh faham. Pernah ataupun tidak anda hendak mandi di sungai, kolam renang dan anda rasa airnya amat sejuk bila rasa dengan jari? Kalau dilayan takut sejuk itu, sampai habis anda tidak akan masuk kolam. Tetapi kalau anda terjun sahaja dalam kolam itu, sebenarnya sekejap sahaja sejuk itu, bukan? Selepas itu badan anda akan “normalize” (membiasakan) dengan suhu air dan anda akan dapat menikmati selesanya air itu.

Maka jangan fikir banyak, terus buat sahaja seperti cogan kata Nike: “Just Do It!” (Buat sahaja!)

Mari kita gabungkan dengan presuposisi sebelum ini (People have all the resources). Seperti yang telah disebut, manusia tahu apa yang dia perlu buat, maka kita arahkan soalan kepadanya:

NLP: ‘Awak kena lakukan X, maka apa anda rasa anda kena lakukan?’

Coachee: ‘Saya kena buat A, kemudian B dan kemudian C.’

Selalunya ada yang rasa A itu pun sudah susah dan berat. Maka kita minta dia pecahkan lagi. Mungkin A menjadi A1, A2 dan A3. Ini kerana kalau otak kita tengok perkara itu mudah sahaja, baru rasa senang hendak buat, bukan?

Bagaimana kalau kita hendak buat kepada diri sendiri? Mungkin anda susah untuk mencari pengamal NLP. Maka anda boleh tanya soalan itu kepada diri anda sendiri.

Contoh: “Untuk aku menjayakan projek ini, apa yang aku perlu lakukan?”

Kemudian pecahkan lagi mengikut proses yang boleh dilakukan: “Apa yang aku boleh buat dulu untuk hari ini ke arah menjayakan projek ini?”

Nota: penting untuk anda tanya diri anda dan tulis jawapannya dalam buku nota untuk rujukan balik.

Satu tips yang boleh saya kongsikan lagi: “Geniuses leaves clues” (orang bijak ada cara mereka yang kita boleh tiru). Kalau kita hendak membuka kedai basikal, tentulah kita belajar dari pekedai basikal. Maka ini adalah salah satu perkara yang kita boleh gunakan untuk memulakan sesuatu. Cari dan tanya orang yang sudah pernah buat. Telefon dia dan belanja dia makan sambil berbincang.

 

🔖📌

Soal Jawab:

Situasi begini berlaku:
Ada seorang insan ini yang tahu semua benda yang dia buat, maka kena buat sampai habis. Yang lain pakat tengok sahaja perkara ini berulang sampai akhirnya insan yang banyak berfikir dan ringan tulang itu dibuli sampai semua kerjanya terlalu banyak hendak dihabiskan.

Apakah perlu insan ini buat untuk mengelakkan stress dengan kerja yang bertambah-tambah pada asalnya hanya ingin menolong?


Anda kena belajar untuk berkata ‘tidak’.

Ini kerana kadangkala kita melalui fasa hidup yang mengajar kita kena kata ‘ya’ sahaja. Tidak tahulah sama ada di rumah atau di sekolah.

Ini menyebabkan keupayaan kita untuk berkata ‘tidak’ itu jadi lemah. Dalam Neuro Semantics Ini dipanggil meta-yes dan dan meta-no. Iaitu mengembalikan keupayaan untuk berkata ya dan tidak dari hati yang ikhlas, bukan kerana terpaksa.

Cuma katakan ‘tidak’ sahaja. Jangan ambil sesuatu yang kita tidak mampu lakukan. Kerana kalau kita kata ya dan kemudian menyusahkan diri kita maka itu tidak baik.

Komen dan Soalan