Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Fiqh As-Sunnah: Tatabu’ Al-Rukhas’

Fiqh As-Sunnah: Tatabu’ Al-Rukhas’

3323
0
Iklan

📚📖✍

🔴 Mohon penjelasan berkaitan istilah ‘Tatabu’ Al-Rukhas’.


Tatabu’ Al-Rukhas ( تتبـع الرخص ):
Bermaksud opportunis dalam beragama, hanya memilih pendapat yang mudah daripada semua mazhab. Ini adalah sikap orang munafiq.

Dalam beragama ada 4 kaedah:

1. Taqlid buta

Contoh:
Hanya diwajibkan satu mazhab sahaja dan kekal fanatik atau taksub dengan mazhab tersebut.

2. Taqlid

Mengikuti mana-mana ustaz atau mufti sebagai rujukan.

3. Ittiba’

Mengikuti mazhab atau imam mazhab dengan mengetahui dalil.

4. Nazhor

Boleh mentarjih dan mentahqiq pendapat para imam mazhab.

Ada pun sebagai orang awam jauhi yang nombor 1 dan terbaik ialah yang ke-3.

🔴 Adakah nazhor atau yang ke-4, sudah sampai ke tahap mujtahid?


Tidak.
Ia cuma tahap ustaz-ustaz dan penuntut ilmu . Mujtahid jarang sekali ditemukan.

Panduan bertaqlid.

Sekiranya anda masih ditahap bertaqlid:
Dalam agama, nas syara’ tertinggi adalah;

1. Al-Qur’an

2. As-Sunnah

Ketiga bukan mazhab. Ramai muqallid (orang yang bertaqlid) beranggapan selepas Al-Qur’an dan As-Sunnah, nombor tiga ialah mazhab. Ini aqidah yang salah.

Dalam dunia taqlid (ikut-ikutan) dalam agama, ada dua kaedah: Talfiq dan Tatabu’ Ar- Rukhas.

Perbezaan di antara talfiq dan tatabu’ ar-rukhas berdasarkan
kepada niat sahaja atau tujuan orang yang bertaqlid dan niat orang yang bertatabu’.

Talfiq:
Berpindah mazhab kerana mencari yang paling mudah dan ringan dengan niat bukan meremehkan agama, cuma bertujuan mencari keringanan kerana itulah tujuan syariat.

Dalil hadith:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَ ،عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (إِنَّ الدِّيْن يُسْرٌ، وَلَن يُشَادَّ الدِّيْنَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ

Terjemahan:
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi ﷺ, bersabda, “Sesungguhnya agama ini mudah. Tidak ada seorang pun yang mempersulitkan agama melainkan dia akan dikalahkannya”
[Bukhari, no. 39]

Contoh:

1. Dalam keadaan berwudhu’, seseorang mengikuti mazhab Syafi’iy, tetapi salat mengikut mazhab Hanafi.
Apabila pergi Mekah, berwudhu’ mengikut cara mazhab Malik dan Hanbali, tidak batal wudhu’ dengan menyentuh perempuan.

Contoh:

2. Bab najis, memilih pendapat mazhab Maliki, bahawa anjing dan babi hidup tidak najis.

Tatabu’ ar-rukhas:
Berpindah mazhab dengan niat malas, meremehkan agama, culas dan mencari yang paling senang walau pun dalilnya hadith dhaif.

Contoh:

1. Seseorang berkahwin dengan mengikut mazhab Hanafi, tanpa wali, kemudian mengikut mazhab Maliki tanpa dua saksi. Ini bertujuan untuk memperdayakan orang perempuan.

Niat sahaja yang membezakan.
Maka, kerana itu niat perlu dijaga dalam memilih imam dan mazhab.

Ulasan:

Talfiq adalah bertujuan mencari yang paling mudah dengan memahami roh agama itu mudah.

Manakala tatabu’ rukhas adalah bertujuan mencari yang paling mudah dengan mengikut hawa nafsu dan niat memperleceh agama.

Allahu a’lam.

@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah

Komen dan Soalan