Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Dalil Tazkirah di Kuburan

Dalil Tazkirah di Kuburan

824
2
Iklan

🔴 Adakah dalil mengenai Nabi ﷺ memberi tazkirah di kubur selepas pengebumian mayat?


Nabi ﷺ beri tazkirah kerana pada waktu itu kubur belum siap apabila penggali kubur berdepan dengan tanah yang banyak batu dan ia melambatkan. Jadi Nabi ﷺ beri tazkirah kerana sahabat sudah berhimpun.

◾️ Ini dalil Nabi ﷺ memberi tazkirah di kuburan kerana kubur belum siap digali.

Dalil hadith:

al-Barra’ bin Azib رضي الله عنه melaporkan dari perkuburan Baqi’ al-Gharqad:

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ فِي جَنَازَةِ رَجُلٍ مِنَ الْأَنْصَارِ، فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْقَبْرِ وَلَمَّا يُلْحَدْ,فَجَلَسَ رَسُولُ اللهِ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ كَأَنَّمَا عَلَى رُءُوسِنَا الطَّيْرُ وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ بِهِ فِي الْأَرْضِ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ، فَقَالَ: اسْتَعِيذُوا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ -مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا-…. الْحَدِيْثَ

“Kami keluar bersama Rasulullah ﷺ pada acara menghantar jenazah seorang lelaki dari kaum Anshar. Kami sampai ke kuburan sementara lahadnya belum siap. Rasulullah ﷺ duduk dan kami pun duduk di sekeliling beliau seakan-akan di atas kepala-kepala kami ada burung. Di tangan beliau ﷺ ada kayu untuk mencucuk-cucuk di tanah saat berfikir. Kemudian beliau mengangkat kepala dan bersabda, ‘‘Berlindunglah kepada Allah dari azab kubur–dua kali atau tiga kali dan seterusnya”
[HR. Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim. Al-Hakim: sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim, dipersetujui oleh adz-Dzahabi dan al-Albani. Hadith ini dinyatakan sahih pula oleh Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in dan Tahdzib as-Sunan Abu Daud]

◾️ Ini dalil Nabi ﷺ memberi tazkirah selepas pengebumian.

Dalil hadith:

Daripada Utsman bin Affan رضي الله عنه, beliau menceritakan:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ، فَقَالَ: «اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ، وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ، فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ»

Nabi ﷺ apabila selesai pengebumian jenazah, beliau berdiri di samping kuburannya lalu bersabda,

اسْتَغْفِرُوا لِأَخِيكُمْ، وَسَلُوا لَهُ بِالتَّثْبِيتِ، فَإِنَّهُ الْآنَ يُسْأَلُ

“Mintakanlah ampunan untuk saudara kalian, dan mintalah keteguhan untuknya kerana saat ini dia sedang diuji.”
[Abu Daud no. 3221, al-Hakim no. 1372, al-Baghawi dalam Syarhus Sunah 1523, dan sanadnya disahihkan ad-Dzahabi]

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

2 KOMEN

Komen dan Soalan