Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor — Masalah Berkaitan Ekzema

Soal Jawab Bersama Doktor — Masalah Berkaitan Ekzema

374
0
Iklan

Soalan:
Menurut pandangan doktor adakah ini penyakit ekzema? Ada masa dia gatal tergaru-garu tetapi hanya biji-biji ini yang timbul dan tidak ada air gatal dan tidak luka. Biji-biji ini terdapat pada kedua-dua belah tangannya.

Jawapan:
Biji seperti ini merupakan ruam yang sama. Kemungkinan ini adalah ekzema jenis “pompholyx” atau mungkin juga “scabies” (kudis buta). Sebaiknya periksa dan dapatkan rawatan di klinik kerana jika kudis buta, ia sangat mudah berjangkit.

Soalan:
Adakah ini tanda ekzema?

Jawapan:
Ini seperti jangkitan bakteria.

Soalan:
Ini adalah cucunda saya. Orang melayu kata ‘ruam susu’. Dia hanya minum susu badan. Bagaimanakah cara untuk merawatnya?

Jawapan:
Ini nampak seperti “atopic eczema” (ekzema atopik).

 

Soalan:
Saya ingin bertanya bagaimana penyakit ekzema boleh berkait dengan masalah mental? Benarkah ekzema menyebabkan hormon tidak seimbang?

Jawapan:
Ekzema berkait rapat dengan sistem imun, tetapi saya tidak pasti kaitannya dengan masalah mental. Berkemungkinan masalah mental boleh mempengaruh status imuniti seseorang yang seterusnya boleh menyebabkan ekzema.


Soalan:
Benarkah pesakit ekzema disarankan agar bertukar kepada barang-barang organik seperti sabun, syampu dan sebagainya kerana bahan kimia tidak bagus untuk kulit pesakit ekzema?

Jawapan:
Minimakan penggunaan apa jua bahan ke atas kulit termasuk sabun.

Soalan:
Saya ingin bertanya ubat yang di atas itu untuk penyakit apa? Adakah ia sejenis steroid?

Jawapan:
Ya, ia adalah sejenis steroid dan adakalanya mesti diambil jika asthma teruk, ekzema yang teruk atau pada keadaan tertentu. Kebaikannya kadangkala melebihi kesan sampingan.

Soalan:
Ini merupakan jari kaki seorang wanita baru sahaja bersalin. Jarinya bengkak. Sudah pergi ke hospital dan doktor hendak potong jarinya. Boleh berikan pendapat doktor?

Jawapan:
Nampak seperti ekzema atau “lichen planus” yang dijangkiti kuman. Jari itu perlu di x-ray untuk tahu sama ada tulang turut dijangkiti atau tidak. Jika tulang pun telah dijangkiti, maka jari tersebut perlu dipotong.

Komen dan Soalan