Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula SnJ : Permasalahan Wudhu’ (sambungan)

SnJ : Permasalahan Wudhu’ (sambungan)

975
1
cof
Iklan

1. Benarkah kefahaman saya bahawa jika kita mempunyai keyakinan mengenai sesuatu contohnya bab solat, jika kita yakin batal maka kena ulangi semula wudhu’ dan solat. Jika kita yakin tidak batal, maka kena teruskan sahaja solat. Tidak boleh duduk atas pagar dengan sikap ragu-ragu atau was-was. Kita kena membuat pilihan dengan yakin.

🔵 Bukan begitu. Maksudnya begini, apabila kita sudah yakin dengan wudhu’ kita kemudian timbul perasaan syak atau was-was bahawa wudhu’ kita itu batal kerana kentut dan sebagainya. Kita perlu tahu bahawa, perasaan syak telah batal tidak boleh mengalahkan keyakinan ada wudhu’. Maka, kita terus kekalkan bahawa kita masih ada wudhu. Perasaan syak dan was-was itu abaikan sahaja.

2. Apakah benar wanita tidak perlu membuka ikatan rambutnya ketika berwudhu’?

🔵 Ya. Mandi junub pun tidak perlu membuka ikatan rambutnya.

3. Bagaimana pula jika perempuan tidak membuka ikatan rambutnya ketika mandi junub, sudah tentu air tidak terkena bahagian dalam rambut?

🔵 Mandi junub bukan kita hendak membasuh rambut. Tetapi kita hendak membasuh kepala.

4. Adakah masih dalam tertib wudhu’ apabila membasuh tangan hingga ke siku dahulu sebelum menyapu kepala?

🔵 Ini memang sudah tertib.

Ada ulama seperti Imam Bukhari yang berpendapat tertib bukanlah syarat sah wudhu’. Namun, banyak juga yang mengatakan bahawa tertib adalah syarat. Maka, kita jagalah sahaja. Bukan susah pun hendak menjaga tertib syarat wudhu’.

5. Adakah wudhu’ tidak batal jika terkena najis/tahi?

🔵 Terkena najis tidak akan membatalkan wudhu’. Basuh sahaja. Contohnya, membasuh najis anak, tidak akan membatalkan wudhu’.

6. Adakah betul memasukkan air dengan cara menghirup air untuk berkumur dan menyedut air ke dalam hidung? Manakala cara mengeluarkan air pula, menghembus air dari hidung kemudian berkumur dan meluah di atas tangan kiri?

🔵 Menghembus air dengan tangan kiri itu adalah untuk hidung. Bukannya untuk berkumur.

7. Dengan berwudhu’, dapat menghapuskan dosa- dosa kecil kita. Apakah contoh dosa- dosa kecil yang terhapus apabila berwudhu’?

🔵 Dosa kecil yang kita tidak perasan pun kita buat. Contohnya, mata ternampak benda yang tidak patut kita nampak.

8. Adakah dosa mengumpat atau yang melibatkan orang lain juga akan terhapus apabila mengambil air wudhu’?

🔵 Dosa mengumpat itu sudah dianggap dosa besar. Sebab ada larangan dari Nabi Muhammad ‎ﷺ iaitu larangan ghibah/mengumpat.

9. Bolehkah membasuh kaki dengan cara membasahkan sahaja tanpa mengosok?

🔵 Sah menurut Mazhab Syafi’iy dan batal menurut Mazhab Malik.

Basuh itu seharusnya digosok bukannya membasahkan sahaja. Dalam Al-Quran menyebut basuh bukan basahkan.
Nanti saya akan sentuh bagaimana kita sepatutnya basuh (gosok).

10. Sahkah wudhu’ jika sekadar membasahkan tangan kemudian mengusap (menyapu) kaki?

🔵 Tidak sah, hanya anggota kepala dan telinga sahaja yang diusap (sapu), selain daripada itu perlu dibasuh.

11. Apakah melakukan percikan air itu setelah selepas membuang air kecil lalu dibersihkan kemudian memercikkan air ke atas kain atau seluar?

🔵 Kencing kemudian bersihkan, ambil wudhu’ dan akhir sekali percikkan air pada kain atau seluar.

12. Benarkah terdapat hadith’ Nabi ﷺ pernah mengambil wudhu’ dengan sekali basuhan bagi setiap anggota wudhu’?

🔵 Ya, memang ada hadith’ Nabi ﷺ mengambil wudhu’ dengan sekali basuhan, dua kali basuhan dan tiga kali basuhan bagi setiap anggota wudhu’.

13. Apakah dengan cara meratakan air itu kita menadah air di tapak tangan selepas itu alirkan pada anggota wudhu’ kemudian kita sapu anggota wudhu’ tersebut?

Bagaimana pula dengan cara syiah mengambil wudhu’?

🔵 Cara yang ditunjukkan itu betul. Tadah air dengan tapak tangan, basahkan anggota wudhu’ kemudian sapu (gosok) untuk meratakan air pada anggota tersebut.

Cara Syiah cukup sekadar basahkan tangan kemudian di sapu pada anggota wudhu’.

14. Apakah sah sekiranya kita membasuh lengan hanya sampai bawah siku sahaja disebabkan lengan baju yang sempit?

🔵 Sah sampai siku dan sebaiknya dilebihkan lagi ke atas siku

15. Bagaimanakah cara yang betul menggunakan “spray” untuk berwudhu’?

🔵 Jika menggunakan “spray” perlu banyakkan air supaya air yang di”spray” itu mengalir pada anggota wudhu’.

Tidak digalakkan untuk menggunakan “spray”. Lebih baik menggunakan air di dalam gelas atau botol air mineral sahaja.

16. Adakah haidh dan nifas membatalkan wudhu’?

🔵 Ya, batal wudhu’nya jika keluar secara normal kecuali darah istihadah kerana ia adalah satu penyakit.

17. Adakah sah wudhu’nya jika basuhan pertama tidak rata dan kemudian dibasuhkan buat kali yang ke-2?

🔵 Sah, kerana ia dikira satu basuhan sahaja.

18. Adakah air liur basi membatalkan wudhu’?

🔵 Terkeluarnya air liur basi tidak membatalkan wudhu’ tetapi yang membatalkan wudhu’ jika telah tertidur nyenyak hingga keluarnya air liur basi itu yang membatalkan wudhu’.

1 KOMEN

Komen dan Soalan