Utama Bilik (001) Fiqh Asasi Pemula SnJ mengenai Tatacara Wudhu’

SnJ mengenai Tatacara Wudhu’

602
0
Iklan

1. Adakah sah wudhu’ jika membasuh mulut dan hidung secara berasingan?

🔵 Sah.

2. Adakah dimaksudkan bahawa boleh berkumur – kumur dahulu sebanyak tiga kali, kemudian baru membasuh hidung?

🔵 Boleh. Jika dibuat sekali harung pun tidak mengapa.

3. Adakah beristinyaq dahulu kemudian berkumur – kumur itu menepati sunnah?

🔵 Mengikut susunan berkumur dahulu. Tertib ketika berwudhu’.

4. Adakah Nabi ‎ﷺ mengunakan air wudhu’ yang lain khas untuk membasuh janggut selepas selesai membasuh muka?

🔵 Ya. Baginda menggunakan air yang telah diasingkan khas untuk janggut baginda kerana janggut baginda lebat.

5. Benarkah kefahaman saya bahawa, tidak mengapa sekiranya tidak memasukkan air ke dalam hidung jika berasa sakit?

🔵 Jika sakit tidak perlu. Hukum Islam tidak memberatkan penganutnya.

6. Bolehkah membasuh janggut sekali dengan muka? Contohnya, membasuh muka sehingga di bawah dagu.

🔵 Jika janggut itu nipis maka, dibolehkan.

7. Bagaimanakah cara yang betul ketika menyapu air wudhu’ di anggota bahagian kepala?

🔵 Basahkan tangan dan sapu seluruh kepala. Basahkan sahaja sebab tujuan kita bukan hendak membasuh rambut.

8. Adakah sah wudhu’ sekiranya menyapu air wudhu’ di separuh bahagian kepala sahaja?

🔵 Sapulah di seluruh bahagian kepala. Keluar dari khilaf itu lebih selamat kerana ada mazhab yang mengatakan bahawa tidak sah wudhu’ jika tidak menyapu air wudhu’ di seluruh bahagian kepala.

9. Adakah terdapat pendapat yang mengatakan basahkan tangan kemudian masukkan jari ke lubang hidung?

🔵 Tidak pernah jumpa pendapat seperti ini. Ini dinamakan menggorek lubang hidung, bukannya istinshaq.

10. Adakah terdapat pendapat yang mengatakan menyapu air wudhu’ di anggota kepala dimulai dari depan ke belakang kemudian dari belakang ke hadapan?

🔵 Ya. Ada pendapat lain yang mengatakan kena undur (reverse).

11. Bolehkah mengusap kepala sekali dengan telinga sebanyak satu kali?

🔵 Ya.

12. Adakah menyapu wudhu’ di seluruh kepala itu maksudnya kena sampai ke tengkuk belakang?

🔵 sebelum tengkuk.

13. Bagaimana pula dengan wanita yang berambut panjang? Adakah perlu menyapu air wudhu’ di rambut dari depan ke belakang kemudian dari belakang ke hadapan ketika berwudhu’?

🔵 Bukan menyapu air wudhu’ di rambut tetapi menyapu air wudhu’ di kepala. Sapu setakat di bahagian kepala sahaja. Bukan sampai di hujung rambut.

14. Bagi seorang wanita pula, bolehkah menyapu air wudhu’ di kepala dan tengkuk sampai ke telinga terutamanya ketika mandi?

🔵 Tidak perlu sapu tengkuk. Sapu kepala dengan cara di atas boleh dilakukan pada bila – bila masa, tidak terhad hanya pada ketika mandi.

15. Bagaimana pula berwudhu’ dengan cara menitiskan air di atas kepala dan menyapu kepala?

🔵 Ya, ia juga salah satu cara berwudhu’.

16. Bilakah masa yang sesuai untuk membasuh telinga ketika berwudhu’?

🔵 Selepas menyapu kepala. Tidak perlu mengambil air yang baharu.

17. Adakah betul cara membasuh kepala sebanyak tiga kali dan membasuh telinga pula sebanyak tiga kali?

🔵 1. Sapu kepala, kemudian usap telinga.

Atau tambah lagi:
2. Sapu kepala, kemudian usap telinga.
3. Sapu kepala, kemudian usap telinga.

Bukannya menyapu kepala, kepala dan kepala. Kemudian telinga, telinga dan telinga.

18. Adakah menyapu air wudhu’ di kepala sebanyak sekali dengan cara dari depan ke belakang tanpa tidak perlu mengulanginya semula dari belakang ke hadapan itu merupakan pendapat yang rajih?

🔵 Ya. Sampai ada mazhab yang mengatakan cukup sekali sahaja.

Tetapi kalau dua atau tiga kali pun boleh.

19. Adakah memasukkan jari telunjuk ke lubang telinga sewaktu berwudhu’ itu sunnah? Dan bolehkah menggunakan selain dari jari telunjuk (membasuh telinga)?

🔵 Jari telunjuk, nanti kita akan sentuh dan ada mengatakan boleh dengan jari kelingking atau jari manis, ianya tidak benar. Boleh kita menggunakan jari lain sekiranya jari telunjuk tiada.

20. Adakah benar pendapat yang mengatakan pekap dengan telapak tangan dan basuh sehingga 9 basuhan dengan alasan telinga adalah anggota yang paling banyak maksiat?

🔵 Tiada cara lain dalam membasuh anggota telinga dan ini merupakan rekaan.

21. Apakah batal solat sekiranya masih terdapat tompokkan darah di tangan?

🔵 Tidak membatalkan solat.

22. Apakah perasaan ragu-ragu disebabkan tidak tahu sesuatu hukum boleh membatalkan solat?

🔵 Perasaan ragu-ragu (was-was) tidak membatalkan solat.

23. Ada yang mengatakan solat boleh terbatal sekiranya terdapat tompokkan darah (sebesar duit syiling 5 sen) pada badan ataupun pakaian. Benarkah terbatalnya solat tersebut?

🔵 Tidak batal kerana Nabi Muhammad ‌‎ﷺ sewaktu sujud pernah diletakkan di belakang baginda isi perut unta dan baginda ‎ﷺ tidak membatalkan solatnya.

24. Bolehkah sekiranya saya membiarkan air jatuh dengan sendirinya dari hidung tanpa menggunakan tangan kiri (istinsyaq)?

🔵 Boleh, tapi kurang menepati sunnah.

25. Perlukah menyedut air ke dalam mulut dan hidung pada masa yang sama dan bolehkah menggunakan kedua-dua tangan?

🔵 Dengan menggunakan sebelah tangan kanan sudah mencukupi. Bermula dengan berkumur dan lebihan air tadi disedut ke dalam hidung kemudian dihembuskan sedikit.

26. Adakah perlu mengambil satu lagi telapak tangan air untuk membasuh janggut dan ini bermaksud akan menambah satu lagi pergerakkan?

🔵 Ya betul. Ia untuk memastikan air sampai ke dagu. Tidak mengapa jika ada pertambahan pergerakan.

27. Bagaimanakah cara yang betul untuk membasuh telinga?

🔵 Bermula dengan mengusap kepala sehingga ke belakang kepala kemudian terus basahkan telinga.

28. Adakah berwudhu’ sama seperti bersolat tidak dibenarkan membuat sebarang pergerakan?

🔵 Tidak sama. Berwudhu’ boleh menambahkan pergerakan seperti menjawab sekejap panggilan telefon manakala solat tidak dibenarkan.

29. Apakah yang dimaksudkan dengan menadah tangan semasa air disembur keluar dari hidung?

🔵 Maksudnya menahan air dari hidung dengan menggunakan tangan kiri semasa menghembus air tersebut supaya tidak terpercik di merata-rata tempat.

30. Perlukah hembuskan air yang telah disedut masuk ke dalam hidung?

🔵 Perlu ada sedikit hembusan. Inilah yang dikatakan istinshaq. Cara tersebut dilakukan untuk mengeluarkan kotoran yang berada dalam hidung.

31. Adakah menjadi kesalahan untuk berwudhu’ tiga kali basuhan/sapuan pada semua anggota?

🔵 Ia tidak dianggap kesalahan. Ia boleh dilakukan sebegitu.

32. Bagaimanakah jika rambut dikenakan minyak rambut, adakah perlu menyapu keseluruhan kepala atau menyapu ubun-ubun sahaja?

🔵 Perlu menyapu keseluruhan kepala, kerana anggota wudhu’ adalah kepala bukannya rambut.

33. Adakah benar pendapat yang mengatakan tidak boleh menyapu kepala dengan meratakan kesemua jari tangan kerana sebahagian jari akan digunakan untuk menyapu telinga pula?

🔵 Boleh menggunakan kesemua jari tangan atau boleh juga menggunakan 6 jari untuk kepala dan 4 jari lain untuk telinga. Ini sekadar teknik sahaja. Tidak diajarkan secara khusus.

34. Adakah wanita juga perlu menyapu keseluruhan kepalanya?

🔵 Tatacara solat dan wudhu’ adalah sama bagi lelaki dan wanita.

35. Adakah dibolehkan berwudhu’ dengan cara membasuh muka sekali, tetapi anggota lain dilakukan sebanyak dua atau tiga kali?

🔵 Boleh kerana bilangan satu, dua, dan tiga kali basuhan/sapuan adalah sunnah.

36. Bagaimanakah seorang wanita ingin mengambil wudhu’ di tempat yang terbuka?

🔵 Boleh menyapu ke atas tudungnya.

37. Apakah hukum mengeringkan atau membiarkan air wudhu’ kering sendiri?

🔵 Tiada larangan. Bukan perkara yang membatalkan wudhu’.

38. Adakah memadai untuk membasuh muka sahaja tanpa melebihi had muka iaitu anak rambut hingga ke bawah dagu atau kiri dan kanan anak telinga?

🔵 Ya, tetapi di dalam keadaan biasa lebih elok untuk melebihkan had membasuh muka.

39. Apakah yang perlu diakukan apabila ketika ingin mengambil wudhu’ pada bahagian kaki, air telah terputus? Adalah perlu ulangi semula wudhu’ atau cukup hanya menyambung basuhan pada kaki sahaja?

🔵 Hanya perlu sambung membasuh kaki sahaja.

40. Ketika menyapu tudung, adakah perlu menyapu sebahagian ubun-ubun sedikit sebelum menyapu keseluruh tudung?

🔵 Ya, boleh kerana ada sebahagian ulama yang berpendapat sedemikian. Jika tidak boleh menyapu sebahagian ubun-ubun, maka teruskan menyapu keseluruhan tudung.

41. Apakah boleh menyapu tengkuk selepas wudhu’ sebagai perbuatan untuk menyegarkan diri?

🔵 Ya, kerana itu adalah perbuatan selepas wudhu’. Jangan menyakininya adalah sebahagian wudhu’ pula.

42. Adakah boleh membasuh telinga dahulu sebelum kepala?

🔵 Jumhur ulama mewajibkan tertib dalam perbuatan wudhu’. Maka kita harus menjaganya. Walaupun ada yang berpendapat sebaliknya sebagaimana Imam Al-Bukhari.

43. Apakah pilihan yang ada apabila ingin berwudhu’ di dalam keadaan cuaca yang terlalu sejuk?

🔵 Boleh memanaskan air dahulu sebelum berwudhu’. Selain itu, boleh melewatkan sedikit waktu solatnya sebagaimana Rasullullah pernah melewatkan sedikit solat zohor kerana cuaca yang sangat panas.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan