Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Tuntutan Berdakwah kepada Non-Muslim

Tuntutan Berdakwah kepada Non-Muslim

155
0
Iklan

📚📖✍

🔴 Adakah orang bukan Islam seperti jiran dan rakan sekerja akan menuntut di akhirat sekiranya mereka mati bukan dalam keadaan Islam?


Fiqh dakwah:

1. Hukum secara global, hukumnya fardu kifayah.

Firman Allah ﷻ,

( وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ) :

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”
[ Ali Imran: 104 ]

Fardu kifayah bermaksud dibebankan kepada sebahagian umat.

Contoh:

Ke atas kerajaan iaitu kepada JAKIM, Jabatan agama negeri-negeri, Perkim, Yadim, Harakah Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) dakwah seperti Ikram, Abim, Haluan, Jemaah Tabligh dan lain-lain lagi.

2. Kewajipan ke atas individu.

Ia subjektif berdasarkan kuasa atau pengaruh seseorang.

Dalil hadith,

( بلغوا عني ولو آية ) رواه البخاري (3461) .

“Sampaikan dariku meskipun hanya satu ayat”
[ Bukhari no. 3461n]

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ )

“Siapa yang melihat kemungkaran, maka hendaknya merubah dengan tangannya (kekuatan). Kalau tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak mampu, maka dengan hatinya”
[ Matan Arbain no. 34 ]

Kewajipan dakwah ke atas setiap individu bergantung kepada kemampuan seseorang:

1. Ilmu yang dimiliki, kepakaran berdakwah yang ada.

2. Kuasa atau pengaruh yang dimiliki, (merujuk kepada status ekonomi, status kuasa, status ilmu).

3. Kemampuan masa.

@bicarathtl
#SnJbicarasunnahC

Komen dan Soalan