📚📖✍
🔴 Adakah boleh jama’ shuri salat ‘Asar dan Maghrib?
✅
Jama’ shuri itu adalah kaedah dalam mazhab Hanafi. Jika darurat sahaja bukan suka-suka. Jika lakukan kerana suka-suka jadi munafik pula. Dalam mazhab Hanafi tiada salat jama’.
Maka, cara jika dalam darurat ialah salat Zuhur di akhir waktu dan sambung dengan ‘Asar yang baru masuk. Adapun jama’ ‘Asar dengan Maghrib tidak boleh kerana ia bukan gandingannya.
1. Salat Zuhur dan ‘Asar.
2. Salat Maghrib dan Isya’ sahaja.
🔴 Bolehkah salat jama’ kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tetapi sepanjang perjalanan ada masjid untuk berhenti dan salat?
🔵
Kenapa mahu ikut mazhab Hanafi sedangkan dalam mazhab Hanbali boleh jama’ salat jika ada kesulitan. Jika kesesakan lalu lintas pun, tak boleh jama’ salat ‘Asar dengan Maghrib.
Contoh:
Sekarang waktu ‘Asar masuk 4.15 petang, masih di pejabat maka perlu salat di pejabat.
Manakala salat Maghrib jika ada masjid atau dan hentian rehat, maka salatlah seperti biasa. Ini kerana waktu salat Isya’ luput sampai tengah malam.
Maka tidak ada keperluan salat jama’. Tidak perlu sebenarnya, kerana jika ikut mazhab Hanbali, anda boleh jama’ dan tidak perlu tunggu jamak shuri. Ini kerana mazhab Hanbali boleh jama’ jika ada kesulitan, jama’ masa itu juga tidak perlu tunggu penghujung waktu.
@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah