Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Berbuat Baik Kepada Haiwan

Berbuat Baik Kepada Haiwan

348
0
Iklan

Tajuk: Berbuat baik kepada haiwan

Panel: Ustaz Adli Khalim

= = = = = = = = = =

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu `anhu, sabda Rasulullah ﷺ:

بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ، إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ، فَنَزَعَتْ مُوقَهَا فَسَقَتْهُ،
فَغُفِرَ لَهَا بِهِ

Ketika seekor anjing mengelilingi sebuah perigi, hampir-hampir ia mati kerana dahaga, tiba-tiba ia dilihat oleh salah seorang wanita pelacur daripada para pelacur Bani Isra’il. Lalu wanita itu menanggalkan kasutnya lantas memberi minum kepada anjing berkenaan (dengan menggunakan kasutnya). Allah mengampunkan wanita itu kerana perbuatan tersebut.
[HR Al-Bukhari, no 3467]

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Hadits ini menunjukkan bahawa betapa besarnya rahmat Allah ﷻ terhadap hamba-Nya, ketika Dia memberikan keampunan kepada pelacur tersebut, walaupun dosa zina yang dilakukannya adalah salah satu daripada dosa besar.

2. Hadits ini juga mengajarkan kepada kita supaya berbuat baik walaupun terhadap haiwan-haiwan, termasuklah anjing.

3. Jangan sesekali kita memandang remeh terhadap perbuatan baik. Boleh jadi perbuatan tersebut kecil di mata kita, tetapi boleh jadi perbuatan tersebut mempunyai nilai yang besar di sisi Allah ﷻ. Begitu juga dengan perbuatan buruk, boleh jadi kita menganggapnya kecil (sehingga kita mengulanginya berkali-kali), sedangkan boleh jadi perbuatan buruk tersebut besar di sisi Allah ﷻ.

4. PERHATIAN: Hadits ini bukanlah alasan untuk kita melakukan dosa dan maksiat terhadap Allah ﷻ. Bukan semua pelacur dan orang yang berbuat maksiat dijanjikan syurga!

= = = = = = = = = =

Hashtag: #kenalquransunnah

Komen dan Soalan