Utama Tazkirah Admin ‘Periksa sebelum Percaya’ & ‘Semak sebelum Sebar’

‘Periksa sebelum Percaya’ & ‘Semak sebelum Sebar’

555
0
Iklan

SAHABAT SENDIRI CEK KESAHIHAN DARI SAHABAT YANG LAIN

‎عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ :

Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu berkata:

‎كُنْتُ فِي مَجْلِسٍ مِنْ مَجَالِسِ الأَنْصَارِ

Aku pernah berada dalam satu majlis dari majlis-majlis golongan Ansar,

‎إِذْ جَاءَ أَبُو مُوسَى كَأَنَّهُ مَذْعُورٌ

Apabila tiba-tiba Abu Musa datang dalam keadaan seolah-olah ketakutan

‎فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ عَلَى عُمَرَ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي فَرَجَعْتُ

Katanya: Aku meminta izin untuk bertemu umar tiga kali, tapi dia tak mendengarkan aku, lalu akupun pulang

‎فَقَالَ مَا مَنَعَكَ

Kemudiannya Umar (menemuiku &) bertanya: Apa yang menghalang engkau (tunggu jawapanku untuk menemuiku)?

‎قُلْتُ اسْتَأْذَنْتُ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي فَرَجَعْتُ

Aku menjawab: Aku telah memanggilmu tiga kali dan engkau tidak mendengarkan aku, lalu aku pun pulang

‎وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : إِذَا اسْتَأْذَنَ أَحَدُكُمْ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لَهُ فَلْيَرْجِعْ

Dan (sebab aku berbuat sedemikian ialah) Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:
“Apabila salah seorang dari kalian telah meminta izin sebanyak tiga kali, dan tidak dijawab, maka pulanglah”

‎فَقَالَ وَاللَّهِ لَتُقِيمَنَّ عَلَيْهِ بِبَيِّنَةٍ

Maka Umar pun berkata: Demi Allah, sungguh engkau kena bawakan saksi/bukti di atas kenyataanmu itu

‎أَمِنْكُمْ أَحَدٌ سَمِعَهُ مِنَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم

Adakah di kalangan kalian yang juga mendengarkannya dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam?

‎فَقَالَ أُبَىُّ بْنُ كَعْبٍ وَاللَّهِ لاَ يَقُومُ مَعَكَ إِلاَّ أَصْغَرُ الْقَوْمِ

Ubay ibn Ka’ab menjawab: Demi Allah, tiada siapa yang perlu bersaksi untukmu kecuali dari yang paling muda (kerana semua mengetahuinya, sampai yang paling muda pun menghafalnya..)

‎فَكُنْتُ أَصْغَرَ الْقَوْمِ فَقُمْتُ مَعَهُ فَأَخْبَرْتُ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ذَلِكَ.

(Kata Abu Sa’id:) Aku merupakan yang paling muda, maka akupun berdiri bersamanya. Lalu aku beritahu ‘Umar bahawa Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam yang menyebutkan sedemikian.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Isti’zan, Hadis no : 6245]

Pengajaran:

Proses ‘Periksa sebelum Percaya’ & ‘Semak sebelum Sebar’ ini adalah menepati fitrah kita sebagai manusia yang tenang berurusan dengan perkara yang pasti & asli, berbanding perkara yang meragukan, apatah lagi palsu.

Dan ini merupakan disiplin yang telah Allah tekankan di dalam alQuran, rujuk surah alHujurat, ayat ke-6. Semoga kita dijauhi dari mengatakan apa yang tidak dikatakan Allah dan RasulNya.
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا

Tazkirah Harian UiTO:
Contoh Hadis Palsu Yang Lain

Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru kerana ada dlm Hadith Nabi:

“Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya”
(HR.Bukhari Muslim)
sebarkan sebelum terlambat..

Jawapan:

Assalamualaikum.

Hadis di atas PALSU, TIADA ASALNYA. Ia tidak wujud dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.

Pereka hadis di atas sedang melakukan dosa yang sangat besar. Dia menipu menggunakan nama Rasulullah s.a.w, bahkan dia menipu menggunakan nama Imam Al Bukhari dan Muslim.

Telah jelas dalam hadis sahih yang mutawatir, Nabi s.a.w bersada:

Sesiapa berdusta di atas ku dengan sengaja, maka dia mengambil tempat di neraka.

Dalam riwayat lain:

Cukuplah seseorang dianggap pendusta apabila dia menyebarkan semua perkara yang dia dengar.

[Mukadimah Sahih Muslim].

Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fathul Bari menyatakan bahawa ulama ijma’/sepakat bahawa mereka hadis palsu adalah DOSA BESAR.

Niat baik untuk mencegah kemungkaran tidak menghalalkan kita untuk melakukan dosa besar.

Wallahua’lam.

#tazkirahalkahfi

Contoh hadis yang wajib disemak

Komen dan Soalan