Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim CARILAH KEMULIAAN HIDUP DENGAN BERTAQWA

CARILAH KEMULIAAN HIDUP DENGAN BERTAQWA

214
0
Tazkirah ringkas dari team UiTO Klik di aplikasi Telegram @Tazkirah Channel Rasmi @UiTO2017
Iklan

~Tadabbur Kalamullah 13 Rabiulawwal 1437H~

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”[Surah al-Hujurat 13]

#Sahabat juga sepupu Nabi saw, Ibn Abbas r.a berkata:

كرم الدنيا الغنى، وكرم الآخرة التقوى

“Mulianya seseorang di dunia adalah kerana kaya. Namun mulianya seseorang di akhirat kerana takwanya.”(Tafsir Al Baghawi)

#Amalan-amalan untuk menjadi insan yang lebih mulia dan menggapai taqwa:

1. Kembali kepada asas agama
2. Banyakkan membaca tentang akhlak
3. Contohi akhlak Rasulullah dan para sahabat
4. Menghormati orang lain tanpa mengira latar belakang
5. Tertib dalam semua keadaan (jaga maruah dan adab)
6. Bertimbang rasa, sabar dan baik hati
7. Guna bahasa yang sopan
8. Menepati masa
9. Bersedia membantu tanpa di minta

♡Carilah kemuliaan hidup dengan bertaqwa kepada Allah swt dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan semua laranganNya♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1764/ 6078.

Dari ‘Adi bin Hatim r.a. bahawa Nabi S.A.W. menyebut neraka, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. Kemudian beliau menyebutnya sekali lagi, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. Kemudian beliau bersabda: “Pelihara diri mu dari neraka, walaupun dengan memberikan sebelah kurma (bersedekah) . Siapa yang tidak sanggup hendaklah dengan mengucapkan perkataan yang baik.”

٦٠٧٨ – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَمْرٍو عَنْ خَيْثَمَةَ عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ثُمَّ ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ثُمَّ قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Komen dan Soalan