Utama Bilik (131) Tazkirah Ustaz Naim Muliakan Darjat Rasulullah S.A.W

Muliakan Darjat Rasulullah S.A.W

855
0
Iklan

~Tadabbur Kalamullah 11 Rabiulawal 1437H~

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?”
[Surah al-Sharh 4]

#Tersebut dalam Tafsir al-Qurtubi: “Kami meninggikan sebutan tentang dirimu pada kalangan para malaikat, pada kalangan orang mukmin di atas muka bumi dan Kami meninggikan sebutan tentang dirimu di akhirat dengan mengurniakan kedudukan yang terpuji dan darjat-darjat yang mulia”

#Baginda saw sudah semestinya seorang manusia yang begitu istimewa hingga diberikan kedudukan-kedudukan yang agung di dunia dan di akhirat.

#Antara keistimewaan Rasulullah saw:
1. Merupakan pemimpin bagi semua para Nabi
2. Akan membawa panji-panji kepujian di tangannya pada hari kiamat kelak dan Nabi Adam akan berdiri di bawah panji Nabi saw
3. Nabi saw diampunkan segala dosa oleh Allah (Maksum)
4. Orang pertama memberi syafaat
5. Separuh umat Nabi Muhammad merupakan ahli Syurga
6. Diutus kepada seluruh manusia dan jin
7. Ramai umat Nabi Muhammad masuk Syurga tanpa hisab
8. Dianugerahi kolam di Syurga dan di luar Syurga
9. Menerima darjat al-Wasilah
10. Allah melebihkan Nabi saw mengatasi kelebihan semua para Nabi dan Rasul-RasulNya daripada kalangan manusia.

#Beruntungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad saw. Pelbagai keistimewaan dapat kita kecapi hasil daripada keistimewaan yang diperolehi Nabi saw yang tumpah kepada umatnya. Malang jika peluang ini diabai dan tidak dipedulikan.

#Perlu diingat bahawa hebat, gagah, cemerlang, mulia umat Islam dari zaman dahulu kala antaranya disebabkan berpegang teguh dengan ajaran Baginda. Jika kita pada hari ini ingin kembali menjadi umat yang hebat, gagah, cemerlang dan mulia maka kita kena kembali berpegang teguh dan menjadikan 100% ajaran Nabi saw sebagai panduan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Jika hanya sekadar selawat dan berarak sempena sambutan Maulid Nabi tapi ajaran Nabi saw ditentang, dihina dan tidak diamalkan maka belum tentu beroleh kegembiraan di Mahsyar kelak

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Komen dan Soalan