Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Menjawab Jenayah Ilmiah Syiah: Isu Fatimah R.A Marah Terhadap Abu Bakar R.A

Menjawab Jenayah Ilmiah Syiah: Isu Fatimah R.A Marah Terhadap Abu Bakar R.A

595
0
Iklan

UiTO Bilik (01) Fiqh As Sunnah

Soalan:

🔴Adakah ini menjadi dalil supaya boleh berwasiat untuk menginfaqkan/mengsedekahkan kesemua harta benda kita tanpa perlu difaraidkan kepada ahli keluarga?

Soalan terkait.
1. Fatimah RA marah dan tidak memaafkan Abu Bakar RA?

2. Ali bin Abi Talib RA tidak berbaiah kepada Abu Bakar RA selama 6 bulan?

3. Fatimah RA dimakamkan pada waktu malam kerana wasiat beliau?

Mohon pencerahan shaykh,

https://telegra.ph/Harta-Pusaka-10-18

THTL al-Jazani توان حسن:
Ini anda rujuk kat pesaka siapa plok ni..? macam jarum syiah jer

1. Isu Fatimah marah dan tidak memaafkan Abu Bakr keduanya ra. adalah versi syiah rafidhah.
yang sebenar, keduanya berijtihad dalam isu harta pesaka nabi saw. dalil:

أن فاطمة والعباس عليهما السلام أتيا أبا بكر يلتمسان ميراثهما من رسول الله صلى الله عليه و سلم وهما حينئذ يطلبان أرضيهما من فدك وسهمهما من خيبر فقال لهما أبو بكر سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول (لا نورث ما تركنا صدقة إنما يأكل آل محمد من هذا المال) . قال أبو بكر والله لا أدع أمرا رأيت رسول الله صلى الله عليه و سلم يصنعه فيه إلا صنعته قال فهجرته فاطمة فلم تكلمه حتى ماتت

Terj: “Fatimah dan al-Abbas (raa) datang kepada (amirul mukminin) Abu Bakar menuntut pusaka mereka daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Mereka berdua menuntut tanah-tanah mereka di Fadak dan bahagian mereka di Khaibar. Lalu Abu Bakar berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Kami tidak diwarisi. Apa yang kami tinggalkan adalah sedekah. Sesungguhnya keluarga Muhammad mengecapi rezeki daripada harta ini”. Kata Abu Bakar lagi: Demi Allah, aku tidak meninggalkan sesuatu perkara yang aku lihat Rasulullah SAW lakukan pada harta ini, kecuali aku lakukan. Lalu Fatimah meninggalkan beliau, dan tidak bercakap dengannya (dalam isu tanah fadak) sehingga wafat. (HR Bukhari no: 6346, dan Muslim no: 1759).

Versi syiah dalam mentakwil hadith ni, Fatimah telah murka kepada Abu Bakar, maka siapa yang menyebabkan Fatimah marah, akan mengakibatkan Nabi saw marah. Maka Abu Bakar telah dimurkai oleh Rasulullah saw. Dahsyat syiah ni.

Versi kita, sunni, ada dalam Fathul Bari, jld 6, Ibn Taymiyah, Minhaj Sunnah (jld 4), Ibn Katsier, al Bidayah, jld 5. Ini isu ijtihad, Fatimah menyangka tanah fadak dan khaibar tu pesaka Nabi saw, maka dia datang tanya khabar perihal tanah tu, maka Abu Bakar sebagai penjaga amanah nabi, membacakan hadith, selepas wafat, nabi saw tidak mewarisi…semua jadi sedekah. Ini ijtihad, Fatimah faham cara dia, manakala Abu Bakar faham cara dia. Tapi buktinya, bila Ali menjadi Khalifah yang ke-4, Ali r.a tak ada pun ambik balik tanah Fadak tu,dia urus sebagaimana yang Abu Bakar, Umar, Uthman urus…

sebab tu saya malas layan isu syiah ni, jawapan dia panjang.

2. Ali bin Abi Talib RA tidak berbaiah kepada Abu Bakar RA selama 6 bulan?

Jawabnya:
Ini juga kelentong syiah. Syiah kata Ali 6 bulan boikot Abu Bakar. Dalam kitab-kitab sunni, kitab sunnah, Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, Bidayah wal Nihayah, Mushanaf Abi Syaibah, meriwayatkan Ali baiah Abu Bakar hari itu juga…bukan 6 bulan

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ، حدثنا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ أَسْلَمَ: أَنَّهُ حِينَ بُويِعَ لِأَبِي بَكْرٍ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ عَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ يَدْخُلَانِ عَلَى فَاطِمَةَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيُشَاوِرُونَهَا، وَيَرْتَجِعُونَ فِي أَمْرِهِمْ، فَلَمَّا بَلَغَ ذَلِكَ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ خَرَجَ حَتَّى دَخَلَ عَلَى فَاطِمَةَ، فَقَالَ: ” يَا بِنْتَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَحَبَّ إِلَيْنَا مِنْ أَبِيكَ، وَمَا مِنْ أَحَدٍ أَحَبَّ إِلَيْنَا بَعْدَ أَبِيكَ مِنْكَ، وَايْمُ اللَّهِ مَا ذَاكَ بِمَانِعِي إِنِ اجْتَمَعَ هَؤُلَاءِ النَّفَرُ عِنْدَكِ، أَنْ آمُرَ بِهِمْ أَنْ يُحَرَّقَ عَلَيْهِمُ الْبَيْتُ “، قَالَ: فَلَمَّا خَرَجَ عُمَرُ، جَاءُوهَا فَقَالَتْ: تَعْلَمُونَ أَنَّ عُمَرَ قَدْ جَاءَنِي، وَقَدْ حَلَفَ بِاللَّهِ لَئِنْ عُدْتُمْ لَيُحَرِّقَنَّ عَلَيْكُمُ الْبَيْتَ، وَايْمُ اللَّهِ لَيَمْضِيَنَّ لِمَا حَلَفَ عَلَيْهِ، فَانْصَرِفُوا رَاشِدِينَ، فَرَوْا رَأْيَكُمْ وَلَا تَرْجِعُوا إِلَيَّ. فَانْصَرَفُوا عَنْهَا فَلَمْ يَرْجِعُوا إِلَيْهَا حَتَّى بَايَعُوا لِأَبِي بَكْرٍ “

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Bisyr : Telah menceritakan kepada kami Ubaidullah bin ‘Umar : Telah menceritakan kepada kami Zaid bin Aslam, dari ayahnya yang bernama Aslam, ia berkata : Ketika bai’at telah diberikan kepada Abu Bakar sepeninggal Rasulullah SAW, ‘Ali dan Az-Zubair masuk menemui Faathimah binti Rasulullah ra, mereka bermusyawarah dengannya mengenai urusan mereka. Ketika berita itu sampai kepada ‘Umar bin Al-Khaththaab, ia bergegas keluar menemui Fatimah dan berkata : “Wahai putri Rasulullah , demi Allah tidak ada seorangpun yang lebih kami cintai daripada ayahmu, dan setelah ayahmu tidak ada yang lebih kami cintai dibanding dirimu. Akan tetapi demi Allah, hal itu tidak akan mencegahku jika mereka berkumpul di sisimu untuk kuperintahkan agar membakar rumah ini tempat mereka berkumpul.” Ketika ‘Umar pergi, mereka (‘Ali dan Az-Zubair) datang dan Faathimah berkata : “Tahukah kalian bahwa ‘Umar telah datang kepadaku dan bersumpah jika kalian kembali ia akan membakar rumah ini tempat kalian berkumpul. Demi Allah, ia akan melakukan apa yang ia telah bersumpah atasnya jadi pergilah dengan damai, simpan pandangan kalian dan janganlah kalian kembali menemuiku”. Maka mereka pergi darinya dan tidak kembali menemuinya sampai mereka membaiat Abu Bakar [Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 14/567; shahih]

3. Fatimah Az-Zahrah RA dimakamkan pada waktu malam kerana wasiat beliau?

Isu ke-3 Syiah Rafidhah, Ali memakamkan jenazah Fatimah pada malam hari kerana wasiat Fatimah agar Abu Bakar tidak tahu.

Yang benar, Nabi saw pun di makamkan pada malam hari, sebab cuaca Medinah yang panas.

مَا عَلِمْنَا بِدَفْنِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- حَتَّى سَمِعْتُ صَوْتَ الْمَسَاحِى مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ لَيْلَةَ الأَرْبِعَاءِ

Saya tidak tahu proses pemakaman Rasulullah SAW hingga saya mendengar suara gemersik yang digunakan untuk gali tanah di akhir malam, di malam rabu. (HR. Ahmad 25065, dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth).

Abu Nakar ra pun dimakamkan di malam hari,

وَدُفِنَ أَبُو بَكْرٍ – رضى الله عنه – لَيْلاً

Abu Bakr ra dimakamkan di malam hari. (HR al-Bukhari, 5/249).

Uthman dan Aisyah pun dimakamkan pada waktu malam juga.

maka tuduhan syiah itu adalah meleset. Tamat

Nasihat, jangan terpedaya dengan khabar dari syiah

Komen dan Soalan