Utama Bilik (06) Ulat Buku Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran: Tip 14 – Cemerlang dengan Tawakal

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran: Tip 14 – Cemerlang dengan Tawakal

194
0
Iklan

TIP 14

Cemerlang dengan Tawakal

“Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah mencukupkan keperluannya.” [ at-Talaq: 3 ].

Selepas setiap perancangan, usaha dan jihad dilakukan, perlu bertawakal kepada Allah.

Definisi tawakal:

yakin sepenuhnya kepada Dia yang memberikan jaminan (iaitu Allah) [ kitab al-Hikmat ].

“Berasa cukup dengan Allah dan bergantung kepadanya.” [ Imam Abu Uthman al-Hairi ].

Bertawakal kerana secara dasarnya kita tidak memiliki apa-apa pun tanpa keizinan Allah.

Usaha yang dilakukan berlaku dengan izinnya.

“Tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan di sisi Allah.” [ Imam Hakim ].

“Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal kamu akan dikurniakan rezeki sebagaimana burung-burung dikurniakan rezeki, berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong dan berpetang-petang ia kembali kekenyangan.” [ Imam Tirmizi ].

Tawakal dan Usaha

“Ketahuilah tempat bagi tawakal adalah di hati. Adapun pergerakan zahir (iaitu usaha), ia tidak membatalkan tawakal yang di hati kerana si hamba telah menyakini bahawa apa yang akan berlaku adalah mengikut ketetapan Allah. Jika dipermudahkan usahanya maka ia berlaku dengan kehendak Tuan demikianlah juga sebaliknya.” [ Imam Qusyairi ].

Dalam berusaha, hukum sebab musabab tidak boleh dilupakan.

Allah menyuruh umat Islam berwaspada dalam hidup melalui surah [ an-Nisa’: 102 ] “Berwaspadalah kamu.” Kewaspadaan menuntut individu itu mengambil kira suasana dan keadaan.

Adab-adab Tawakal

1.  Mengunci pintu rumah bagi memelihara harta. Malik bin Dinar mengikat pintu rumahnya dengan tali.

2.  Tidak ditinggalkan di dalam rumah benda-benda berharga yang dapat menarik perhatian pencuri untuk mencuri.

3.  Semasa keluar rumah, individu perlu menyerahkan keselamatan rumah itu kepada Allah dan dia redha dengan ketetapan Allah. Apabila berlaku kecurian, dia tetap redha dengan Allah.

4.  Tidak gundah-gulana apabila harta bendanya dicuri. Sebaiknya hendaklah dia bergembira dan berkata, “Jika ada kebaikan pada harta ini pasti ia tidak akan dicuri.” Unta Abdullah bin Omar pernah dicuri orang. Beliau mencari unta itu sehingga penat dan akhirnya beliau berkata, “(Unta itu aku serahkan) pada jalan Allah.”

5.  Tidak didoakan kemelaratan dan musibat bagi pencuri itu kerana perbuatan itu membatalkan tawakal.

6.   Dia berdukacita bagi pencuri itu kerana pencuri itu melakukan maksiat dan maksiat mendekatkannya kepada azab Allah. Dia bersyukur kepada Allah kerana dia berada pada pihak yang teraniaya, bukan yang menganiaya.

Ledakan Kecemerlangan

Tawakal berkait rapat dengan pergantungan hati kepada Allah.

Allah menjamin kecemerlangan dan kejayaan kepada mereka yang bertawakal “Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang bertawakal.” [ Ali Imran: 159 ]

Pejam mata dan berzikirlah kepada Allah semasa dilanda keluh kesah kerana antara punca manusia gagal bertawakal adalah melayani perasaan keluh kesah yang ditiupkan oleh syaitan.

“Syaitan menjanjikan kemiskinan kepada manusia dan menyuruh mereka mengerjakan perbuatan yang keji sedangkan Allah menjanjikan mereka keampunan dan kurniaan dari sisinya” [al-Baqarah: 268 ].

Apabila manusia yakin dengan janji-janji Allah tawakal akan memenuhi hati. Dengan itu datanglah ketenangan dan kecemerlangan.

 

 

 

 

Komen dan Soalan