Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah SnJ Fiqh Sunnah: Hukum Meraikan Hari Kelahiran

SnJ Fiqh Sunnah: Hukum Meraikan Hari Kelahiran

725
0
Iklan

📚📖✍️

🔴 Apa pandangan sunnah berkaitan hukum di bawah?

  1. Meraikan hari kelahiran.
  2. Majlis diserikan dengan acara memotong kek.
  3. Menyanyikan lagu “Allah selamatkan kamu”

Eid milad atau perayaan hari lahir [bahagian 1]

Pandangan pertama.

Eid milad atau perayaan hari lahir adalah bid’ah di sisi Salafiyah kerana tasyabbuh dengan orang kafir.

Dr Yusof Al-Qardhawi حَفِظَهُ اللهُ pula menyatakan ia amalan yang sia-sia. Tiada sebarang manfaat kepada manusia kerana peningkatan umur bukanlah suatu usaha yang memenatkan, walhal ia adalah anugerah Allah ﷻ yang biasa saban tahun kepada 7 bilion manusia.

Maka, jika ia terlalu biasa dan usia meningkat sebagai fitrah alami, kenapa perlu merayakan?

Ini kerana menurut Dr Yusof Al-Qardhawi حَفِظَهُ اللهُ, ganjaran atau sambutan perlu dikaitkan dengan prestasi, pencapaian sesuatu matlamat. Peningkatan usia saban tahun bukanlah suatu prestasi dan pencapaian hidup.

Ini konsep yang mesti difahami dahulu.

Eid milad atau perayaan hari kelahiran [bahagian 2]

Pandangan kedua.

Hari kelahiran adalah perayaan sedunia.

Dalil hadith:

Apabila dikatakan kepada Nabi ﷺ tentang puasa Isnin.

Dalil hadith:

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ؟ قَالَ: ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ، وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ

Terjemahan:

“Dari Abi Qatadah رضي الله عنه, Nabi ﷺ ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda ﷺ menjawab: “Pada hari tersebut aku dilahirkan dan hari aku diutuskan sebagai Rasul atau diturunkan kepadaku Al-Qur’an.” [HR Muslim]

Ia bermaksud sempena kelahirannya Nabi ﷺ berpuasa.

Kelahiran Nabi Isa عليه السلام,

Firman Allah ﷻ,

وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا

“Kesejahteraan atas dirinya (Isa عليه السلام) pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali.” [Maryam: 15]

1. Menyambut hari kelahiran adalah sambutan global dan sedunia. Di Malaysia, ia adalah cuti umum untuk Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong dan cuti negeri untuk Hari Keputeraan Sultan dan Yang Di-pertuan Negeri. Maka, mitos ia budaya kuffar adalah tidak benar.

2.  Ia bukan bid’ah ibadah atau aqidah.

Bid’ah menurut Imam Asy-Syatibi رحمه الله‎:

Jalan yang direka dalam agama untuk menandingi syariat bertujuan berlebihan dalam ubudiyah kepada Allah ﷻ. Sedangkan sambutan hari kelahiran bukan bertujuan berlebihan dalam ibadah, melainkan ia uruf atau budaya sahaja.

Rangkuman pertanyaan berkaitan eid-milad atau perayaan hari kelahiran.

1. Merayakan hari kelahiran.

Hukum:

Khilaf.

Pandangan syadid:

Bid’ah di sisi ulama’-ulama’ Arab Saudi.

Ini kerana hak eid atau perayaan adalah berdasarkan nas atau dalil.

Pandangan pertengahan:

Manakala Dr Yusof Al-Qardhawi حَفِظَهُ الله menganggap ia perbuatan lagha kerana ia bukan menandakan prestasi atau pencapaian kehidupan.

Pandangan ringan:

Ia harus kerana ia urusan adat manusia.

Pandangan Al-Azhar.

Dr Ahmad Syurbasi حَفِظَهُ اللهُ, fatwanya dalam Yas Aluunak.

Ini kerana tiada nas atau dalil yang melarangnya.

2.  Memotong kek juga boleh tanpa penggunaan lilin. Penggunaan lilin adalah kepercayaan dalam agama Majusi dan Kristian.

3.  Nyanyian juga tiada masalah.

Nota kaki:

Lagha adalah perkara atau perkataan dan perbuatan yang sia-sia dan tidak bermanfaat.

@bicarathtl

#SnJfiqhassunnah

Komen dan Soalan