Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Majlis Tahlil Arwah – Asal Usul, Bid’ah, Khilaf atau Maslahah?

Majlis Tahlil Arwah – Asal Usul, Bid’ah, Khilaf atau Maslahah?

6582
0
Iklan

🔴 Mengapa tiada fatwa yang mengharamkan majlis tahlil selepas kematian dan bukankah perbuatan bid’ah lebih berat hukumannya dari perbuatan maksiat?

Terlebih dahulu, kita perlu memahami tiga istilah asas dalam memahami bid’ah.

◼️

Bid’ah:

Perkara yang direka dalam agama kerana beranggapan agama belum lengkap dan Nabi SAW cuai di dalam menyampaikan risalah (ajaran). Juga perkara baru yang tidak ada contoh sebelumnya dari salaf.

◾️

Khilaf:

Hukum yang sukar ditentukan kerana banyak dalil yang saling bertentangan.

◾️

Maslahah:

Perkara baru yang diada-adakan kerana adanya maslahah dan menolak mudarat kepada manusia.

Tiga istilah di atas perlu difahami terlebih dahulu.

⚠️⁉️

Isu amalan:

Tahlil kenduri mayat atau si mati.

Di dalam istilah yang mana satu majlis tahlil si mati.

Bid’ah, khilaf atau maslahah?

Apabila Nabi SAW wafat, kemudian diikuti sahabat, Abu Bakar ra kemudian Umar ra dan kemudian Ali ra.

Adakah penduduk Madinah datang ke rumah ‘Aisyah ra, datang ke rumah Abu Bakar ra, ke rumah Umar ra dan ke rumah Ali ra untuk melakukan kenduri dan bertahlil?

Jawapan kepada apa yang berlaku semasa pasca kematian Nabi SAW dan sahabat seperti Abu Bakar ra, Umar ra dan Ali ra, merungkai status tahlil mayat di Malaysia, sama ada ia bid’ah, sunnah, khilaf atau maslahah kepada umat Melayu.

⚠️‼️❓

Jika penduduk di Madinah tidak berbuat majlis tahlil arwah Nabi SAW dan para khalifah, kenapa orang di Malaysia melakukannya?

Adakah Nabi SAW cuai di dalam menyampaikan risalah?

Inilah antara persoalan-persoalan yang perlu dijawab.

Itu semua adalah rekaan.

Rekaan inilah yang dinamakan bid’ah.‼️

Bid’ah:

Perkara yang direka di dalam agama kerana beranggapan agama belum lengkap dan Nabi SAW masih cuai di dalam menyampaikan ajaran.

Ia perkara yang baru yang tidak ada contoh sebelumnya dari salaf.

🔴 Siapa yang memulai majlis tahlil arwah ini dan dari mana asal usulnya?

Dimulakan oleh etnik Jember di Indonesia.

Ia merupakan amalan paganisma atau kaum musyrikin.

Ia juga merupakan amalan agama Hindu dan Buddha.

Sekiranya jiran bersebelahan rumah anda beragama Hindu atau Buddha, cuba anda perhatikan dari hari pertama kematian dan lihat apa yang diperbuat oleh komuniti Hindu di malam-malam kematian di rumah mereka.

Sami Buddha akan dijemput ke rumah simati dan membaca mantera dari Mahabrata dan Ramayana, kemudian ada disediakan jamuan makan.

Fatwa dari pendiri Mazhab Syafii.

Imam As-Syafii rahimahullah menyatakan, berkumpul di rumah si mati selepas 3 hari adalah suatu bentuk meratap.

نعد الإجتماع إلي أهل الميت وصنعة الطعام بعد دفنه من النياحة.

Terjemahan:

Kami mengira berhimpun orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengebumiannya adalah sebahagian dari ratapan kematian.

(diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin Hanbal rahimahullah dan Ibnu Majah rahimahullah dengan sanad yang sahih).

وأكره

المأتم وهي الجماعة وإن لم يكن لهم بكاء فإن ذلك يجدد الحزن ويكلف المؤنة

Terjemahan:

Aku benci diadakan mu’tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui dukacita dan membebankan tanggungan”

(dari kitab al Umm).

⚠️‼️

Orang melayu yang sebenarnya mendustai Imam As-Syafii rahimahullah.

🔴 Mengapa ramai ulama ASWAJA masih berpendapat majlis tahlil arwah ini hukumnya harus?

Kaum sufi, tareqat dan aliran pondok, mereka bukannya mengamalkan fiqh sunnah atau fiqh dalil.

Mereka telah mencampur adukkan agama dan adat istiadat Melayu lama.

 

 

 

Komen dan Soalan