TAZKIRAH HARIAN UITO
~Tadabbur Kalamullah 9 Rabiulawal 1437H~
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
“Bandingan orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim” [Surah al-Jumu’ah 5]
#Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang perumpamaan manusia-manusia yang di pertanggungjawapkan dengan ayat-ayat Allah namun memesongkan dengan mengabaikan perintah-perintah Allah. Mereka ialah manusia yang zalim malah amat jauh dari hidayah Allah.
#Kebanyakan kita hanya berusaha menjaga jasad al-Quran. Kita tidak meletakkan al-Quran di lantai, di kerusi atau tempat yang tidak sesuai. Kita turut marah apabila mendengar dan melihat al-Quran dipijak, dikoyak, dibakar atau dibuang. Kita tidak berdiam diri jika al-Quran dihina atau dipermainkan dalam apa bentuk sekalipun.
#Namun amat dikesali kerana segelintir umat Islam hanya menjaga jasad al-Quran, tetapi tidak menghayati kandungannya, menerapkan segala perintah dan larangannya. Umat Islam sensitif dan marah apabila al-Quran dihina, tetapi perbuatan mereka sendiri seolah-olah ‘menghina atau mengetepikan’ al-Quran dengan tidak mengamalkan ajaran di dalamnya.
#Allah menurunkan al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, malah untuk diamalkan isi kandungannya dalam keluarga, masyarakat dan negara.
#Bagi mereka yang tidak memikul amanah Allah yang diturunkan melalui al-Quran, mereka macam keldai, macam binatang.
♡Orang yang hidup tak ikut al-Quran tersangat hina disisi Allah swt. Jom hidup dengan al-Quran♡
🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim
Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)