Tip 9
Cemerlang Berlandaskan Syariat
“Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping beliau bersikap muhsin baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita.” [ al-Baqarah: 112 ].
Allah hanya menerima amal yang mempunyai 2 kriteria, ikhlas dan muhsin.
Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima (oleh Allah).
“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan dari urusan agama, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” [ al-Jathiyah: 18 ].
Syariat seperti Rel
Tuhan mengurniakan umat Islam landasan atau rel hidup yang kukuh iaitu Al-Quran dan sunah.
Al-Quran dan sunah melahirkan peraturan hidup yang bernama syariat.
Adab Berusaha dan Mencari Kehidupan
1. Membaikkan niat serta akidah pada peringkat awal perniagaan.
- Pelihara diri daripada meminta-minta serta membantu melaksanakan tuntutan agama.
- Tunaikan keperluan keluarga.
- Tegakkan keadilan dan berlaku ihsan dalam muamalat .
- Melakukan makruf dan cegah kemungkaran.
2. Menegakkan tuntutan fardu kifayah. Jika mampu, jauhilah bidang perniagaan yang memfokuskan pada barang perhiasan dunia yang tidak menguntungkan agama.
3. Pastikan aktiviti dunia tidak menghalang aktiviti akhirat. “Jadikanlah awal siangmu untuk akhiratmu dan sesudahnya itu untuk duniamu” [ Omar Al-Khattab ].
Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan perniagaan dan jual belinya dari mengingati Allah, menegakkan solat dan membayar zakat” [ an-Nur: 37 ].
4. Pastikan zikir kepada Allah tidak dilupakan di tempat kerja.
“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada.” [Imam Tirmizi ].
5. Pastikan diri tidak tenggelam dalam perniagaan – jangan menjadi workaholic atau orang yang gila kerjaya sehingga melupakan tanggungjawab yang lain
6. Pastikan tidak menjauhi perkara yang haram sahaja. Perlu berhati-hati dengan perkara syubhah dan yang meragukan.
7. Pastikan sentiasa mengawasi diri sendiri daripada mengawasi orang lain, menghitung amalan dirinya, menyelidiki niatnya serta menghalusi setiap perbuatan dan perkataannya.
Mengenali Landasan yang Salah
Islam melarang perbuatan mencampuradukkan ajaran Islam dengan ideologi serta isme yang bercanggah dengan Al-Quran dan sunah.
“Jangan kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan jangan kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahui.” [al-Baqarah: 42 ].
Ledakan Kecemerlangan
Gerabak kehidupan akan terbabas tanpa rel.
Jadikan diri kita individu yang ‘celek syariat.’
Untuk kenal syariat perlukan ilmu. “Jika datang kepadamu petunjuk-Ku, dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku , maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” [ Taha: 123-124 ].
Allahu a’lam.