Isu Ibn Shayyad (قصة ابن صياد)
BAHAGIAN 4 : Hadith Abu Sa’id al khudri ra)
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال :لقية رسول الله صلى الله عليه وسلم وأبو بكر وعمر -يعني ابن صياد- في بعض طرق المدينة
* فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم :«أتشهد أني رسول الله »؟
# فقال هو :أتشهد أني رسول الله ؟
* فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«آمنت بالله وملائكته وكتبه وما ترى“”؟
# قال :أرى عرشا على الماء
* فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«ترى عرش إبليس على البحر وما ترى »
# قال: أرى صادقين وكاذا أو كاذبين وصادقا
* فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :«لبس(1)عليه ,دعوه»(2)
(1) أي يأتيه الشيطان فاختلط عليه الأمر
(2) رواه مسلم no. 2926
Terj:
Dari Abu Sa’eed al Khudi ra, RasuluLlah saw, Abu Bakar (keduanya ra) pernah bertembung dengan Ibn Shayyad di sebuah jalan di Madinah, lalu RasuluLlah saw mengujinya,
apakah engkau naik saksi aku adalah pesuruh Allah swt?
(Ibn Shayyad), “Apakah engkau juga naik saksi aku (juga) pesuruh Allah swt?”
(Nabi saw): “Aku beriman kepada Allah swt, Malaikat dan kitab-Nya. Apa yang engkau lihat?
(IS):” Aku melihat asrasy di atas air”
Nabi : “Sebenarnya engkau melihat arasy Iblis di atas lautan. Apa yang engkau lihat (sebenarnya)?
(IS): “Aku melihat dua orang yang siddiq dan seorang pendusta atau dua orang pendusta dan seorang yang siddiq.”
(Nabi saw) : Celaru dia ini (urusannya dibantu setan), tinggalkan saja dia.”
(HR Muslim no:2926)
Syarah hadith:
Lagi sekali Nabi saw bertembung dengan Ibn Shayyad dan Nabi sekali lagi mengujinya di hadapan Abu Said, Umar dan Abu Bakar (semuanya ra) bahawa Ibn Shayyad mmg seorang yang keras kepala dan tidak mahu mengakui kerasulan Nabi saw dan cakapnya merapu kerana di bawah kawalan syaitan.
Namun, seperti Yahudi yang lain, tidak ada indikasi bahawa dia adalah Dajjal yang dimaksudkan.
2. Hadith ini berlaku selepas kewafatan Rasulullah saw, Ibn Shayyad telah memeluk Islam dan menyertai kembara Haji bersama rombongan Abu Sa’id, Abu Sa’id menceritakan pengalaman bersama Ibn Shayyad
2927 حدثنا محمد بن المثنى حدثنا سالم بن نوح أخبرني الجريري عن أبي نضرة عن أبي سعيد الخدري قال خرجنا حجاجا أو عمارا ومعنا ابن صائد قال فنزلنا منزلا فتفرق الناس وبقيت أنا وهو فاستوحشت منه وحشة شديدة مما يقال عليه قال وجاء بمتاعه فوضعه مع متاعي فقلت إن الحر شديد فلو وضعته تحت تلك الشجرة قال ففعل قال فرفعت لنا غنم فانطلق فجاء بعس فقال اشرب أبا سعيد فقلت إن الحر شديد واللبن حار ما بي إلا أني أكره أن أشرب عن يده أو قال آخذ عن يده فقال أبا سعيد لقد هممت أن آخذ حبلا فأعلقه بشجرة ثم أختنق مما يقول لي الناس يا أبا سعيد من خفي عليه حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم ما خفي عليكم معشر الأنصار ألست من أعلم الناس بحديث رسول الله صلى الله عليه وسلم أليس قد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم هو كافر وأنا مسلم أوليس قد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم هو عقيم لا يولد له وقد تركت ولدي بالمدينة أوليس قد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يدخل المدينة ولا مكة وقد أقبلت من المدينة وأنا أريد مكة قال أبو سعيد الخدري حتى كدت أن أعذره ثم قال أما والله إني لأعرفه وأعرف مولده وأين هو الآن قال قلت له تبا لك سائر اليوم
Terj: “Kami pernah keluar untuk melakukan haji/umrah dan Ibnu Sha-id ikut bersama kami, kemudian kami singgah. Selanjutnya orang-orang berpisah sementara aku bersamanya (Ibn Shayyad). Aku merasa sangat takut kerana apa yang dikatakan manusia tentangnya.” (Abu Sa’id) berkata, “Dia datang dengan perbekalannya, lalu dia meletakkannya bersama perbekalanku.” Aku berkata kepadanya, “Udara sangat panas, sebaiknya engkau meletakkannya di bawah pohon itu,” (Abu Sa’id) berkata, “Akhirnya dia melakukannya.” Kemudian kami diberikan satu ekor kambing, lalu dia pergi dan kembali dengan membawa satu wadah besar, dia berkata, “Minumlah wahai Abu Sa’id!” Aku berkata, “Sesungguhnya udara sekarang ini panas sekali, dan susu itu juga panas,” sebenarnya tidak ada masalah bagiku, hanya saja aku tidak ingin meminum sesuatu yang berasal dari tangannya, (atau dia berkata) mengambil dari tangannya,”
perhatikan pengakuan Ibn Shayyad
Kemudian dia berkata, “Wahai Abu Sa’id, sebelumnya aku hendak mengambil tali, lalu menggantungkannya di pohon, kemudian aku ikat leherku karena (merasa sakit hati) terhadap segala hal yang dikatakan oleh manusia. Wahai Abu Sa’id, siapakah yang tidak mengetahui hadith Rasulullah (SAW). Tidak ada sesuatu yang tersembunyi dari kamu, wahai orang-orang Anshar. Bukankah engkau orang yang paling mengetahui hadith Rasulullah? Bukankah Rasulullah telah bersabda, ‘Dia (Dajjal) adalah orang kafir,’ sementara aku adalah seorang muslim? Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahwa dia (Dajjal) adalah orang yang tidak memiliki anak, sementara aku telah meninggalkan anak-anakku di Madinah? Bukankah Rasulullah pernah bersabda bahwa dia (Dajjal) tidak akan pernah memasuki Madinah dan Makkah, sementara aku datang dari Madinah menuju Makkah?”
Abu Sa’id al-Khudri berkata, “Hampir saja aku menerima alasannya,” kemudian dia berkata, “Demi Allah, sesungguhnya aku mengenalnya dan mengetahui tempat kelahirannya, dan di mana dia sekarang.” Abu Sa’id berkata, “Aku berkata kepadanya, ‘Celakalah engkau pada hari-harimu.’”
(HR Muslim, no 2927, kitab al Fitan)
Syarah:
Dari dialog antara Abu Sa’id dan Ibn Shayyad, jelas Abu Sa’id tidak menerima pengakuan Ibn Shayyad, beliau meragui kejujurannya dan menyumpahnya menunjukkan dia adalah termasuk puak munafiq Madinah.
والصحيح من أقوال أهل العلم :
ان ابن صياد هذا ليس هو المسيح الدجال ولكنه دجال محتال من ضمن الدجالين عنده كهانه وشياطين ينبئونه بأمور وقد ورد عنه حوادث في آخر حياته مع أبي سعيد الخدري وغيره قد يستنتج منها أنه تاب وصلح حاله والله أعلم
Rumusan dari Muhammad al Areefi dalam isu Ibn Shayyad.
Pendapat yang lebih sahih di sisi ahli ilmu ialah Ibn Shayyad bukanlah al Masih al Dajjal yang dimaksudkan (sebagai tanda besar Kiamat). Dia hanyalah dajjal sebahagian dari siri Dajjal yang memiliki ilmu perdukunan dengan bantuan jin syaitan.
Dalam kitab hadith banyak kisahnya bersama sahabat sahabat seperti Abu Sa’id dan yang lainnya. Riwayat terkuat dia meninggal dalam keadaan taubat dan baik penghujung kehidupannya.
Maka tamatlah isu Ibn Shayyad yang menimbulkan kekeliruan kepada sahabat dan penduduk Madinah. Dia pada mulanya memiliki ciri-ciri Dajjal, namun di penghujung usia dia baik, pergi mengerjakan haji bersama sahabat.