Utama UiTO: Soal-Jawab agama bersama ustaz Abu Basyer 10 Hari Terbaik Bulan Zulhijjah

10 Hari Terbaik Bulan Zulhijjah

168
0
Iklan

10 Hari Terbaik Bulan Zulhijjah.

Imam al-Bukhari dalam sahihnya meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu anhuma dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda:

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلُ مِنَ الْعَمَلِ فِيْ هَذِهِ، قَالُوا: وَلاَ الْجِهَادُ؟ فَقَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ…

“Tidak ada amalan yang lebih utama dari amalan di sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Mereka bertanya, ‘Tidak juga jihad?’ Baginda menjawab, ‘Tidak juga jihad, kecuali seorang yang keluar menerjang bahaya dengan dirinya dan hartanya sehingga tidak kembali membawa sesuatu pun.’”

(HR. Al-Bukhari lihat Fat-hul Baari (II/457).

Dengan demikian, jelaslah bahawa sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah adalah hari-hari dunia terbaik secara mutlak. Hal itu kerana ibadah induk berkumpul padanya dan tidak berkumpul pada selainnya. Padanya terdapat seluruh ibadah yang ada di hari lain, seperti solat, puasa, sedekah dan zikir, namun hari-hari tersebut memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki hari-hari lain iaitu manasik haji dan syari’at berkorban pada hari ‘Id (hari raya) dan hari-hari Tasyriq.

Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan, “Yang rajih bahawa sebab keistimewaan bulan Zulhijjah kerana ia menjadi tempat berkumpulnya ibadah-ibadah induk, iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Hal ini tidak ada di bulan lainnya. Berdasarkan hal ini apakah keutamaan tersebut khusus kepada orang yang berhaji atau kepada orang umum? Ada kemungkinan di dalamnya. (Fat-hul Baari (II/460).

Dalam Sepuluh Hari Pertama Bulan Zulhijjah terdapat amalan berikut:

1.  Haji dan umrah. Keduanya termasuk amalan terbaik yang dapat mendekatkan seorang hamba kepada Rabb-nya.

2.  Puasa sembilan hari pertama dan khususnya hari kesembilan yang termasuk amalan-amalan terbaik. Cukuplah dalam hal ini sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa hari ‘Arafah yang mengharapkan pahala dari Allah dapat menghapus dosa-dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun yang akan datang.”

(HR. Muslim, lihat Shahiih Muslim )

3.  Takbir dan zikir di hari-hari ini diijabahi (dikabulkan) berdasarkan firman Allah:

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ

“Dan supaya mereka menyebut Nama Allah pada hari yang telah ditentukan” [Surah Al Hajj (22) ayat 28]

4.  Pada hari ini disyari’atkan menyembelih korban dari hari raya dan hari Tasyriq. Ini adalah sunnah Bapa kita, Ibrahim ketika Allah mengganti anaknya, Isma’il dengan haiwan sembelihan yang besar dan juga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menyembelih dua kambing gemuk lagi bertanduk untuk diri dan umatnya.

5.  Sebagaimana juga disyari’atkan pada hari raya kepada seorang muslim untuk bersemangat melaksanakan solat, mendengarkan khutbah dan memanfaatkannya untuk mengenal hukum-hukum korban dan yang berhubungan dengannya.

6.  Pada hari-hari ini dan hari-hari lainnya disyari’atkan juga untuk memperbanyak amalan sunat, berupa solat, membaca Al-Quran, sedekah, memperbaharui taubat dan meninggalkan dosa dan kemaksiatan, baik yang kecil mahu pun yang besar.

Ibnu Qudamah rahimahullah mengatakan, “Sepuluh hari pertama Zulhijjah seluruhnya adalah kemuliaan dan keutamaan, amalan di dalamnya dilipatgandakan, dan disunahkan agar bersungguh-sungguh dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan