Utama UiTO Bicara THTL Siri Pemurnian Bid’ah / 6

Siri Pemurnian Bid’ah / 6

631
0
Iklan
60 Amalan bid’ah yang diamalkan di Nusantara.
Nota dari Syeikh THTL

 

Keenam : Maulidur Rasul saw.

Maulid ialah Hari kelahiran Nabi saw. Menjadikan ia hari sambutan perayaan, di isytiharkan sebagai hari cuti umum , mengadakan perarakan, dan menganjurkan majlis selawat perdana dan Ya hanana.

Isu 1

Tarikh kelahiran Nabi saw adalah pada 9 rabiul awal (rujuk kitab Raheequl Makhtum), sedangkan umat Islam menyambutnya 12 rabiul awal.

Isu ke 2

Sambutan perayaan kelahiran Nabi saw tidak berlaku di zaman Nabi saw, zaman 4 khalifah yang rashad dan zaman Ummayah. Ia muncul pada zaman Salahudin al Ayyubi kerana melihat perayaan hari kelahiran jesus, pada zaman dinasti syiah fatimiyah dan raja Iraq iaitu Malik Muzaffar tahun 604H.

Isu ke 3

Apabila sambutan perayaan maulid menjadi fenomena, ulama mula berselisih.
Ahli hadith dan manhaj salafiyah menolaknya, manakala pengikut mazhab mendokongnya khususnya mazhab Syafi’iy (Imam Jalaludin al Syuyuti dan Imam Ibn Hajar Asqolani). Manakala dianggap bid’ah oleh Imam Ibnu Taymiyah rhm, muridnya Ibnu Katsir dan Ibnu Qayyim rhm.

Isu ke 4

Kerajaan Arab Saudi, iaitu tempat kelahiran Nabi saw, tidak pernah menyambutnya sehingga sekarang dan tidak menjadikan maulid sebagai cuti umum di Arab Saudi.

Fatwa Ibnu Uthaimin, haiah kibar ulama Arab Saudi dan mufti Unaizah, Majmû’ Fatâwâ wa Rasâ-il Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin (II/298), maulid adalah bid’ah.

 

Rumusan ulama Arab Saudi, Syaikh Hamud bin ‘Abdillah at-Tuwaijiri berkata:

“…Dan hendaklah juga diketahui bahawa memperingati malam maulid Nabi saw dan menjadikannya sebagai peringatan tidak termasuk petunjuk Nabi saw. Sebaliknya ia adalah perbuatan yang diada-adakan yang dibuat setelah zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam setelah berlalu sekitar 600 tahun.

Oleh kerana itu, memperingati perayaan yang diada-adakan ini masuk dalam larangan keras yang Allah SWT sebutkan di dalam firman-Nya.

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“…Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul-Nya takut akan mendapat cubaan atau ditimpa azab yang pedih.”
(an-Nûr/24:63)

Jika dalam acara maulid yang diada-adakan ini ada sedikit saja kebaikan maka para sahabat telah bergegas melakukannya (rujuk kitab Rasâ-il fii Hukmil Ihtifâl bi Maulidin Nabiy (I/70)

Hukum:

Sambutan maulid Nabi saw sememangnya bid’ah kerana menepati definisi bid’ah.

Namun, oleh kerana negara telah menjadikan cuti umum dan terdapat kepelbagaian acara dan program dalam sambutan maulid, maka terbaik kita memandunya kepada program yang berbentuk ilmiah, seperti minggu sunnah, kampung sunnah yang di isikan dengan pelbagai program yang berlainan dengan program masyarakat yang selalu diadakan seperti perarakan,konsert salawat 1 Malaysia dan membaca qasidah dan barzanji.

 

Komen dan Soalan