TIP 6
Cemerlang dengan Wawasan
“Dan antara mereka ada yang berkata, “Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami hasanah dunia dan hasanah di akhirat dan jauhkan kami dari api neraka’.”
[ Al-Baqarah: 201 ]
Untuk berjaya individu perlu mempunyai wawasan dan matlamat.
Wawasan dalam bentuk doa.
Wawasan Hasanah.
Hasanah diertikan sebagai kebaikan dan kebahagiaan iaitu yang selalu dikejar oleh umat Islam adalah di dunia dan di akhirat.
“Doa ini menghimpunkan segala kebaikan di dunia di samping mengandungi permintaan supaya dijauhkan daripada segala keburukan. Hasanah di dunia merangkumi segala perkara yang diperlukan di dunia, antaranya, kesihatan, tempat tinggal yang baik, isteri (atau suami) yang baik, murah rezeki, ilmu yang bermanfaat, amalan yang soleh, kenderaan yang baik, puji-pujian yang baik dan yang lain daripada itu. Adapun hasanah di akhirat setinggi-tinggi anugerahnya adalah syurga. Di samping itu ia juga merangkumi aspek ukhrawi seperti diamankan daripada kedahsyatan akhirat, dipermudahkan hisab dan yang seumpamanya.” [ Imam Ibn Kathir ].
Pelbagai Hasanah di Dunia
Kesihatan – amal dan kebajikan dapat dilaksanakan. Sakit dan demam melemahkan amal.
“Sesungguhnya Allah memilihnya menjadi rajamu dan menganugerahinya dengan ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” [ al-Baqarah: 247]
“Sesungguhnya orang mukmin yang gagah adalah lebih baik dan lebih Allah sukai daripada mukmin yang lemah.”[ Hadis Imam Muslim ]
‘Hampir-hampir kemiskinan itu membawa kepada kekufuran.” [ Imam Baihaqi dan Abu Muslim al-Laithi ]
“Kamu meninggalkan waris-warismu dalam keadaan kaya raya adalah lebih baik bagimu daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan miskin sehingga mereka terpaksa meminta-minta kepada orang lain.” [ HR Imam Bukhari dan Muslim ].
“Wahai Tuhan kami anugerahkanlah kami pasangan-pasangan hidup dan keturunan yang menyenangkan hati-hati kami’.” [ Furqan: 74 ].
Ilmu adalah kekuatan yang boleh membawa manusia kepada kejayaan dunia dan akhirat.
“Allah mengangkat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat.” [ al-Mujadalah: 11]
“Demi Allah yang jiwaku berada dalam kekuasaannya, kamu sekali-kali tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang antara satu sama lain.” [Imam Muslim]
“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” [HR Imam Bukhari dan Muslim].
Hasanah di Akhirat
Dunia hanya persinggahan bagi mengambil bekalan. Destinasi terakhir yang sepatutnya menjadi fokus adalah akhirat.
“Dan alam akhirat adalah tempat yang lebih baik dan tempat yang kekal abadi.” [ al-A’la: 17 ].
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” [ al-Ankabut: 64 ]
Dunia sebagai ladang bercucuk tanam dan akhirat sebagai tempat menuai hasilnya.
Berjaya apabila tanaman di dunia dapat dituai di akhirat.
“Ada di antara manusia yang berdoa. ‘Wahai Tuhan kami berilah kebaikan kepada kami di dunia. Dan tiadalah bahagian (yang menyenangkan) bagi mereka di akhirat.” [ al-Baqarah: 200 ]
Perkara terpenting dalam hidup adalah berusaha mendapatkan rahmat Allah di akhirat iaitu syurga.
Kesihatan, harta benda, pasangan hidup, ilmu pengetahuan dan seumpamanya hanyalah alat yang sepatutnya digunakan untuk membantu pencapaian di akhirat.
“Nabi bersabda, ‘Allah berfirman, ‘Aku (Allah) telah sediakan bagi hamba-hambaku yang soleh (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah dirasai oleh hati manusia.” [ HR Imam Bukhari dan Muslim].
Ledakan Kecemerlangan
Untuk cemerlang perlukan wawasan yang jelas, justeru tentukan wawasan kita.
Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang hendak dicapai.
Wawasan perlu realistik – “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya [ al-Baqarah: 286 ].