Utama UiTO Bicara THTL SOAL JAWAB BICARA SYEIKH THTL 1

SOAL JAWAB BICARA SYEIKH THTL 1

215
0
Iklan

SOALAN

Mohon pencerahan bagi hadith berikut.

1. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,
“Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari akhlak yang baik di dalam timbangan di akhirat kelak”
(HR al-Hakim dan Imam at-Tirmizi)

JAWAPAN

Hadith Akhlak paling berat timbangan.

Dalil hadith:

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ، عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ، عَنْ يَعْلَى بْنِ مَمْلَكٍ، عَنْ أُمِّ الدَّرْدَاءِ، عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ مَا شَيْءٌ أَثْقَلُ فِي مِيزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ خُلُقٍ حَسَنٍ وَإِنَّ اللَّهَ لَيَبْغَضُ الْفَاحِشَ الْبَذِيءَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَابِ عَنْ عَائِشَةَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَأَنَسٍ وَأُسَامَةَ بْنِ شَرِيكٍ ‏.‏ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏(سنن الترمذي (4/ 362) برقم (2002) وقال حديث حسن صحيح. وانظر: صحيح الجامع رقم (5721) (5726).

Status hadith:
Menurut pendapat Imam Abu Isa rhm hadith ini hasan sahih di dalam Sunan, no 2002.
Syaikh al Albani rhm, sahih al Jaami’ no 5721.

 

 

SOALAN

Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda,
“Sesungguhnya salawat ke atas Nabi shallallahu alaihi wasallam termasuk yang memberatkan timbangan”
(HR al-Hakim dan Imam at Tirmizi)

JAWAPAN

Hadith: Salawat memberatkan timbangan. Ia tidak wujud, kemungkinan dari syiah. Matan yang sama dari syiah.

روي أن أثقل ما يوضع في الميزان من الأعمال هو الصلاة على محمد و آله فعن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال : ” أنا عند الميزان يوم القيامة فمن ثقلت سيئاته على حسناته جئت بالصلاة علي حتى أُثقل بها حسناته 1 فحافظ على الصلاة على محمد وال محمد تنفعك في الاخرة وتخلصك من جهنم
1)وسائل الشيعة ج7 ص 197

Kitab Wasa’il al Syi’ah 7:197

 

 

SOALAN

Adakah hadis didalam gambar ini sahih?

JAWAPAN

Dari ‘Aisyah radhiallahu anha,

أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أُمِّي افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَأَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَهَلْ لَهَا أَجْرٌ إِنْ تَصَدَّقْتُ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ تَصَدَّقْ عَنْهَا

Terjemahan:
“Bahawa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Sesungguhnya ibuku wafat secara mendadak, aku kira dia punya wasiat untuk sedekah, lalu apakah ada pahala baginya, jika aku bersedekah untuknya? Beliau menjawab: “Na’am (ya), sedekahlah untuknya”
(HR. Bukhari No. 2609, 1322, Muslim No. 1004, Malik No. 1451, hadith ini menurut lafaz Imam Bukhari rhm)

Takhrij, tahqiq hadith:

عن أنسٍ رضيَ الله عنه أنه أتى النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال: يا رسولَ اللهِ إنَّ أمِّي تُوفِّيَت ولم توصِ أفينفعُها أن أتصدَّقَ عنها؟ قال: نعم وعليك بالماءِ.
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الدمياطي | المصدر : المتجر الرابح
الصفحة أو الرقم: 117 | خلاصة حكم المحدث : رجاله ثقات

Menurut al Hafiz al Dimyati, sanadnya baik.

Ulasan:
Sekira terdapat di dalam periwayatan Bukhari dan Muslim, maka hadith yang semisal dengannya akan menjadi sahih.

 

 

SOALAN

Bolehkah menguap tanpa menutup mulut kerana sepanjang bulan Ramadhan syaitan sudah diikat?

JAWAPAN

Rujuk syarah dari Ibnu Hajar al-Asqalani rhm berkaitan “syaitan dibelenggu”.

Syarah tersebut mengandungi dua maksud:

1. Kinayah
Kinayah atau metafora atau kiasan bermaksud banyaknya malaikat yang turun sehinggakan syaitan sukar mengoda manusia atau banyaknya pahala dan ramai manusia taat menyebabkan sempitnya peluang syaitan bekerja.

2. Hakikat
Di percayai syaitan benar-benar di belenggu.

Maka, hadith syaitan dipenjara membawa dua maksud sekaligus, maksud tekstual dan maksud metafora.

Orang yang mempunyai kecerdasan intelektual (intelligence quotient) yang tinggi kefahaman dan keilmuan memahami hadith ini sebagai kiasan.
Bagi orang yang kecerdasan intelektual (intelligence quotient) yang rendah akan memahami hadith ini bahawa syaitan dibelenggu.

Kefahaman kedua jenis kecerdasan intelektual ini boleh di terima.

 

 

SOALAN

Bolehkah diterima sekiranya ada tanggapan bahawa syaitan yang dibelenggu itu dari jenis syaitan yang berpangkat rendah tetapi ketua syaitan tidak dibelenggu?

JAWAPAN

Boleh pilih salah satu dari pendapat berikut. Maksud syaitan yang dibelenggu di bulan Ramadhan:

1. Majazi (kiasan).
Syaitan tidak mampu menggoda kerana terdapat banyak keberkatan di bulan Ramadhan.

2. Hakiki (sebenar).
Bahawa kesemua syaitan dibelenggu.

3. Majazi dan hakiki.
Cuma sebahagian sahaja syaitan yang dibelenggu, sementara sebahagian lagi masih bebas.

وقد ذهب بعض أهل العلم إلى أن الذين يصفدون من الشياطين مردتهم، فعلى هذا فقد تقع المعصية بوسوسة من لم يصفد من الشياطين

Sebahagian ulama berpendapat bahawa syaitan yang dibelenggu hanyalah syaitan berpangkat tinggi. Berdasarkan pendapat ini, adanya maksiat, disebabkan bisikan syaitan yang tidak dibelenggu.
(Fatwa Syabakah Islamiyah, no. 40990).

Tidak ada ulama’ yang menyatakan hanya syaitan berpangkat rendah sahaja dibelenggu dan syaitan berpangkat tinggi masih tidak dibelenggu.

 

 

SOALAN

Bolehkah difahami yang kemaksiatan yang berlaku di bulan Ramadhan berpunca dari nafsu?

JAWAPAN

Itu pendapat hakiki. Rujuk pendapat kedua di atas. Bermaksud nafsu masih bebas dan kesemua syaitan telah dibelenggu.

Boleh pilih tiga pendapat di atas, yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan intektual(intelligence quotient) seseorang.

Ulasan:
Kelompok yang memahami hadith secara literal memahami bahawa syaitan kesemuanya dibelenggu atau sebahagian orang yang memahami hadith secara literal bahawa syaitan berpangkat tinggi sahaja yang dibelenggu.

Kelompok yang memilih atau memahami hadith secara maqasyid atau majaz atau kiasan, syaitan tidak berkemampuan menjalankan tugasan kerana hebatnya bulan Ramadhan.

Nota:
Kecerdasan Intelektual (intelligence quotient) adalah ukuran kemampuan intelektual, analisis, logika, dan rasio seseorang. Kecerdasan intelektual merupakan kecerdasan otak untuk menerima, menyimpan, dan mengolah informasi menjadi fakta.

 

 

SOALAN

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan:

Ada seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar ra, ketika itu Rasulullah SAW duduk disebelahnya, baginda diam begitu juga dengan Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah SAW bangun dan beredar dari situ, Abu Bakar merasa hairan dan mengekori Rasulullah SAW sambil berkata:
“Ya Rasulullah, dia memaki saya dan tuan pula diam, ketika saya menjawab maki hamun itu tiba-tiba tuan bangun lalu pergi.”
Rasulullah SAW lantas menjawab: “Sesungguhnya Malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika kamu diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula akan masuk, sesungguhnya saya tidak suka duduk bersama syaitan.”

JAWAPAN

Tashhih hadith Abu Bakar ra dimaki hamun.

بينما رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ جالسٌ ومعه أصحابُه، وقع رجلٌ بأبي بكرٍ فآذاه، فصمت عنه أبو بكر، ثم آذاه الثانيةَ، فصمت عنه أبو بكرٍ، ثم آذاه الثالثةَ فانتصر منه أبو بكر، فقام رسولُ اللهِ حين انتصر أبو بكر، فقال أبو بكرٍ : أوجَدتَ عليَّ يا رسولَ اللهِ ! فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ : نزل ملَكٌ من السماء يكذِّبه بما قال لك، فلما انتصرتَ وقع الشيطانُ، فلم أكن لأجلس، إذ وقع الشيطانُ

الراوي : سعيد بن المسيب | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح أبي داود
الصفحة أو الرقم: 4896 | خلاصة حكم المحدث : حسن [لغيره]

Status hadith:
HR Abu Daud, dinilai hasan lighairihi oleh Syaikh al-Albani rhm, sahih Abu Daud, no 4896.

Nota:
Tashhih(تصحيح),
kedudukan sesebuah hadith, samada dinilai sahih atau dhaif.

 

 

Seputar Soalan Konsep Menanggung Dosa.

 

1. SOALAN

Mohon penjelasan berserta dalil berkaitan konsep menanggung dosa.

Situasi:
Ramai wanita yang masih tidak memahami istilah menanggung dosa.Mereka beranggapan dosa yang mereka lakukan akan di tanggung sepenuhnya oleh suami, ayah atau wali mereka.

JAWAPAN

Hukum asal mukallaf, seseorang yang berdosa akan menanggung dosa masing-masing.

Firman Allah SWT,

وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ وَإِن تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَىٰ حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَىْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰٓ ۗ

“Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul dosanya itu tiadalah akan dipikulkan untuknya sedikitpun meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya.”
(Faathir: 18)

Dalil ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain.

 

 

2. SOALAN

Adakah seorang ayah akan menanggung dosa anak gadisnya yang keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna?

Situasi:
Seorang gadis, berumur 21 tahun, keluar rumah dengan berpakaian singkat, berlengan pendek(t-shirt), berseluar panjang dan tidak bertudung.

JAWAPAN

Tidak. Si ayah tidak akan menanggung dosa anak gadisnya. Dosa tidak menutup aurat sepenuhnya di tanggung oleh si anak. Si ayah dan ibu akan di hisab atas dosa kecuaian sekiranya tidak mendidik dan menasihati anak gadisnya.

Sekiranya si ayah sudah mendidik dan menasihati, tetapi anak gadisnya memilih cara hidupnya sendiri dengan tidak mengikut ketetapan syara’, maka si ayah tidak akan berdosa.

Contoh lain:

Anak-anak Nabi Nuh AS, menolak dakwah ayahnya.
Mereka enggan menaiki bahtera Nabi Nuh AS, maka Nabi Nuh AS tidak akan menanggung dosa syirik yang dilakukan anak-anaknya.
Ini kerana Nabi Nuh AS sudah menegakkan hujah dan dakwah kepada mereka.

Ulasan:
Nota di atas adalah cara bagaimana isteri atau anak, sama ada anak perempuan atau lelaki mahu memahami isu ayah, suami atau wali menanggung dosa mereka.

 

 

3. SOALAN

Adakah lelaki penzina akan menanggung dosa perempuan yang di zinanya sepanjang hidup?

Situasi:

1. Seorang lelaki telah berzina dengan seorang perempuan secara suka sama suka untuk melakukan penzinaan.

2. Seorang lelaki yang telah menzalimi secara paksaan atau merogol anak gadis yang masih dibawah umur.

JAWAPAN

Ada 2 hal yang perlu di fahami:

1. Sekiranya lelaki itu bertaubat nasuha dan banyak melakukan amal ibadah dan berjihad, maka Allah SWT akan mengampuni dosanya.

2. Sekiranya lelaki tersebut tidak bertaubat, apabila dia meninggal sebahagian pahalanya akan diambil dan diberikan kepada perempuan yang dipaksa atau anak gadis bawah umur yang dizinanya.

Sekiranya perempuan itu merelakan dirinya untuk disetubuhi, maka masing-masing akan menanggung dosa masing-masing.

Hadith dibawah adalah contoh pahala yang diambil dari seorang penzalim dan diberi kepada orang yang dizalimi atau dirogol.

Dalil hadith:
Rasulullah SAW bersabda,
“Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”

Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta atau barang.”

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya ditebus, diambillah kejelekan dan kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.”
(HR Muslim no.6522)

Ulasan:
Hadith di atas tidak boleh difahami penzalim akan menanggung dosa orang yang dizalimi.

Fakta yang sahih, pahala si penzalim akan diambil atau dosa orang yang dianiayai, di beri kepada sipenzalim.

 

Komen dan Soalan