Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 131.13 Beberapa kaedah berdepan dengan Orang yang mendakwa dirinya al-Mahdi

131.13 Beberapa kaedah berdepan dengan Orang yang mendakwa dirinya al-Mahdi

117
0
Iklan
Beberapa kaedah berdepan dengan Orang yang mendakwa dirinya al-Mahdi

ضوابط في التعامل مع أدعياء المهدية
لا يعني ردنا على من ادعى انه المهدي أننا نكذب بالأحاديث الواردة في المهدي ,كلا ولكن:
ينبغي التفريق بين التصديق بأحاديث المهد وانها أخبار صادقة عن النبي صلى الله عليه وسلم وبين حكمنا أن فلانا هو المهدي
Terj:
bantahan terhadap orang-orang yang mendakwa dirinya al Mahdi bukan bermaksud kita mendustakan hadith-hadith seputar al Mahdi, di mana kita kena membezakan isu membenarkan hadith-hadith Nabawi seputar al Mahdi, vs menilai akan si fulan sebagai al Mahdi.

Antara kaedah-kaedah mudah untuk menangani fenomena orang yang mendakwa dirinya al Mahdi:

1. أن المهدي لا يدعوا إلى نفسه ولا ينادي إلى بيعته وإنما يبايعه الناس وهو مكره
2. تطابق اسم المهدي مع اسم النبي صلى الله عليه وسلم(محمد بن عبد الله)
3. كون نسبه يرجع إلى الحسن بن علي -رضي الله عنهما-
4. أن تنطبق عليه الصفات الخلقية الواردة في الحديث (أجلى الجبهة, وأقنى الأنف…)
Terj:
1. Bahawa al-Mahdi yang sebenar tidak mendakwa dirinya sebagai al Mahdi, tidak meminta manusia memberi bai’ah kepadanya, walhal, manusialah yang memberi bai’ah kepadanya sedangkan dia tidak senang dengan hal tersebut.

2. Namanya memang sama dengan nama Nabi SAW yakni Muhammad bin Abdullah.

3. Nasabnya bersambung kepada al Hasan bin Ali ra.

4. Ciri-ciri fiziknya dijelaskan dalam hadith (ciri-ciri orang Arab hijaz, kening, hidung)

الظروف التي يظهر فيها:

 اختلاف يقع بعد موت خليفة(1) /(1) وإن كان ذلك ورد في حديث في سنده مقال
 امتلاء الأرض ظلما وجورا
 اقتتال ثلاثة كلهم ابن خليفة
 كونه صالحا نقيا عنده علم شرعي وحكمة
 كونه يظهر في مكة ويبايع بين الركن والمقام
Terj:
Zuruf atau realiti semasa kemunculan al Mahdi:
1. Kekacauan terjadi selepas wafatnya seorang khalifah/amir (walaupun sanadnya diperbincangkan).

2. Bumi dipenuhi kezaliman dan manipulasi yang ketara.

3. Perang saudara tiga putera khalifah/amir.

4. al Mahdi adalah orang yang soleh memiliki ilmu agama dan leadership (kepimpinan).

5. Berlaku di Mekah dan pembaiahan berlaku di Kaabah.

Syarah:
al Mahdi berlaku di Saudi sekarang, maka kita kena sentiasa memerhatikan pergolakan politik di Saudi Arabia. King Salman bin Abdul Aziz merupakan anak terakhir King Abdul Aziz, makan selepas ini adalah generasi ketiga al Saud memerintah Hijaz.
Maka kita kena lihat selepas era King Salman.

 

Komen dan Soalan