Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 131.12 Isu seputar orang yang mendakwa dirinya al-Mahdi – Bahagian 2

131.12 Isu seputar orang yang mendakwa dirinya al-Mahdi – Bahagian 2

175
0
Iklan
131.12 Isu seputar orang yang mendakwa dirinya al-Mahdi
( نظرة سريعة فيمن أدعى أنه المهدي)
كتاب نهاية العالم للشيخ محمد العريفي

AL MAHDI KE-2:
Ali bin Abi Thalib ra

2- ادعى عبد الله بن سبأ أن علي بن أبي طالب رضي الله عنه هو المهدي المنتظر وزعم انه سيعود إلى الدنيا
Yang kedua mendakwa al-Mahdi ialah dakwaan Abdullah bin Saba’ bahawa (al Mahdi yang ditunggu-tunggu) ialah Ali bin Abi Thalib ra yang akan muncul di akhir zaman dunia.

Syarah:
Siapa Abdullah bin Saba’ atau Ibn Saba’?
kata Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (majmu’ fatawa jld 24), Pengasas Syiah Rafidhah Abdullah bin Saba’, yahudi kulit hitam yang berasal dari Yemen. Dia datang ke Madinah ketika pentadbiran Khalifah Uthman bertujuan memecahkan Islam dari dalam dan mendirikan ajaran sesat berpaksikan Ali ra sebagai messiah (al Mahdi).

AL MAHDI KE-3:
Muhammad al-Hanafiah
3- ادعى المختار بن عبيد الثقفي أن محمد بن الحنفية المتوفى عام (81ه) هو المهدي المنتظر ومحمد بن الحنفية هو محمد بن علي بن أبي طالب رضي الله عنه وسمي ابن الحنفية نسبة إلى أمه خوله بيت جعفر التي هي من قبيلة بني حنيفة

Dakwaan al-Mukhtar bin Ubaid atsaqafi, bahawa al-Mahdi ialah Muhammad bin al-Hanafiah (wafat 81H) yakni Muhammad bin Ali bin Thalib ra, dinisbahkan dengan gelaran (kunyah) al-Hanifiah kepada ibunya, Khawlah bte Ja’afar dari suku kabilah Bani Hanifah.

al-Mukhtar bin Ubaid (wafat 67H) adalah tokoh syiah Kufah Iraq pertama yang berjaya menyatukan seluruh syiah Ali menentang kerajaan Umayyah. Dia akhirnya dihancurkan oleh tentera Ummayah.
Muhammad bin al Hanafiah adalah anak kepada Ali bin Abi Thalib ra (wafat 81H) hasil perkahwinan Ali selepas kewafatan Fatimah. Ali ra berkahwin dengan Khawlah dari Bani hanafiah dan dikurniakan putra bernama Muhammad al Hanafiah.

 

AL MAHDI KE-4:
Muhammad al-Hanifiah dan Abdullah bin Mu’awiyah bin Abdullah Jaafar bin Abi Thalib.

4- فرقة الكيسانية وهم أتباع كيسان مولى علي رضي الله عنه وهي فرقة شيعية اعتقدت بإمامها محمد بن الحنفية بأنه محيط بالعلوم كلها ويجمعهم القول بأن الدين طاعة رجل فحملهم ذلك على تأويل الأركان الشرعية على رجال فعطلوها وزعموا أن عبد الله بن معاوية بن عبد الله جعفر بن أبي طالب الهاشمي القرشي …هو المهدي

Firqah/Kelompok Syi’ah Kaisaniyah, yang merupakan hamba Ali ra juga mengangkat Muhammad al-Hanafiah sebagai al-Mahdi. Di sisi kaisaniah, Muhammad al-Hanifiah adalah manusia sempurna yang menguasai semua ilmu dan layak ditaati sepenuhnya. Kumpulan ini juga memiliki al Mahdi kedua yang bernama Abdullah bin Mu’awiyah bin Abdullah Jaafar bin Abi Thalib.

Syarah:
Kelompok syiah Kaisaniyah (sekarang sudah pupus) adalah diasaskan oleh Kaisan, khadam Ali selepas terbunuhnya al Husin bin Ali di Karbala, di mana imam yang akan menggantikan al Husin semuanya masih kecil. Maka Kaisan melantik anak Ali ra dari isterinya Khawlah yakni Muhammad al Hanafiyah sebagai Imam syiah ke 4 dan al Mahdi. Kemudian mereka juga melantik anak Jaafar, Abdullah bin Muawiyah juga sebagai al-Mahdi

Komen dan Soalan