Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab Fiqh Wanita /6

Soal Jawab Fiqh Wanita /6

3116
0
Iklan

SOALAN

Apakah perbezaan  antara “hikmah” dan “nikmat” dari Allah SWT?

JAWAPAN

Semua hukum Allah SWT ada hikmah dan kelebihannya seperti persoalan kenapa puasa dan solat. Setiap perbuatan Allah ada hikmah disebaliknya. Walaupun pada zahirnya nampak seperti musibah. Hikmah ini dibincangkan oleh ulama dan mereka ada buat kajian. Benar atau tidak, itu tidak dapat dipastikan tetapi ia memberi kita semangat untuk buat ibadat. Buat tetap kena buat sama ada kita tahu hikmahnya atau tidak tetapi iktikad kita, setiap yang Allah SWT lakukan, ada hikmahnya. Kita sahaja yang tidak tahu.

Hikmah tu kebijaksanaan dan nikmat itu segala rezeki dan anugerah keimanan.

 

 

SOALAN

Bolehkah kalau perempuan berkawan rapat dengan lelaki tetapi dia menjaga batas? Bagaimana pula dari segi ikhtilat ?

JAWAPAN

Bahaya dan boleh terbabas. Islam melarang perkara ini. Islam menutup pintu-pintu ke arah kemaksiatan. Lelaki dan perempuan dijarakkan sosial antara mereka. Cuma zaman sekarang sudah biasa sangat campur lelaki dan perempuan, nampak macam biasa sahaja.

** Saddudz dzarii, tutup pintu-pintu ke arah perkara yang diharamkan dari awal lagi. Jangan bagi peluang. Sesiapa yang jatuh dalam perkara syubahat, maka ia jatuh ke dalam keharaman (HR Bukhari)

 

 

SOALAN

Apakah hukum jika wanita menari dan menyanyi di hadapan ajnabi?

JAWAPAN

Menari saja harus tetapi tengok pulak menari itu ada unsur maksiat atau tidak. Menyanyi dihadapan ajnabi adalah haram.

AQ 33:32, “Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya”

Melunakkan suara, berlembut-lembut kan suara dihadapan ajnabi tidak boleh. Jadi menyanyi, sudah tentunya tidak boleh walaupun menyanyi nasyid. Allahua’lam.

 

 

SOALAN

Kalau kita dapat pendapat selain dari ulama,bagaimana kita hendak buat pilihan?

JAWAPAN

Tengok isu juga. Contoh: hukum bersalaman dengan bukan mahram. Ada ulama kata haram berdasarkan hadith sahih, ada ulama mutakhirin kata boleh atas dasar, salam antara boss tanpa syahwat. Kena cari hadith, bertanya pada ustaz sunnah dan buat kajian. Pilih pendapat yang paling rajih.

Bersalam boleh tetapi ia bukanlah kemestian. Beri salam itu yang sunnah dituntut dan kalau tidak salam tangan tidak mengapa. Bab khilaf ni kita berlapang dada saja. Semasa di Mekah ketika tawaf ada ada wanita yang nampak kaki dan pakai selendang nampak rambut. Pegawai saudi juga tidak menghalang.

Tengok kedua-dua pendapat ini dan hujah dan dalil yang diberikan. Kemudian pilih yang kita rasa kita lebih rajih. Yang warak nya, tidak salam.

Pakai sarung tangan tetap tidak boleh. Dalilnya Nabi SAW baiah dengan sahabat, Nabi bersalam tangan tetapi dengan yang perempuan baiah dengan mulut sahaja.
Kalau ‘berlapik’ sudah kira boleh pegang, bahaya. Maknanya boleh ramas bahagian lain dengan alasan ‘ada lapik’. Boleh ke?
Bersalam boleh tetapi ia bukanlah kemestian. Beri salam itu yang sunnah dituntut. Kalau tidak salam tangan tidak mengapa.

 

 

SOALAN

Adakah dikira bersih disisi syarak sekiranya kita mnggunakan mesin basuh kain otometik? Boleh jelaskan dengan dalil?

JAWAPAN

Boleh rujuk disini dari page Dr Rozaimi Ramle’s
HUKUM MENGGUNAKAN MESIN BASUH YANG SAMA DENGAN NON-MUSLIM?

Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim…bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa was2 dalam hati…adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa solat?

Jawapan:
Waalaikumussalam wbt.

1- Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak kepada umat Islam.

2- Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.

3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.

Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.

Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

4- Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.

فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏”‌‏.‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏.‏
Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].

5- Penulis mesej itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.
Wallahua’lam.

-ADMIN-
Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

 

 

SOALAN

Bila isteri tidak redha dengan perilaku suami, maka jatuhlah hukum cerai ‘hakam’. Selalu dengar fasakh, taklik dan khulu’ (tebus talak). Cerai secara ‘hakam’ nampaknya lebih berkuasa dari itu. Mohon pencerahan.

JAWAPAN

Hakam adalah wakil dari keluarga. Satu Hakam dari pihak lelaki dan satu Hakam dari pihak isteri. Terdapat di dalam surah Nisa dan ada dalam peruntukan seksyen Mahkamah Syariah. Kalau ada masalah, mahkamah boleh panggil wakil (hakam) ini untuk bawa berbincang. Hakam pihak lelaki ada kuasa untuk jatuhkan talak. Kalau hakam rasa memang kena cerai, dia boleh lafazkan cerai. Cerai secara hakam ini memang boleh. Walaupun suami tiada cacat cela, atau alasan isteri cuma sudah tiada hati dengan suami lagi

 

 

SOALAN

Adakah berdosa kalau pakai tudung atas dada walaupun tidak nampak bentuk dada?

JAWAPAN

Tudung kena melepasi tutup dada. Memang pakai tudung harus menutupi dada. Seeloknya juga menutupi bahu dan labuh hingga ke siku supaya tidak menampakkan bentuk badan dari depan dan belakang.

Dalilnya surah an-Nur: 31:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَٰتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَٰرِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ ءَابَآئِهِنَّ أَوْ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَآئِهِنَّ أَوْ أَبْنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَٰنِهِنَّ أَوْ بَنِىٓ إِخْوَٰنِهِنَّ أَوْ بَنِىٓ أَخَوَٰتِهِنَّ أَوْ نِسَآئِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّبِعِينَ غَيْرِ أُو۟لِى ٱلْإِرْبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفْلِ ٱلَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا۟ عَلَىٰ عَوْرَٰتِ ٱلنِّسَآءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٣١﴾

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(Q.S An-Nur 24:31)

يَٰأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿٥٩﴾

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(AQ Al-Ahzab 33:59)

Displin pakaian muslimah mestilah longgar, labuh, tidak jarang dan tidak menyerupai lelaki. Perempuan hari ini masih ramai yang melanggar etika berpakaian muslimah. Paling pelik , bila ada sebahagian suami sendiri tidak menghalang isterinya berpakaian tidak menepati syariat.

 

 

SOALAN

Bolehkah jika seseorang itu mempunyai kelebihan dari segi kewangan, masa dan peluang untuk memperbaiki ilmu al-Quran beliau, tetapi dia tidak pergi kelas tuntut ilmu?

JAWAPAN

Apa yang takpanya? Memang akan dipersalahkan. Tidak ada alasan untuk tidak belajar quran. Belajar membaca al-Quran nombor 1 dan fahami al-Quran yang nombor 2. Baca al-Quran, sahabat Nabi juga ada yang sampai mati tidak boleh baca al-Quran tetapi mereka fahami al-Quran.

 

 

SOALAN

Maknanya yang aula hadiri kelas tafsir, pilihan 1 dari kelas membaca al-Quran?

JAWAPAN

Kalau suara sedap membaca al-Quran dan masuk tilawah al-Quran, tetapi apa yang dibaca tidak tahu, dilanggarnya habis, masuk neraka juga. Sekarang ini terus kena belajar tafsir sahaja. Masa belajar tafsir itu, boleh belajar baca sikit-sikit. Orang kita sibuk ajar anak baca al-Quran, tetapi tidak ajar anak untuk faham jadi itu sudah silap caranya.

 

 

SOALAN

Teringat satu hadith, akhir zaman, membaca al-Quran melepasi kerongkong saja, adakah maksud sebenarnya dalam hadith itu, tidak faham al-Quran?

JAWAPAN

Maksudnya, baca sahaja pandai, faham dan amalnya, tidak. Tidak faham al-Quran, iaitu tidak belajar tafsir al-Quran, tidak ada peluang masuk syurga. Ada hadith dari muwatta’ akan datang satu zaman ramai qari sedikit faqih.Yakni orang pentingkan bacaan bukan kefahaman.

 

 

SOALAN

Saya sedang belajar bacaan al-Quran dan bercita-cita untuk menjadi guru mengajar bacaan, adakah dalam masa yang sama saya perlu ambil kelas tafsir untuk seimbangkan ilmu?

JAWAPAN

Kena fahamkan al-Quran dulu.

 

 

SOALAN

Ustaz umur berapa yang sesuai kita ajar tafsir pada anak? Bolehkah saya buat rujukan dari al-Quran tafsir sebab di sini tidak ada yang mengajar?

JAWAPAN

Kanak-kanak sebelum mereka faham, ajar hafal al-Quran kerana mereka tidak boleh membaca lagi. Bila sudah boleh faham sikit, ajar membaca dan kemudian ajar tafsir. Peringkat awal, ajar yang ringkas-ringkas dahulu. Ikut peringkat umur mereka.
Kitab bagus, tetapi itu sebagai tambahan kerana pada peringkat awal, kena belajar dengan guru. Supaya boleh dapat fahaman asas. Kalau tidak ada guru berdekatan, sekurangnya dengarlah syarah tafsir al-Quran.

Boleh dengar tafsir Maulana Hadi yang lengkap 30 juzuk:
https://app.box.com/s/9tq0chpupuk41b0b3wsihrpwcq7og8e5

 

 

SOALAN

Apakah maksud majlis membaca Yasin 7 mubin? Adakah boleh sertai jika dijemput atau ini termasuk dalam bidaah? Jika bidaah apakah alasan terbaik untuk diberikan andai dijemput hadir?

JAWAPAN

Ini bid’ah maka jangan sertai. Ada 7 kalimah mubin dalam Yaasin. Kalau saya dulu, bila sampai pada mubin pertama, patah balik dari asal dan bila sampai mubin kedua, patah balik dari asal,seterusnya sampai mubin ketiga, mula balik ke asal begitulah seterusnya dan ambil msa yang lama hendak baca.
Tidak tahu orang lain buat macam mana tetapi rekaan boleh jadi macam-macam, ikut khayalan masing-masing.Memang kena berlepas diri dari menyertai.

 

 

SOALAN

Bolehkah kita memberi ucapan Selamat Hari Wanita kerana yang kita tahu, tidak boleh memberi ucapan Selamat Hari Ibu?

JAWAPAN

Perayaan Hari ibu, hari wanita dan lain-lain itu tidak ada dalam Islam. Ia adalah sesuatu yang buang masa dan buang duit sahaja. Ibu, wanita, kanak-kanak adalah makhluk yang mulia, yang telah ada anjuran untuk berbuat baik dengan mereka. Kita tidak memerlukan satu hari khas untuk mengingati peranan dan kepentingan mereka. Kita juga sudah ada perayaan kita yang bersangkutan dengan agama.

Lihat hadis ini:

Anas bin Malik mengatakan,

كَانَ لِأَهْلِ الْجَاهِلِيَّةِ يَوْمَانِ فِي كُلِّ سَنَةٍ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا فَلَمَّا قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ قَالَ كَانَ لَكُمْ يَوْمَانِ تَلْعَبُونَ فِيهِمَا وَقَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ الْأَضْحَى

“Orang-orang Jahiliyah dahulu memiliki dua hari (hari Nairuz dan Mihrojan) di setiap tahun yang mereka senang-senang ketika itu. Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba di Madinah, beliau mengatakan, ‘Dulu kalian memiliki dua hari untuk senang-senang di dalamnya. Sekarang Allah telah menggantikan bagi kalian dua hari yang lebih baik yaitu hari Idul Fithri dan Idul Adha.’”
(HR. An Nasa’i no. 1557. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih. Hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani).

Maka, kalau ada orang sambut itu, biarlah mereka. Jangan kita pula sibuk-sibuk untuk sambut dan memberi ucapan juga.

 

 

SOALAN

Mengenai belajar tafsir, jika saya sudah mengajar anak baca alif ba ta dan juga surah al fatihah, kemudian saya bacakan tafsir surah itu, bolehkah? Namun kalau anak macam keliru, saya ajar mengaji dulu, tidak mengapakan?

JAWAPAN

Tidak mengapa kerana kanak-kanak yang belum membaca suruh mereka hafal. Otak mereka memang senang hendak ingat (tidak macam otak kita). Kalau agak mereka faham, bolehlah ajar sikit sikit. Ada juga pelajar saya yang mengajar anak dia umur 4 tahun selepas membaca kelas saya. Dia kata anak dia faham. Dia ubahsuai agaknya.

 

 

SOALAN

Saya menekankan anak saya untuk membaca al-Qur’an. Kalau boleh jangan tinggal setiap hari, tetapi selepas membaca penjelasan ustaz untuk fahami dulu tafsir jadi saya kena sama-sama belajar tafsir juga.
Itu untuk anak sulung saya yang berumur 12 tahun (perempuan). Saya ingatkan untuk dia mengaji setiap hari. Untuk anak lelaki saya (autism) umur 3 tahun saya baru ajar alif ba ta dan surah al fatihah.

JAWAPAN

Ada satu artikel yang saya baca. Menarik sebab dia kaitkan, kenapa orang Arab dulu bijak bijak. Ini kerana mereka ajar anak-anak al-Qur’an. Mereka mengajar membaca, menulis, menghafal dan kemudian fahami apa yang mereka baca. Jadi otak budak itu berkembang dari kecil lagi sebab ada elemen tulis, baca dan hafal.
Umur 3 tahun ajar hafal. Bacakan kepada dia dan suruh dia ulang. Al-Qur’an ini indah, bila dengar pun sudah merdu dan orang yang selalu dengar juga boleh hafal cukup dengan dengar sahaja. Bila sudah besar dan tahu huruf, baru ajar baca dan ajar dengan tajwid yang betul. Mereka bila mendengar, terus tersemat dalam otak. Kalau kita baca salah, yang disimpan dalam otak itu turut salah. Sampai dewasa jadi begitu pula.

 

 

SOALAN

Anak zaman sekarang memang mencabar untuk diajar, tambah jika mulai masuk usia remaja sebab pengaruh kawan-kawan agak kuat. Ini amat merisaukan saya.

JAWAPAN

Dugaan kita lebih susahlah. Sebab ada kartun dan hiburan yang lain. Maka kena berlawan dengan hiburan yang pada mereka tentu lebih menarik dan perlu ada usaha lebih.

 

 

SOALAN

Adakah benar lelaki yang sudah berzina dengan seorang wanita, dia wajib menikahi wanita tersebut? Dia tidak mampu dari pelbagai sudut untuk poligami. Dia sudah berkahwin, masih ada isteri tetapi telah curang dan berzina dengan wanita lain.

JAWAPAN

Hukumnya tidak wajib. Kalau wajib, wanita yang berzina dengan ramai lelaki, hendak kawin lelaki yang mana satu?

 

 

SOALAN

Saya solat duduk di atas kerusi dan pernah cuba solat duduk di bawah tetapi sakit lutut terasa macam hendak penat. Kawan saya beritahu ada pendapat ustaz kena sujud di bawah juga, baru permintaan kita Allah makbulkan. Kalau berdoa di rumah malaikat tidak aminkan doa.
Benarkah pendapat ustaz tersebut? Bagaimana dengan orang yang duduk di rumah sebab tidak dapat ke masjid?

JAWAPAN

Solat ikut kemampuan. Jika itu yang termampu, itulah solatnya. Doa tidak semestinya di masjid. Solat bagi wanita memang di rumah. Kalau lelaki solat sunat juga buat di rumah.

 

 

SOALAN

Jadinya kalau pesakit itu tahu dia tidak boleh melipat kaki tetapi dia mampu untuk sujud cuma hendak duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat agak susah, adakah dia boleh solat duduk di atas kerusi?

JAWAPAN

Ya, kalau mampu berdiri kena berdiri dulu dan selepas itu duduk untuk sujud.

Komen dan Soalan